"Dah lambat... Dah lambat..."
Elnara kelam kabut memakai make up seringkas yang mampu. Dia sudah hampir terlupa pada janjinya untuk berjumpa Tengku Harraz Zulfan hari ini. Nasib baik ada Uqasyah yang tolong ingatkan dia. Dia sudah memberitahu Uqasyah tentang hal terjadi pagi itu. Dia ada meminta Uqasyah menemaninya, tetapi sayang Uqasyah ada hal lain yang perlu diuruskan. Nadhira pula tiba-tiba ada hal juga. Terpaksalah dia bergerak sendiri hari ini.
Setelah berpuas hati dengan wajahnya, dia menyarung baggy jeans hitam dan baju t-shirt lengan panjang berwarna putih. Beg tangan berjenama Dior turut dicapai. Jangan kecam ya! Dia beli sebelum boikot. Dah beli kenalah pakai.
Dia ayunkan kakinya turun ke bawah. Tiba di ruang tamu, kelihatan Mummy sedang mengubah bunga orkid. Hobi Mummynya yang sentiasa disokong oleh Daddy.
"Mummy, El nak keluar kejap. Jumpa kawan." Beritahu Elnara sambil mendekati Puan Tania.
"Weekend pun keluar ke? Temanlah Mummy dekat rumah ni." Puan Tania Tarik muncung. Si bapaknya mai golf, si anak pun sibuk nak keluar.
Elnara terkekeh ketawa melihat muncung Mummy.
"Keluar dengan budak ustaz tu ke?" Soal Puan Tania.
Elnara geleng kepala. "Bukan My, dengan senior sekolah El dulu. Haritu El terserempak dengan dia, nak jadi cerita El terlanggar dia dan kopi El tumpah atas baju dia. Ni nak pergi ganti baju dialah ni." Jelas Elnara.
"Lah... Kamu tu janganlah clumsy sangat."
Elnara tayang sengih.
"El gerak dulu Mummy. Dah lambat ni."
Usai bersalam dengan Mummy, Elnara terus mencapai kunci kereta yang tergantung di key holder. Dengan lafaz bismillah, dia memulakan perjalanan.
Harraz melihat kelibat Elnara yang sedang menunggunya dari jauh. Dia menarik senyum melihat gaya ranggi gadis itu. Baju dan seluar baggy. Langsung tidak nampak bentuk tubuhnya. Tudung yang tersarung di kepala juga labuh menutup dada.
"Apa agaknya yang kau sorok dalam baju besar tu." Katanya sendirian.
Dia menjadi semakin tidak sabar untuk menjadikan Elnara miliknya. Rasa itu semakin berkobar-kobar. Rasa itu semakin menggunung di dalam hatinya.
"You're going to be mine today, my Little Kitten. I can't wait to undress you and see what is hiding behind those clothes."
Dia berjalan mendekati Elnara yang ralit bermain dengan telefon bimbit. Gadis itu terus mengangkat kepala dan senyum padanya sewaktu dia menghampiri.
"Dah lama sampai?" Soal Harraz. Padahal dia tahu yang Elnara baru sahaja sampai kerana dia sudah sampai terlebih dahulu.
"Baru je. You pun baru sampai ke?"
Harraz anggukkan kepalanya sambil senyum. "Jom masuk." Dia mengajak Elnara masuk ke dalam sebuah butik pakaian berjenama.
"White looks good on you." Pujian Elnara menyebabkan bibir Harraz tersenyum. Dia mencuba sehelai kemeja berwarna putih, sama seperti yang Elnara rosakkan tempoh hari. Walaupun jenama tidak sama, dia tidak kisah. Kerana pertemuan hari ini, bukan soal baju.
YOU ARE READING
HARRAZ ZULFAN ; OBSESSIVE LOVE (18+)
RomanceBaby, I'm preying on you tonight, Hunt you down, eat you alive, Just like animals, animals, Like animals. Tengku Harraz Zulfan. Baginya, si gadis kecil bermata hazel itu ialah mangsanya. Dia cinta dan dia obses pada gadis itu sejak awal pertemuan m...