Lega. Akhirnya sudah selesai.
Orang ramai yang datang telah pun beransur-ansur pulang dari Villa Cailey.
Harraz segak memakai baju Melayu berwarna hitam dan songkok di kepala.
Matanya memandang ke arah ruang tamu di mana ada kanak-kanak sedang berlari-lari. Riuh rendah jadinya.
Tanpa sedar, bibirnya terukir senyuman.
Anak...
Sebeku-beku dirinya, dia selalu impikan untuk memiliki seberapa ramai anugerah dari yang Maha Esa untuk dirinya dan juga isterinya.
Dia sudah bayangkan betapa meriahkan rumah mereka jika ada hilai tawa daripada kanak-kanak yang sedang bermain gembira seperti sekarang.
Betapa indahnya jika hari-harinya di penuhi dengan gelak tawa dan tangis anak-anaknya.
Lebih indah jika pulang sahaja dari tempat kerja, ada insan yang berlari kepadanya dan berebut untuk memeluk dirinya.
Terasa dan pastinya, segala penat lelah di tempat kerja terus hilang.
Mampukah angan-anganya menjadi kenyataan setelah apa yang berlaku pada isterinya?
Harraz dilanda buntu. Dia meraup muka dengan penuh kekesalan. Semua yang berlaku kerana dirinya yang terlalu tamak.
Mungkin, mungkin inilah kifarah hidupnya.
Pak!
Harraz tersentak apabila bahunya ditampar kuat oleh seseorang. Dia meringis seketika lalu berpaling ke arah lelaki yang datang dan berdiri di sampingnya.
Harraz menjeling tajam ke arah Nufail.
"Kau dah kenapa senyum sorang-sorang dari tadi? Dah gila?"
Choi sungguh mulut si Nufail ni!
Harraz berdeham.
"Tu..." Dia muncungkan mulutnya ke arah sekumpulan kanak-kanak yang sedang bermain.
"Seronok kalau ada anak ramai." Sambungnya lagi.
Dia senyum lagi.
Nufail memandang Harraz pelik.
"Anak?" Suaranya seolah terkejut. Dia tuding jarinya pada Harraz. Mata Nufail membulat besar.
"Kau nak anak?" Soalnya lagi. Kali ini siap pakej geleng kepala.
Harraz mula bengang tengok reaksi Nufail.
"Kau jangan nak buat terkejut sangat. Aku sepak nanti!"
"Mampu ke kau jaga budak kecil? Dulu si Zahirah, bukan main kau lambung-lambung sebab bingit."
Harraz menjeling.
"Lagi satu, kau boleh ke dengar hari-hari budak menangis. Tak kira dia berjaga malam lagi. Pukul 2-3 pagi kau syok tidur dia berjaga nak susu."
Nufail geleng kepala. Sekali dengan mulutnya berdecit.
"Eh, ni Harraz lah! Setakat budak-budak kacang je lah nak jaga."
Nufail ketawa besar. Si kawan yang sebeku ketulan ais kini sedang bercakap soal anak. Dia pulak yang naik seriau! Berdiri bulu romanya.
Bukan tak kenal baran si Harraz tu macam apa.
Pekerja di Hotel pun takut nak pandang wajah dia.
"Ish ish ish... Baran macam ni kalau ada anak, mau kau campak anak kau masuk pool kalau dorang bertekak," ujar Nufail. Dia buat gaya seriau.
YOU ARE READING
HARRAZ ZULFAN ; OBSESSIVE LOVE (18+)
RomanceBaby, I'm preying on you tonight, Hunt you down, eat you alive, Just like animals, animals, Like animals. Tengku Harraz Zulfan. Baginya, si gadis kecil bermata hazel itu ialah mangsanya. Dia cinta dan dia obses pada gadis itu sejak awal pertemuan m...