Tamat!
Elnara regangkan tubuhnya. Dia hembus nafas kelegaan. Paper last dah habis!
Barangan miliknya dikemas dan terus disumbat masuk ke dalam beg sandang miliknya. Tumbler yang terletak di atas meja turut di ambil. Setelah memastikan tiada barangan yang tertinggal di atas meja di dewan itu, dia terus mengangkat tubuhnya bangun.
Dia nak cari Nadhira! Kedudukan meja mereka jauh kerana kali ini meja disusun mengikut urutan nama. Terpaksalah dia berpisah dengan Nad.
Terjenggul-jenggul kepalanya di celahan puluhan orang ramai untuk mencari Nadhira. Sekarang senang sahaja nak cam Nadhira, from head to toe dah bergaya lain macam sejak bersama Nufail. Dulu selekeh sikit sebab asyik ulang baju t-shirt yang sama sahaja. T-shirt dan jeans. Fuhh sekarang! Melaram macam mak datin dah. Bag tangan pula, tak usah cakap. Gucci, LV, Balenciaga semua dia ada.
Elnara melorek senyum. Found her!
"Nad!" El menjerit dari jauh. Tangannya naik melambai-lambai agar Nadhira nampak dirinya yang tenggelam dalam orang ramai itu.
Itulah, siapa suruh kecik sangat.
"Nad! Rindu kau..." Elnara mencebik manja pada Nadhira yang sudah menghampiri dia. Mereka berpelukan seketika.
"Mengada. Sedap kena kurung?"
Elnara sengih. Termalu-malu dia.
Nadhira geleng kepala. Apa bendalah dua orang ni. Naik hairan dia. Tengok cara Harraz obsess pada El pun dia dah naik seriau. El boleh relaks je tenang-tenang lari dari suami dia.
"Jom g makan. Aku teringin nak makan mee hailam kat kafe." Ajak El. Dia memaut tangan Nadhira dan mereka berjalan beriringan.
"Kau dan Nufail okay ke?" Soal El, saja nak tahu perkembangan mereka berdua.
Nadhira angguk. Bibirnya senyum.
She's happy and living her life best now. Ada rahsia yang dia sembunyikan namun cukuplah rahsia itu hanya dia dan Nufail yang tahu. Belum masanya untuk dihebahkan lagi tentang mereka.
"Orang tanya dia sengih-sengih pula. Menyampah!" gerutu El. Dia tarik wajah cemberut menyebabkan Nadhira ketawa lepas.
"Sibuklah kau. Kau dengan Harraz macam mana? Dah baik?"
Kali ini El pula tersengih-sengih. Baik? Atau terlebih baik? hehe...
"Kami okay je. Dia minta maaf, aku pun minta maaf. We both confess our mistake. And woilaaa... We are okay now." Kata El.
Nadhira senyum lebar. Dia pandang ke sisi.
"I'm happy for you El. He's the one kan?"
El angguk kepala dengan yakin. Yes, he is the one. The love of her life. Lelaki kedua yang dia begitu cinta selepas Daddy.
"Lepas ni kau pergi mana?" Tanya El pada Nadhira. Mereka baru tiba di kafe, mengambil tempat masing-masing dan meletak barangan mereka di atas meja.
Nadhira tarik sengih. El terus buat muka. Sengih macam tu dia faham sangat.
Nak jumpa Nufail lah tu!
"Kau pula?"
"Aku tunggu Farel ambil dan balik rumah."
"Oh ya! Cakap pasal rumah, nanti free kau ajak Nufail datang. The house is so fucking big. Harraz cakap dia prepare rumah besar sebab nak anak ramai. Gila! Ingat aku kilang bayi ke?"
Nadhira ketawa lepas. Tengok riak wajah Elnara yang mencebik sahaja buat hatinya tercuit.
"Ah kau! Bukan kilang pun, kalau dah kena sodok kau kangkang jugak." Nadhira ketawa besar.
"Ish kau ni! Tak senonohlah perempuan!"
Elnara jeling tajam. Geram je dengan minah ni. Cakap tak pandang kiri kanan pula tu. Tak sedar ke dia yang mereka ada dekat kafe. Yang mana ada ratusan pelajar kat situ!
Nad ni!
