Usai menghantar El ke rumah kawan seperti yang El minta, Shakir terus kembali ke rumah. Shakir mendapatkan Mak yang sedang menunggunya di pintu rumah.
"El okay?" Soal Mak Senah.
"Alhamdulllah Mak. Dia okay je. Seronok dapat jumpa kawan dia tadi. Dia kirim salam dekat Mak." Kata Shakir. Tangan Mak Senah diambil lalu dikucup.
Mak Senah senyum. Anak bujangnya, tak pernah lupa untuk bersalam dan kucup tangannya sewaktu keluar dan balik ke rumah.
"Hmm... Sunyi semulalah rumah kita ya. Dua hari ni banyak Mak borak dengan El. Baik sungguh budaknya." Wajah Mak Senah berubah sayu. Sedih pula bila teringatkan Elnara. Walaupun pertemuan mereka hanya singkap sahaja, dia dapat rasakan yang El baik orangnya.
"Jangan sedih-sedih Mak. Nanti Shakir bawa dia balik sini jadi menantu Mak pula." Shakir sengih busuk. Susunan gigi putihnya ditayang pada Mak.
Pap! Bahu Shakir terus ditampar oleh Mak-nya.
"Apo nak buat bini. El tu bini orang dah."
Mata Shakir terus melopong. Hah?! Bini orang?
"Hah?! Mak! Jangan bergurau mak." Dia tak percaya. El baru sahaja berusia 21 tahun. Tak mungkinlah bini orang.
"Iya bini orang. Dia lari sebab ada salah faham sikit dengan suami dia. Eh, kamu tak tahu ke? Dia tak beritahu kamu?"
Shakir geleng kepala pada emaknya. Bini orang ke? Nampaknya memang jodoh dia setakat sini sajalah dengan El. Musnah habis angan-angan yang baru dia pasang nak jadikan El sebagai suri hatinya.
"Huhu... Makanya, tanyain dulu dong sebelum membantu. Hihi..." Mak Senah ketawa tutup mulut.
Shakir menjeling Mak. Wajahnya terus cemberut. Mak ni memang, bab kenakan orang nombor satu.
"Adoii... Sayangnya... Melepaslah anak bujangku."
Mak Senah berlagu sambil kakinya berjalan masuk ke dalam rumah.
Shakir melepaskan nafas panjang. Melepas sungguhlah dia. Bunga yang nak dipetik rupanya bunga di taman larangan.
"Nad..."
"El..."
Mulut masing-masing sudah tercebik ke hadapan. Rindu! Hampir seminggu juga mereka tak berhubung. Rekod baru tercatat di dalam sejarah perkenalan mereka.
"Aku rindu gila dekat kau. Mana kau hilang El?" Soal Nad seraya memeluk erat tubuh El. Kemas dan ketat! Sungguh dia rindu pada sahabatnya yang satu ini.
Elnara menepuk belakang tubuh Nadhira. Aduh! Hampir naik lemas tubuhnya didakap oleh Nadhira.
"Weh! Hampir sesak nafas aku kau peluk." Kata El sambil ketawa kecil.
Dia memandang wajah Nad yang sudah tersebek-sebek hendak menangis. Hai-lah si drama queen ni.
"Aku tak ke mana-mana. Pergi healing je. Nak tenangkan jiwa."
YOU ARE READING
HARRAZ ZULFAN ; OBSESSIVE LOVE (18+)
RomanceBaby, I'm preying on you tonight, Hunt you down, eat you alive, Just like animals, animals, Like animals. Tengku Harraz Zulfan. Baginya, si gadis kecil bermata hazel itu ialah mangsanya. Dia cinta dan dia obses pada gadis itu sejak awal pertemuan m...