Harraz ketawa lepas. Kuat dan lantang. Terkandung emosi yang bercampur baur di dalam tawa yang meledak. Berita yang baru disampaikan oleh Farel buatkan darahnya menggelegak panas. Amarahnya mengalir seperti lava yang bakal membakar segala apa yang ada di hadapannya. Rahangnya tegang, urat lehernya timbul. Muka bengisnya saat itu menakutkan sesiapa sahaja yang memandangnya. Wajah tampannya sudah bertukar kemerahan.
Kolar baju Farel dicekak kuat sehingga terangkat sedikit tubuh kekar jejaka itu. Sedar dirinya yang hanya kuli, Farel menikus. Dan dia akui memang salahnya.
"Macam mana dia boleh lari?" Dengan suara yang begitu dalam dan beku, Harraz menyoal.
"Pu-puan cakap dia sakit. Dia nak pergi ke klinik dan dia cakap dia dah inform Tuan. Saya hanya bawa dia ke klinik dan berada di luar bilik rawatan kerana doktor tidak benarkan saya masuk sekali."
Farel jeda. Dia menelan liur yang dah terasa berpasir. "Selepas sejam, saya redah masuk bilik rawatan. Mereka kata Puan dah keluar setengah jam yang lepas."
Harraz melepaskan kolar baju Farel. Dadanya turun naik dengan begitu kasar. Licik! Isterinya memang panjang akal.
Macam mana Elnara hendak ke klinik jika kad pengenalannya ada bersama dia. Telefon bimbit isterinya juga dia telah rampas.
"Fuck!" Harraz meraup kasar wajahnya. Elnara benar-benar mencabar egonya.
"Cari bini aku sampai dapat. Kalau tak, aku bunuh kau."
Farel telan liur mendengar ugutan maut itu. "Ba-baik Tuan."
"Kau boleh keluar." Kata Harraz. Isyarat tangan dibuat, dilayangkan ke udara, isyarat menyuruh Farel keluar dari situ.
Prang!
Terhinjut bahu Farel akan bunyi yang kuat itu. Dia mengorak langkah lebih laju ke arah pintu masuk rumah itu.
Bukan tuan rumah sahaja panas, bahang di dalam rumah itu turut terasa panas. Dia menepuk dahinya, sesal. Kenapalah bodoh sangat dia terperdaya dengan helah isteri majikannya. Tetapi apabila mengenangkan wajah pucat itu tadi, dia kasihan. Sudah dua tiga hari dia tak nampak isteri majikannya keluar oleh sebab itu dia bimbang.
"Kau cakap apa? El hilang?"
Mata Nadhira membulat besar. Dia yang tadinya duduk terus bangun bercekak pinggang di hadapan Harraz.
Harraz masih terlihat tenang. Cecair merah pekat di dalam gelas wain itu digolek-golek perlahan sebelum diteguk masuk ke dalam kerongkongnya. Kemudian dia meletakkan gelas itu ke atas meja dan bersandar pada dinding sofa dengan berpeluk tubuh.
"Bukan hilang. Dia lari." Jawabnya tenang. Sangat tenang sehingga membuat darah Nadhira mendidih.
"El lari?" soal Nadhira dengan suara langtangnya. Bahu Nufail turut terhinjut mendengar suara itu. Kus! Dah lama dia tak tengok awek dia naik angin. Dulu, waktu belum jadi girlfriend memang selalu sangat Nadhira naik angin.
YOU ARE READING
HARRAZ ZULFAN ; OBSESSIVE LOVE (18+)
RomanceBaby, I'm preying on you tonight, Hunt you down, eat you alive, Just like animals, animals, Like animals. Tengku Harraz Zulfan. Baginya, si gadis kecil bermata hazel itu ialah mangsanya. Dia cinta dan dia obses pada gadis itu sejak awal pertemuan m...