BAB 49

1.6K 187 4
                                    

"How is she now?"

Nufail menyoal. Matanya tertumpu pada Harraz yang sedang fokus membelek dokumen di meja kerjanya.

Harraz melepaskan keluhan.

"She's getting better." Itu sahaja jawapannya setakat ini. Ada perubahan tetapi tidak banyak. Impak kejadian itu sangat besar dan memberi kesan yang begitu dalam di dalam diri Elnara.

Elnara hilang semangat. Hampir setiap hari dia menangis. Sudah bermacam doktor yang Harraz panggil untuk merawat namun isterinya masih tiada perubahan.

Nufail angguk-angguk kepala.

"Aku rasa kau kena bawa dia keluar." Nufail mengutarakan cadangannya.

"Keluar?" Harraz menyoal dengan kening berkerut. "Keluar rumah? Pergi mana?"

Kali ini Nufail geleng kepala.

"Sejak bila kau jadi benak ubi ni?"

Laju sahaja Harraz mencampak sebatang pen kepada Nufail.

"Fuhhh... Laju eh tangan. Hari-hari main sendiri ke?" Nufail mengusik nakal.

Mujurlah Nufail sempat mengelak dengan penuh bergaya.

Harraz angkat tinggi file di tangannya.

"Relaks! Sabar anak muda!" Nufail mengaku kalah. Kedua belah tangannya dia angkat ke udara tanda mengalah.

"Bawalah pergi bercuti ke, pergi healing mana-mana." Kata Nufail. Haish Harraz. Sejak bila semua nak kena ajar.

Harraz berdiam seketika. Dia hanya melemparkan pandangan pada Nufail.

Otaknya ligat memikirkan sesuatu.

Macam betul juga kata Nufail.

Sejak kejadian itu, isterinya langsung tidak keluar ke mana-mana.

Nufail pula hanya memandang Harraz dengan bersahaja. Dia cebikkan bibir pada Harraz yang sepertinya hilang dalam dunianya sendiri.

"Book ticket."

Nufail ternganga. "Hah?"

"Book ticket lah. Tadi suruh aku bawa El keluar." Harraz berkata sambil menjeling.

"Laju nawwwww..." Berderet panjang Nufail membalas.

Harraz senyum. Dia bangun dari meja kerjanya. Tangannya ligat mengemas barangan peribadinya, semua disumbat masuk ke dalam briefcase.

Nufail memandang Harraz pelik.

"Pergi mana?" dia menyoal.

"Korea." Kata Harraz. Keningnya terjungkit nakal.

Dia akan pulihkan semangat isterinya.

Dia perlu kembalikan moment-moment hangat mereka. Dia perlu semarakkan kembali api cinta mereka.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: 13 hours ago ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

HARRAZ ZULFAN ; OBSESSIVE LOVE (18+)Where stories live. Discover now