"Aii... Bini dah balik pun murung ke?" Nufail menegur sahabatnya yang kelihatan benar-benar terganggu. Riak wajah Harraz nampak jelas sedang kusut.
"Dia benci aku." Kata Harraz sambil melepaskan nafas panjang.
Nufail pula ketawa lepas. Kepalanya tergeleng-geleng.
"Mana tak benci kalau kau dah kurung dia. Kau tahu kan El tu suka bebas. Kata dah kenal masak-masak perangai dia." Kata-kata Nufail berbaur perlian. Harraz menjeling sahabatnya. Kena paku pula dia hari ini dengan kata-kata Nufail.
"Cepatlah settle kerja kau. Kau ingat aku tunggul nak tunggu kat sini lama-lama?" Harraz menukar topik. Dia datang ke pejabat Nufail bukan nak dengar lelaki itu membebel pada dia. Mereka ada urusan yang perlu diselesaikan.
Nufail ketawa lagi. Tangannya ligat juga mengemas dokumen dan di masukkan ke dalam briefcase miliknya.
"Sayang!"
Kedua-dua kepala itu terus berpaling pada suara jeritan yang muncul di pintu pejabat Nufail.
Nadhira terus kaku melihat Harraz turut berada di dalam pejabat itu. Malunya!
"Err sorry... Tak perasan ada orang." Nadhira melangkah masuk perlahan-lahan. Terus dia menuju kepada Nufail.
"Saya ganggu ke?" Suaranya berbisik di telinga Nufail. Dan Nufail juga membalas dengan bisikan.
Harraz sekadar memerhati tingkah mereka yang berbisik sesama sendiri dengan perasaan jengkel. Menyampah! Nak sweet-sweet pula depan dia yang ketandusan! Akhirnya Harraz hempas tangan pada sofa dan dia bangun.
"Aku tunggu dekat kereta." Katanya dan dia terus ayunkan kaki keluar.
Nadhira terus hembus nafas lega. Semput dia berbisik-bisik hendak bercakap dengan kekasih hatinya.
"Tak dapat lunch sama-sama la ni?" Nadhira muncung panjang. Lengan Nufail digoyang-goyang manja.
"Sorry sayang. Saya lupa beritahu yang saya ada urusan dengan Harraz."
Mereka sudah berjanji untuk makan tengah hari bersama, kerana itulah Nadhira muncul di pejabatnya.
"Malam nanti ya. I cook something for you. Okay?" Nufail berjanji. Demi hendak memujuk rajuk buah hatinya.
Nak atau tidak, dia angguk kepala. Bibirnya terus melebarkan senyuman manis pada Nufail.
"But... Apa dia buat dekat sini?" Soal Nadhira pada Nufail. Dia itu sudah tentu merujuk pada Harraz.
Nufail diam sejenak sebelum membalas soalan Nadhira.
Nadhira dan Elnara... Tiada rahsia antara mereka.
"Hal peribadi. Dia perlukan lawyer." Jawab Nufail dan Nadhira kelihatan terkejut.
"Sa-sayang? Hal peribadi apa?" Soal Nadhira lagi. Tergagap-gagap dia bertanya.
Nufail jungkit bahu. "Belum tahu. Dia cakap hal peribadi. Ni kami baru nak pergi bincang sambil lunch. Kesian tengok dia, monyok je dua tiga hari ni."
YOU ARE READING
HARRAZ ZULFAN ; OBSESSIVE LOVE (18+)
RomanceBaby, I'm preying on you tonight, Hunt you down, eat you alive, Just like animals, animals, Like animals. Tengku Harraz Zulfan. Baginya, si gadis kecil bermata hazel itu ialah mangsanya. Dia cinta dan dia obses pada gadis itu sejak awal pertemuan m...