"Amboi anak dara... Bukan main sakan berjalan."
Teguran Puan Tania mematikan langkah Elnara yang terjengket-jengket masuk ke dalam rumah. Padahal bukan rumah kayu pun, mungkin kerana rasa takut yang jentik hatinya dan tindakan itu menjadi spontan. Seolah-olah tidak mahu Mummynya tahu pergerakkannya.
Elnara berpaling pada Mummy yang sedang bercekak pinggang dari tingkat atas. Dia tayang sengih busuk.
Puan Tania perlahan-lahan mendaki turun anak tangga.
"Lambat Mummy tidur malam ni? Daddy mana?" Soal dia, hendak mengelak.
"El pergi mana? Dah nak dekat pukul 11 malam baru balik?"
Elnara garu kepala yang tidak gatal. Dia akui salahnya, mengada-ngada mengajak Uqasyah pergi karaoke. Bukan selalu pun dia buat sedekah suara sumbangnya pada Uqasyah. Yang pasti Uqasyah menolak dulu tetapi apa daya, bila si gadis kesayangan buat puppy eyes, mana mampu dia menolak. Alih-alih dibiarkan sahaja Elnara menyanyi sehingga satu jam lamanya.
"Tengok wayang je My, lepas tu pergi nyanyi-nyanyi." Jawab Elnara, jujur. Mana boleh menipu ibu sendiri. Berdosa jadinya. Takut dia pada gelaran anak derhaka.
"Dengan siapa?"
Hee... Kali ini makin lebar sengihan Elnara.
"Budak Ustaz tu ke? Nak pula dia layan kamu pergi karaoke. Ke kamu yang paksa?"
Mummy memang tahu perangai yang satu anaknya itu. Degil dan nakal.
"El tak paksa My. El ajak baik-baik. Dia tak nak, El merajuk lah."
Mummy geleng kepala. Itulah balik-balik modal anak perempuannya. Hanya seorang Uqasyah sahaja mampu layan rajuknya yang sehari mungkin 10 kali merajuk.
"Kamu jangan nak mengada-ngada sangat dengan budak tu. Dia pun belum tentu lagi jadi laki El. Entah-entah jodoh dia dengan orang lain. Ni sampai pukul 11 malam keluar baru reti nak balik, tak ke dia cakap El ni gadis yang suka berpelesiran... bla... Bla... Bla...."
Masih panjang bebelan Mummynya, namun Elnara lagi pandai. Sewaktu Mummy sedang membebel, sambil tangan terawang-awang mengikut rentak bebelannya. Elnara sudah berdesup hilang, masuk ke dalam biliknya.
"El kena ingat, kita perempuan. Kita ada maruah. Ni Mummy..."
Puan Tania kerdip mata tidak percaya. Elnara hilang. Hanya dia yang membebel sendirian.
"Bertuah punya budak! Ni menurun sangat perangai di bapaknya." Dia sambung bebel lagi. Dengan sebal, Puan Tania daki anak tangga untuk naik ke bilik tidurnya.
Pagi yang menyegarkan. Bangun tidur sahaja, Elnara sudah senyum sendirian. Rutin hariannya bermula selepas sejurus mata di celik. Buat sedikit regangan, mandi dan bersiap untuk ke universiti. Hari ini kelas pagi, dan dia terpaksa pergi sendiri kerana Nadhira tidak ada kelas pagi. Memang mereka dalam jurusan yang sama, tetapi Elnara terlebih rajin dan semata-mata demi Uqasyah, dia mengambil minor subject yang sama dengan Uqasyah. Walaupun Uqasyah sudah di tahun akhir, satu semester menjadi rakan sekelas Uqasyah sudah cukup baginya. Bercakap soal Uqasyah, Elnara teringat pada hadiah kecil yang diberikan oleh Uqasyah padanya malam tadi. Bukan dia yang cakap kecil, Uqasyah yang beritahu dia itu hanyalah hadiah kecil. Tanda dia menghargai Elnara kerana sudi menjadi penghibur hatinya.
YOU ARE READING
HARRAZ ZULFAN ; OBSESSIVE LOVE (18+)
RomanceBaby, I'm preying on you tonight, Hunt you down, eat you alive, Just like animals, animals, Like animals. Tengku Harraz Zulfan. Baginya, si gadis kecil bermata hazel itu ialah mangsanya. Dia cinta dan dia obses pada gadis itu sejak awal pertemuan m...