Usai makan, dah siap bye-bye dengan Nad, Elnara mengeluarkan telefon bimbitnya. Hendak membuat panggilan pada Farel untuk memaklumkan yang dia sudah selesai dengan segala aktivitinya.
"Hish! Mana Farel call tak angkat." Dia merengus geram. Jarang benar bodyguard dia tak angkat call. Oh ya! Sejak kes dia lari haritu, kawalan Farel pada dia dah dilonggarkan. Dulu Farel ada di mana-mana sahaja sekarang Farel hanya tunggu di dalam kereta sahaja. Di panggil jika dah selesai dan Farel macam The Flash. Tahu-tahu muncul.
Sekali lagi nombor telefon Farel dia dial. Lama dia menunggu masih juga tak berangkat.
Seminit selepas itu, dia melihat Maybach milik Harraz datang ke lobi. Berhenti betul-betul di hadapan dirinya.
Keningnya terus berkerut seribu bila melihat seseorang yang keluar dari kereta itu.
Bukan Farel.
"Awak siapa?" Soalan pertama yang El lemparkan pada lelaki itu.
"Saya Yusof. Backup Farel. Farel tak sihat." Kata lelaki itu. Dia lemparkan senyum segaris sebelum kembali memasang wajah ketat. Pintu penumpang belakang dibuka untuk Elnara.
Elnara agak hairan. Kalau ada pertukaran kenapa dia tidak dimaklumkan oleh suaminya.
"Kejap, I nak call husband I." kata El. Dia mengambil langkah berhati-hati sahaja.
"Tuan dalam meeting. Beliau dalam meeting dengan exco pelancongan."
Elnara membulatkan mulutnya. Ya, dia hampir lupa. Hari ini Harraz agak sibuk. Pagi-pagi lagi Harraz dah inform dia.
Tanpa beragak, Elnara terus masuk ke dalam perut kereta. Setelah pintu dikatup, Yusof pun dah masuk kereta dan memulakan pemanduan, Elnara seperti biasa, menarik penghadang di tengah untuk membataskan pandangan Yusof padanya. Dia terus mengambil bantal kecik yang selalu ada di tempat duduk belakang dan berbaring di kerusi penumpang.
El penat.
Yusof tenang memandu. Memandu ke destinasi yang telah diarahkan.
Di but, ada lelaki pengsan.
Di tempat duduk penumpang belakang, ada asset yang perlu di hantar ke tempat yang selamat.
Dia?
Dia hanya mengikut arahan dan menjalankan amanah yang diberikan padanya.
Salah atau tidak, dia tidak peduli. Janji, bayaran yang diterima setimpal dengan kerja yang dia lakukan.
Lelaki bodoh mana yang sanggup membayarnya demi seorang perempuan. Dia cebik bibir.
Perempuan... Banyak membawa kemusnahan dalam hidupnya. Dia anti perempuan.
Sejak peristiwa gelap yang terjadi dalam hidupnya kerana seorang perempuan, dia membesar dan menjadi seorang lelaki yang tidak tertarik pada mana-mana perempuan.
Di sebuah bangunan terbiar itu, gadis malang itu masih tidur pulas berlapikkan tilam usang. Yang kotor dan hapak. Tak terkutik tidurnya sejak di angkat turun dari dalam kereta.
Tudung yang tersarung di kepalanya juga sudah tertanggal.
Wajah polos itu dipandang penuh kasih oleh lelaki itu.
"It's been a few months..."
Juntaian rambut gadis itu diselak ke tepi agar tidak terlindung wajah cantik manisnya. Dia usap alis gadis itu dengan ibu jarinya.
"I miss you so much dear..." ucap lelaki itu lagi.
"Mulai saat ini, kita akan bersatu. Tiada sesiapa lagi yang akan pisahkan kita."
Dia senyum jahat.
Pujaan hatinya, kini kembali.
Jumpa lagi...
Cepat teka siapa lelaki itu? Hehe
YOU ARE READING
HARRAZ ZULFAN ; OBSESSIVE LOVE (18+)
RomanceBaby, I'm preying on you tonight, Hunt you down, eat you alive, Just like animals, animals, Like animals. Tengku Harraz Zulfan. Baginya, si gadis kecil bermata hazel itu ialah mangsanya. Dia cinta dan dia obses pada gadis itu sejak awal pertemuan m...