Episod 41 : Perselisihan

7.7K 138 4
                                    

"Aku nikahkan dikau, Nasrul Bin Latif dengan anak perempuanku, Zanariah Binti Kamal dengan mas kahwin RM232 tunai.."

"Aku terima nikahnya, Zanariah Binti Kamal dengan mas kahwinnya sebanyak RM232 ringgit tunai.."

"Sah?"

"Sah tuan.."

Anggukan dari dua orang saksi memeteraikan perhubungan halal di antara Nasrul dan isterinya, Cikgu Zanariah. Pasangan pengantin sama cantik dan sama padan itu diijabkabulkan serentak disandingkan pada hari yang sama di sebuah dewan perkahwinan terkenal di Kuala Lumpur. Di hari meraikan pasangan mempelai, terserlah kecantikan pada isteri Nasrul, Cikgu Zanariah.

"Tahniah Nas...Zanaa.."

"Thankss Razi sebab datang..Nisa dah sampai ke?"

"Tuu ada bawah tuu...."

Cikgu Zanariah melambai kearah Cikgu Hanisa yang sedang menanti giliran untuk menangkap gambar bersama raja sehari itu. Cikgu Zana mengarahkan agar mereka bertiga bersama mengambil gambar,kenang kenangan sebagai kawan baik sewaktu di maktab dahulu.

"Sabar ye Razii..."

"Its okay Nisa.. dah lama move on.."

Bisik mereka berdua dalam kebisingan lagu perkahwinan. Hamdan dan Ziya sedang menikmati juadah yang disediakan oleh pihak pengantin. Cikgu Hanisa faham benar perasaan Cikgu Razi. Senyuman kelatnya tadi menunjukkan perasaan sebenar lelaki yang tersakiti itu.

"Siapa tadi tu sayang...nampak rapat je korang bertiga.."

"Ooh yang pompuan tu Hanisa ngan Razi..kawan baik sayang masa kat maktab dulu .."

"Oohh..."

Nasrul meramas tangannya yang kesakitan. Kuat juga genggaman yang diberikan oleh Cikgu Razi. Perkenalannya dengan Cikgu Zanariah sewaktu membantu Cikgu Zanariah diragut seorang mat gian akhirnya membawa ke jinjang pelamin. Keayuan dan kenaifan yang ada pada wanita asal Batu Pahat itu berjaya menarik hati Nasrul.

"Malam ni ye sayang ..lepas abang makan siakap ni, abang nak makan sayang.."

"Ishhh hahaha...nanti orang dengar..makan dulu..haha"

Peha Cikgu Zanariah yang ditutupi dengan gaun pengantin diusap oleh Nasrul sewaktu mereka sedang makan beradab. Nasrul sudah tidak sabar lagi untuk merasai tubuh isterinya itu. Sepanjang pertunangan mereka yang berjarak jauh,jarang mereka bertemu untuk melakukan aksi ringan2. Maka, malam ini akan menjadi saksi bertapa Nasrul sangat mencintai isterinya, Cikgu Zanariah.

Dalam menjamu selera, Cikgu Zanariah merasakan sesuatu, seakan dirinya diperhatikan.Pandangan matanya bertentang dengan mata yang penuh dengan seribu satu perasaan sedang menatapnya dari tadi. Dari meja makan beradab, Cikgu Zanariah merasakan sesuatu yang ingin disampaikan oleh Cikgu Razi melalui pandangan matanya itu, namun Cikgu Zanariah terlalu sukar untuk memahami bahasa mata Cikgu Razi.

Beberapa tahun kemudian,

"Hello Razi.. ko mat mana.."

"Mana lagi Nis, bujang macam aku tidur je lah kat rumahh..ko nak apa pagi2 sabtu ni.."

"Jomlah sarapan..aku ada gosip untuk kau ni.."

"Zana ke?...serius?.."

"Hehe..tau je ko kan..cepat bangunn..adik ko bangun tak lagi.."

"Kalo dengar suara ko mestilah lah bangun Nisa..haha..ok2 aku siap2"

Cikgu Hanisa juga bersiap di pagi sabtu itu. Dia tidak sabar ingin menceritakan luahan hati Cikgu Zanariah pada hari Isnin yang lepas. Seminggu cerita ini disimpan kerana Cikgu Razi sibuk berkursus di hari yang lalu.

EmbunWhere stories live. Discover now