Melihat isterinya yang sudah teresak-esak di birai katil, Harraz menghampiri dan terus memeluk bahu isterinya. Dia nampak betapa remuknya hati isterinya saat itu. Sepanjang berjalan ke Suite mereka lagi, Elnara sudah menangis tak henti-henti. Isterinya memang cengeng. Mummy sudah beritahu dia dan jika Mummy tak beritahu pun, dia sudah tahu dengan sendirinya.
Mama ni, such a spoiler! Dia baru sahaja berjaya jinakkan kucing degil ni. Kalau tidak jinak, mustahil untuk dia sentuh isterinya dua kali berturut-turut. Malam tadi dan pagi tadi. Hehehe... Sedap pula tu. Geram je nak lagi, tapi kesian isterinya. Sakit.
Mulut isterinya sudah tercebik-cebik ke hadapan dengan mata dan hidung yang sudah menjadi kemerah-merahan. Matanya basah kerana air mata yang tidak henti mengalir. Elnara terasa hati dengan kata-kata ibu mertuanya. Bukan dia yang memerangkap Harraz! Semua yang berlaku puncanya dari Harraz. Lelaki itu yang gila padanya.
"It's all your fault!" Bentak Elnara. Dia memukul dada Harraz dengan tangan kecilnya.
"Love! Itu semua takdir dan malam tu hanya penyebab sahaja." Bangkang Harraz. Takdir? Kau yang rancang kau cakap takdir? Nak kena sepak Harraz ni.
"Huh!" Rengus Elnara. Dia menolak tangan Harraz yang berpaut pada bahunya.
"Takdir? You, yang buat I nampak teruk dekat mata your parents. You tak fikir ke semua tu sebelum you decided untuk perangkap I dengan cara yang tak bermaruah?" Ujar Elnara. Kalau dulu dia rasa, dia patut diamkan sahaja kerana kegilaan Harraz. Tetapi, Mama Harraz telah memijak-mijak maruah dirinya. Dia pula yang salah sedangkan Harraz yang buat onar.
Harraz mengeluh lemah. Ini yang dia tidak suka bila isu ini berbangkit.
Harraz menarik tubuh Elnara ke dalam pelukannya.
"Love... I buat semua tu sebab I sayangkan you. I cintakan you dan I tak sanggup tengok you dengan lelaki lain. Hati I sakit Love. Sakit sangat sebab I nampak you tapi I tak boleh peluk you." Luah Harraz.
"Niat tak menghalalkan cara." Selar Elnara. Sungguh dia sebal mendengar penjelasan Harraz. Penjelasan yang tak masuk akal. Macam budak darjah 5 punya penjelasan. Yang tak berasas dan tak pakai otak.
Dia baru sahaja nak buka ruang untuk diri dia dan Harraz demi rumah tangga mereka tetapi kata-kata Mama Harraz tadi benar-benar menoreh luka di hatinya.
"Untuk you, semua jadi halal. I tak boleh Love, I boleh jadi gila kalau nampak you dengan lelaki lain."
Elnara rasa menyampah. Meluat dia dengar kata-kata cinta itu. Dia rasa semua itu sekadar dusta belaka.
"Please Love, maafkan Mama. I tahu Mama tak berniat nak cakap macam tu. I'll make sure she'll apologize to you. Okay Love?" Pujuk Harraz lagi. Tak kan baru kahwin dah nak merajuk, dah nak bergaduh. Dia masih belum puas nak bermanja dengan isterinya. Sebenarnya memang tak akan puas.
Tubuh kecil isterinya hanya mengeras dalam pelukannya.
"Apa-apa sajalah. Perkahwinan kita memang dari awal lagi hanya sebuah kesilapan. Sebab tindakan bodoh you! I yang jadi mangsa."
Nafas ditarik panjang. Harraz menutup matanya dan menghela nafas berat. Dia...Dia sayangkan isterinya. Sangat! Dan kalau boleh dia tidak mahu mood pengantin baru mereka hilang begitu sahaja.
"Please. Jangan rosakkan mood I. We talk about this before kan? You janji you tak nak ungkit lagi semua benda ni." Nada suaranya sedikit tegas tetapi masih tidak tinggi. Mereka sudah berbincang tentang hal ini dulu, sebenarnya bukan bincang tapi mengugut. Harraz mengugut Elnara supaya tidak bocorkan rahsia itu kepada sesiapa kalau dia tidak mahu apa-apa terjadi pada Uqasyah. Harraz gertak sikit je.
"Kenapa? Kalau rosak mood, you nak marah-marah I macam sebelum ni? Tengking I tak tentu pasal? Macam tu?" Provoke Elnara lagi.
Harraz terdiam seribu bahasa. Sesungguhnya dia sedang berperang dengan perasaannya sendiri. Melawan api yang sedang marak setelah mendengar butir bicara yang terlepas dari mulut isterinya.
