Bab 45 (Permulaan Baru)

57 20 4
                                    

Setelah kejadian dua bulan lepas Amir buat keputusan berhenti dari jadi, pembantu Tuan Bahzi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Setelah kejadian dua bulan lepas Amir buat keputusan berhenti dari jadi, pembantu Tuan Bahzi. Keputusan ini diambil pun sebab memikirkan kesihatan ibunya di kampung yang tinggal seorang diri. Lagipun tuan Bahzi dan puan Ufaira dah nak sambung belajar. Atas nasihat tuan Bahzi, dia rela. Balik ke kampung halaman dan buka pusat seni bela diri, silat. Dekat dengan ibu sambil itu ada kerja yang berguna untuk diajar pada anak-anak muda yang lain. 

Bahzi dan Ufaira melangkah masuk ke dalam kafe. Mereka baru lepas mendaftar di UKM dan akan memulakan pengajian mereka tak lama lagi.

Bahzi letak fail atas meja. "Urusan belajar kita dah uruskan, sekarang fokus dengan majlis resepsi lagi tiga hari ini." 

Ufaira letak tote bag dekat kerusi sebelahnya. "Tadi pun pengurus perancang majlis telefon. Dia nak kita datang petang ini tengok persiapan dalam dewan."

Angguk. Telefon dikeluarkan dan buka whatsapp keluarga. "Ibu dengan ayah nak jumpa bonda dengan ayahanda lagi?" Bahzi baca mesej yang diterima. 

Ufaira senyum kecil. "Saya rasa diaorang yang lagi kalut dari kita."

"Itulah. Patut kita tak payah buat apa."

 Ufaira bangun sambil tolak telefon atas meja ke arah, Bahzi. "Tengok kan kejap. Nak pergi tandas." 

"Lagi?"

Angguk dan laju melangkah ke arah belakang kaunter. Ada tandas yang disediakan.

Bahzi hanya memandang dengan risau. Sejak Ufaira berbadan dua ini, isterinya itu kerap ulang-alik pergi tandas. Doktor kata normal. Tapi dia kesian tengok. Itulah pengorbanan seorang wanita kan, untuk bergelar mama. 

"Nak oder apa abang?" Seorang wanita datang sambil bawa menu di tangan. 

"Saya tunggu isteri saya. Nanti saya panggil untuk oder."

"Baik." 

Fail atas meja, Bahzi pandang. Pilihan dia nak sambung belajar bahagian psikologi bersebab. Dia nak belajar untuk memahami sisi psikologi manusia—bagaimana emosi, trauma, dan keadaan mental mempengaruhi tindakan seseorang. Boleh jadi jalan untuk melihat dunia dari perspektif yang lebih luas, dan memahami bahawa kekuatan sebenar bukan hanya datang dari kemampuan fizikal, tetapi juga dari ketahanan mental. 

Ufaira, pegang bahu suaminya dari belakang. "Awak betul ke ini dengan keputusan nak sambung belajar bidang ini?" 

Bahzi senyum dan capai tangan, Ufaira di bahunya. "Betul. Lagipun syarikat ayah dah ada abang Basyir tolong. Saya tak minat nak urus syarikat." Ditarik Ufaira supaya duduk di sebelahnya. "Saya dah lalui pengalaman yang tak semua orang dapat. Jadi saya rasa ini yang sesuai untuk saya faham."

Ufaira senyum. "Jadi, bukan sebab awak nak ikut isteri awak ini kan?"

"Dua dalam 1 lah itu.Dapat belajar dan dapat sama-sama dengan isteri tercinta."

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: 2 days ago ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

( OG) HANYALAH DIRIMU  (BAHZI ISA)Where stories live. Discover now