Tidak peduli pada raungan isterinya yang semakin lantang dan bingit. Harraz mengheret kasar tangan Elnara sehingga tubuh mereka berada di dalam bilik itu. Bilik rahsia. Bilik yang menyimpan ratusan atau mungkin ribuan gambar Elnara sejak 9 tahun yang lalu. Bilik yang hanya dia tahu dan tanpa sengaja Syakira mengetahui juga tentang itu. Semua kerana khilafnya yang membiarkan pintu tidak tertutup.
Dan pada detik ini, dinihari ini, dia akan curahkan segala yang dia sembunyikan pada Elnara walaupun jelas nyata isterinya sedang ketakutan.
Dia mahu Elnara tahu... Dia sangat cinta pada gadis yang bernama Elnaira Ulfaira.
Dan saat lampu dinyalakan...
Matanya terus membulat besar.
Elnara kaku.
Pegun.
Tangannya terus naik menekup mulut.
Klak! Bunyi pintu dikunci, bulu roma Elnara terus menegak.
Matanya meliar pada sekitar bilik itu. Terpasak di dinding itu potret-potret besar yang mengambarkan dirinya. Semua gambar candid. Yang diambil curi-curi.
Sekeping potret besar berjaya buat Elnara kaku. Sangat besar sehingga memakan hampir seluruh ruang dinding itu.
Gila!
"You look so beautiful there..."
Harraz merangkul batang tubuh isterinya dari belakang. Dengan begitu kemas dan kuat. Deruan nafasnya terhela kasar dan menampar kulit bahu Elnara yang terdedah.
"Lepaskan I. Don't you dare to touch me!" Elnara memekik lagi. Tubuhnya meronta-ronta dan bergetar ketakutan.
"Shh... Shh..." Suara bisikan Harraz di telinga membuat dia semakin seriau. Pelukan itu semakin erat.
"I'm watching you... Closely, very close from 9 years ago." Harraz berbisik di telinga Elnara.
"I know whatever you did, where you have been, and who your friend is."
Gigilan tubuh Elnara semakin ketara. Oleh itu, Harraz semakin mengeratkan pelukan. Esakkan isterinya semakin mendayu-dayu.
"Me and Syakira... It's an arrangement. I never intended to marry her, to make her my wife. I only want you."
Harraz menggeselkan bibirnya ke leher jinjang Elnara. Dikucup dan disedut aroma semula jadi tubuh isterinya yang sentiasa menjadi kegemarannya.
"You mesti tak tahu. Here..."
Harraz menunjukkan sekeping gambar Elnara yang berada di hentian bas. Ada lelaki bertopi di sebelahnya.
"I was there. Sitting next to you." Harraz menyimpulkan senyum.
Dia masih ingat mulut Elnara membebel panjang kerana grab yang ditempah belum kunjung tiba sedangkan dia sudah lambat untuk ke perpustakaan negara. Hari itu, dia dan kawan-kawannya berjanji untuk menyiapkan kerja kursus di perpustakaan.
"I masih ingat you membebel, marahkan grab yang tak datang. I nak sangat hantar you. Bawa you ke mana-mana tapi I tahan diri. Kenapa? Sebab I takut bila I dah dapat you waktu tu, I tak akan lepaskan you. I akan kurung you dan jadikan you hanya milik I."
"Oh... God." Dada Elnara terasa sakit. Dia sedikit tersentuh namun rasa takut itu masih menguasai dirinya.
"I cintakan you... Elnara Ulfaira... My Little Kitten."
Dari belakang, tangan Harraz beralih ke hadapan memegang batang tengkuk Elnara. Menolak naik kepala isteri hingga terdongak pada sudut dinding yang dilukis gambar Elnara.
YOU ARE READING
HARRAZ ZULFAN ; OBSESSIVE LOVE (18+)
RomanceBaby, I'm preying on you tonight, Hunt you down, eat you alive, Just like animals, animals, Like animals. Tengku Harraz Zulfan. Baginya, si gadis kecil bermata hazel itu ialah mangsanya. Dia cinta dan dia obses pada gadis itu sejak awal pertemuan m...