BAB 26

16K 255 17
                                    

Hari ini, Nadhira diajak oleh abangnya untuk menemani ke pusat beli belah. Abangnya akan bertunang tidak lama lagi, jadi mereka hendak membeli sedikit barangan kelengkapan majlis nanti.

Mujurlah kuliahnya habis awal, jadi ada waktu dia untuk menemani abangnya.

Mereka berdua duduk di bangku sambil menikmati aiskrim baskin robbin kesukaan Nadhira. Demi adik tercinta, terpaksalah si Abang menurut.

"Abang. Suap sikit. Aku nak rasa." Pinta Nadhira. Dia sengaja memilih dua perasa yang berlainan. Boleh tumpang rasa. Hehe...

Nazriq senyum. Lalu dia mengambil sedikit aiskrim lalu dia suapkan ke dalam mulut Nadhira.

"Sedapnyaaa... Tukar-tukar."

Nazriq geleng kepala sambil senyum. Tangan tetap jua menyambut huluran aiskrim adiknya itu.

"Mengada kau kan. Tadi nak sangat beli yang hijau macam tu."

"Ini Matcha bang. Sedap. Tapi kau punya lagi sedap. Hahaha."

"Apa-apalah Nad. Nasib baik ada adik abang ni. Harapkan Kak Kamelia kau tu, sampai ke sudahnya sibuk."

Kak Kamelia merupakan buah hati Nazriq.

"Alah bang, Kak Kam kan sibuk. Siapa suruh kau cari doktor."

"Dah jodoh. Apa nak buat... Kak Kam kau tu lawa sangat. Tak tahan aku! Dah kahwin nanti hari-hari aku nak balun dia." Kata Nazriq sambil gelak gatal. Nadhira cebikkan bibir. Eeuww!

"Dasar pervert! Aku ni bujang lagi tau bang. Kau jangan nak cakap lucah kat sini."

Nazriq hanya ketawa lepas. Suka dia mengusik adiknya yang satu itu.

Tiba-tiba Nadhira teringat pada seseorang. Gulp! Dia telan liur. Dia masih ingat betapa hangatnya sentuhan tangan Nufail membelai tubuhnya malam itu. Setiap kucupan masih dia terasa pada setiap lekuk tubuhnya.

Bekas-bekas merah yang semakin pudar ditubuhnya sering mengingatkan dia tentang lelaki itu.

Ah! Kenapa mudah sangat catch feeling ni Nad? Kau kena sedar diri. Tak mungkin Nufail nak dengan perempuan macam kau. Dia tu kaya raya. Kau pula... Apa je ada.

"Eh dik. Kenapa muka kau merah-merah ni?"

"Hah?" Matanya terbuntang. Segera disentuh wajahnya yang terasa berbahang itu.

"Sejuk. Jap Bang, aku nak pergi tandas dulu."

Bingas Nadhira bangun dari kerusi. Aiskrim diberikan kepada Nazriq dan dia terus berlalu ke tandas wanita.

Tangannya dikepal kuat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tangannya dikepal kuat. Apa yang baru sahaja dilihat olehnya seolah-olah membakar seluruh jiwa raganya.

Pandangan matanya disorotkan pada dua manusia yang sedang bergelak tawa. Masing-masing saling suap menyuap aiskrim. Si gadis kelihatan sangat gembira. Tawanya tidak henti-henti semenjak dari awal dia menyaksikan gadis itu.

HARRAZ ZULFAN ; OBSESSIVE LOVE (18+)Where stories live. Discover now