BAB 8

14K 325 19
                                    

Elnara tunduk merenung jarinya yang bersulam sendiri di atas peha. Susah payah dia menyusun ayat malam tadi untuk menjelaskan perkara sebenar kepada Uqasyah, namun apabila bertemu, ayat-ayat yang sudah disusun terus hilang. Lesap. Lidahnya kelu.

"Kenapa ni? Nampak macam susah hati je." Uqasyah bertanya. Semenjak masuk ke dalam kereta, Elnara terus berdiam diri. Dia menjadi gusar melihat perubahan sikap kekasih hatinya.

Padahal Elnara yang mengajaknya untuk berjumpa, tetapi dia yang malah berdiam diri.

Elnara menahan sebak. Bibir dikemam kuat. Jantungnya sudah berdegup kencang.

Jika tidak kerana paksaan Mummy dan Daddy, dia tidak mahu memberitahu Uqasyah tentang apa yang sudah berlaku. Tentang aturan pernikahan mereka yang akan berlangsung tidak kurang sebulan.

Elnara angkat kepala. Dia mengorek senyum kelat. "Syah sayang El?"

Uqasyah senyum manis. Dia memandang Elnara, tepat ke dalam mata hazel gadis itu.

"Sayang. Syah sayang El ketat-ketat." Uqasyah ketawa kecil pada hujung kata.

"El pun sayang Syah. Sayang sangat."

Elnara jeda. Dadanya terasa sakit. Sangat sakit sehingga dia tidak mampu lagi menahan sebak di dada. Dia mula tunduk, sembunyikan wajah. Tangisan yang mula kedengaran daripada Elnara mengundang panik pada Uqasyah.

Uqasyah mengalihkan tubuhnya sedikit ke arah Elnara. Mahu sahaja dia memeluk gadis itu yang sudah tersedu-sedan itu.

"El? What happen? Bagitahu I apa dah jadi?" Suaranya cemas. Mana tidak cemasnya, melihat Elnara mula menangis teresak-esak.

"Hey... Sweetheart, I'm here. I'm here."

Dia mahu memegang Elnara, dia mahu memeluk gadis itu. Dadanya turut merasa sakit melihat Elnara yang menangis walau dia tidak tahu apa punca sebenar tangisan itu.

Mendengar kata-kata lembut Uqasyah, Elnara angkat kepala.

"I..."

Elnara kesat air mata yang mengalir jatuh ke pipinya.

"I love you. All of my heart." Ucap Elnara.

Uqasyah senyum kelat. Kenapa dengan Elnara hari ini? Apa yang membelengu fikirannya?

"Kita kahwin lari nak?"

"El!" Suara Uqasyah naik satu oktaf. Apa yang Elnara mengarutkan ni!

"Tell me what's wrong? You acting weird today."

Elnara masih kekal diam. Dia melemparkan pandangan pada wajah tampan Uqasyah. Dia mengeluh berat. Dia harus beritahu Uqasyah. Uqasyah berhak tahu.

Dia melihat tangan besar Uqasyah yang sedang berada di atas peha lelaki itu. Can I hold it? For the last time?

"Syah... Hold my hand."

Uqasyah terkedu dengan permintaan Elnara. Mereka tidak pernah bersentuhan kulit ke kulit. Dia sangat menghormati gadis itu.

Elnara menghulurkan tangannya pada Uqasyah. "Please..."

Uqasyah tidak senang duduk. Lebih-lebih lagi dengan suara Elnara yang mendayu-dayu itu. Dengan terketar-ketar, tangannya diangkat lalu diletakkan pada tapak tangan Elnara.

Jantung Uqasyah tidak usah cakap. Hampir sahaja jantungnya hendak meletup. Tubuhnya serta merta menggigil. Tapak tangan lembut itu menggenggam tangannya.

"El..." Sungguh dia hilang kata. Wajah sayu El dipandang lama. Kenapa dia rasa tak sedap hati?

Elnara masih diam. Hanya helaan nafasnya kedengaran.

HARRAZ ZULFAN ; OBSESSIVE LOVE (18+)Where stories live. Discover now