Harraz mengemaskan pelukan pada tubuh isterinya. Dia dapat merasakan degupan jantung Elnara yang tidak sekata. Berkobar-kobar dan dada yang bergerak turun naik.
"Love..."
Elnara menolak tubuh Harraz. Pelukan dileraikan. Dia sudah malas hendak mendengar apa-apa lagi. Baru sahaja dia berura-ura untuk bangun, lengannya dilelar oleh Harraz dan punggungnya kembali terjatuh ke atas riba Harraz.
"Apa ni pegang-pegang? Lepaslah." Bentak Elnara. Dia tak suka bila kena peluk-peluk macam ni. Sentuhan Harraz tu kelemahan dia. Dia nak merajuk! Dia tak nak kena pujuk. Eh? Kenapa terasa macam Elnara makin mengada-ngada je ni?
"Love... Hubby minta maaf okay? Hubby janji lepas ni Mama dah tak cakap macam tu lagi. At all cost, Hubby akan protect Love dari dengar caci maki Mama."
Elnara sekadar tunduk ke bawah. Melihat tangan mereka yang bersulaman antara satu sama lain. Setiap kali dia bersentuhan dengan Harraz, pasti ada rasa lain yang terbit di hatinya. Lagipula... Intonasi Harraz pagi ini sangat lain. Sangat lembut dan langsung tak marah-marah. Hati dia sudah terpujuk sejak tadi namun sengaja dia buat keras supaya Harraz tahu yang dia sedang berjauh hati.
Harraz geselkan hidungnya pada ceruk leher isterinya. Kebisuan Elnara menambahkan gusar di hatinya. Cukuplah merajuk sayangku... Suamimu sudah lapar perhatian.
"Hubby..." panggil Elnara dengan suara kecilnya. Bibirnya kembali tercebik, matanya kembali berair.
Bibir Harraz sudah tersenyum simpul. Strategi mulut manisnya berjaya. Dia angkat kepala dan memandang Elnara.
"Janganlah nangis lagi. Hubby tak suka tengok you menangis macam ni. Hati Hubby sakit tengok you sedih." Kata Harraz.
Elnara hanya anggukkan kepala. Dia tunduk menyorok wajah ke ceruk leher Harraz pula.
Entahlah, apa jampi Harraz sampai dia boleh jadi lembut hati macam ni? Atau semua tu kerana ikatan mereka yang telah halal?
Sepantas kilat, Harraz memusingkan tubuh ringan Elnara menghadapnya. Kedua belah kaki isterinya sudah terkangkang di atas pehanya, tangan Harraz membelit pinggangnya. Elnara terkedu seketika. Dan selepas itu dia turut merangkul leher Harraz. Mata mereka saling merenung dalam.
"I minta maaf juga sebab tinggikan suara tadi." Elnara sudah redha kali ini.
Harraz senyum. Bibir merah dan basah isterinya direnung sebelum dipagut lembut. Antara mereka tidak perlu lagi ulasan panjang. Bahasa tubuh yang saling mendambakan sudah cukup menjadi bukti penyatuan hati mereka.
Dalam malu-malu, Elnara membalas kucupan bibir suaminya.
Setelah bibir mereka terlerai, Harraz cantumkan dahinya dan dahi Elnara.
"Esok kita balik Villa Cailey ya? Adik I baru sampai Malaysia. Okay?"
"Adik? Your little sister yang belajar dekat UK tu?"
Harraz anggukkan kepala. Elnara sudah kenal adiknya yang satu itu. Mereka sering berbual melalui panggilan video. Adiknya tidak dapat balik semasa majlis mereka kerana sedang menghadapai exam.
Riak muka Elnara mula teruja.
"Wah! I nak jumpa dia. Boleh-boleh. Kita balik Villa Cailey."
Elnara terus memeluk suaminya erat. Yay! Ada kawan baru.
Harraz sekadar gelak kecil dengan telatah isterinya. Isteri dan adiknya sebaya. Perangai pun, hmm... Lebih kurang saja. Habislah dia nanti.
Hmm El, macam tu je terpujuk. Tak apa Mood Pengantin Baru lagi kan? Kau sabajap!
PASTU KAN ADA YANG TANYA, HZOL NI VERSI CLEAN KE? OH YES, DEKAT WP VERSI CLEAN YA. ADA SIKIT SIKIT JE PANAS-PANAS TU. AND MORE SCENE ON E-BOOK. (BILA EBOOK READY, SOFEA AKAN ANNOUNCE. DON'T WORRY GUYS, YOU STILL CAN HAVE THE WET MOMENT WITH ABE HARRAZ SOON)
YOU ARE READING
HARRAZ ZULFAN ; OBSESSIVE LOVE (18+)
RomanceBaby, I'm preying on you tonight, Hunt you down, eat you alive, Just like animals, animals, Like animals. Tengku Harraz Zulfan. Baginya, si gadis kecil bermata hazel itu ialah mangsanya. Dia cinta dan dia obses pada gadis itu sejak awal pertemuan m...