BAB 11

13.6K 233 6
                                    

"Keluar tak beritahu. Apa alasan you kali ni?"

Soal Harraz setelah mereka berdua selamat masuk ke dalam perut Lamborghini Urus miliknya. Elnara yang sedang mendakap kemas beg tangannya dipandang tajam.

"I tak beritahu pun you akan tahu sendiri kan? So buat apa nak beritahu lagi."

Oh My... Elnara and her smart mouth.

Harraz ketawa sinis. Dia pandang ke depan dan tangan memegang kuat stereng kereta.

"Kalau sehari tak uji kesabaran I memang tak boleh ke? Nak juga uji kesabaran I, nak juga buat I marah." Kata Harraz yang masih mengawal tona suaranya.

Elnara memutarkan bebola matanya. Harraz dan panas barannya memang tak boleh dipisahkan!

"Kenapa nak control hidup I? I ada hidup I sendiri."

Kali ini tawa Harraz meledak kuat. Panas hati dengan kata-kata Elnara. Bukan itu yang dia mahu dengar!

Dagu Elnara dipaut kasar sehingga kepala gadis itu terdongak kepadanya.

Matanya mencerlung menikam mata hazel Elnara.

"Kau dengar sini baik-baik."

Lidah Elnara kelu. Dia tahu sangat yang lelaki itu benar-benar marah jika panggilan sudah bertukar. Rahang lelaki itu juga turut bergerak-gerak.

"Jangan cabar kesabaran aku lagi. This is my last warning."

"Faham?"

Elnara diam hanya mata yang terkebil-kebil memandang Harraz. Argh Mummy! El takut dengan dia ni.

"Jawablah! Faham ke tidak?" Suara Harraz naik beberapa oktaf sehingga terhinjut bahu Elnara gara-gara itu.

"Fa-faham." Jawab Elnara tergagap-gagap. Hampir menangis dirinya saat itu.

Dagu Elnara dilepaskan. Kemudian tangannya naik mengusap lembut pipi Elnara. Wajah gadis itu sedikit pucat kerana takut padanya. Dia sendiri terganggu melihat wajah pucat itu tetapi ini demi kebaikan Elnara. Dia mahu bakal isterinya sentiasa selamat.

"You tahu kan I sayang you? I cintakan you. Apa-apa tentang you, penting bagi I. Please, jangan buat I naik darah lagi." Suara Harraz sudah mengendur sedikit. Tatapan yang dia berikan pada Elnara juga bukan lagi tatapan tajam.

"Ta-tahu... I'm sorry." Balas Elnara. Masakan tidak tahu, tiap malam ada kata-kata cinta yang akan diluahkan oleh Harraz sebelum tidur sehingga terkadang dia rasa yang Harraz ni dah tak betul orangnya.

"You dah beritahu Uqasyah tentang perkahwinan kita?" Soal Harraz.

Elnara geleng kepala dengan perlahan. Dia menggigit bibir sendiri.

Harraz menarik nafas panjang. Ini lagi satu masalah. Sudahlah, dia tak nak marah-marah lagi.

"Make sure you beritahu dia dalam masa terdekat. I tak nak ada kekecohan pada majlis kahwin kita nanti. Okay?"

Elnara Tarik nafas lega apabila Harraz tidak memarahinya tentang itu.

"Nak pergi makan?"

Seperti burung belatuk, Elnara anggukan sahaja kepalanya. Tak berani dah dia nak melawan Harraz lagi kang tak pasal-pasal Harraz tumbuk dia pula. Bukan boleh percaya kepala angin si Harraz ni.

Harraz senyum manis. Kucupan hangat singgah di dahi Elnara sebentar sebelum dia memulakan memandu.

Elnara hanya diam tidak berkutik di tempatnya. Jantungnya sudah berentak lari dari ritma asalnya. Sekejap kena marah, sekejap kena cium. Lama-lama dia yang gila.

HARRAZ ZULFAN ; OBSESSIVE LOVE (18+)Where stories live. Discover now