BAB 1.

2.3K 89 1
                                    


  
   "Tristan, are you done now? Breakfast is ready!" Mrs. Jacilyne menjerit memanggil anak lelakinya yang masih lagi tidak muncul-muncul walaupun sudah beberapa kali dia memanggil. Tristan di dalam bilik sedang berdiri di hadapan cermin bilik tidurnya. Dia mengeluh beberapa kali. Soalan dari emaknya dibiarkan sepi. Hari pertama di sekolah tempatan. Macam mana dia mahu bergaul? Siapa yang sudi berkawan dengan orang asing sepertinya? Adakah mereka pandai bergaul dalam bahasanya, atau dia perlu belajar bahasa tempatan? Argh! Tristan mendengus. Dia menggelengkan kepalanya ke kiri dan ke kanan tanpa lenguh. Dia menghempaskan badannya di atas katil empuknya dan memandang ke siling putih itu dengan satu pandangan kosong.

"Tristan, dear...?" Mrs. Jacilyne menolak pintu bilik anak sulungnya dan berjalan ke arah lelaki itu. Dia tersenyum melihat gelagat anaknya itu.

"Ma, I can't do this. I can't go to school." Tristan memejamkan matanya rapat-rapat. Entah mengapa dia terasa begitu kerdil apabila memikirkan yang dia berada di tempat orang.

"Why, dear? It's going to be fun. You're going to make friends. I'm sure of that." Mrs. Jacilyne melabuhkan punggungnya di sebelah anak lelakinya yang sedang meraup mukanya sambil mengeluh beberapa kali.

"I wanted to go back to Georgia. Can't we do that? I-I just d-don't belong here.." Tristan mengeluh buat ke beberapa kalinya. Tiba-tiba saja dia rindukan tempat lahirnya, Georgia, USA. Tempat dia membesar. Tristan teringatkan kawan-kawannya yang dia terpaksa tinggalkan. Walaupun mereka masih menghubungi sesama sendiri melalui Skype, dan social media lain, dia masih rindukan mereka.

Mrs. Jacilyne mengeluh kecil. Dia memegang tangan anaknya dengan erat dan mengusap rambut anak lelakinya itu dengan lembut. Dia faham perasaan anak muda itu. Sejak mereka pindah di negara orang ini, Tristan tidak lagi berjumpa dengan siapa-siapa yang boleh dibuat kawan. Sekurang-kurangnya, belum lagi. Sebab itulah dia mahu hantar anak lelakinya itu ke sekolah, supaya dia boleh mencari kawan supaya hidupnya tidaklah bersendirian di negara ini. "Tristan.. you know we can't, right? At least, not for now. Your dad has a pretty good job here. He can't let go of the good opportunity. It's for your best too. For your little sister. For both of your future."

Tristan mengeluh kecil. Jauh di sudut hatinya, dia terpaksa mengaku dengan kebenaran kata-kata emaknya. Satu-satunya sebab mengapa mereka terpaksa pindah di negara ini, adalah kerana ayahnya telah menerima tawaran pekerjaan yang agak bagus di sini. Dan dia tahu, mustahil untuk ayahnya menolak tawaran seumur hidup itu. Lagi pula, itu semua untuk kehidupan mereka sekeluarga juga. Untuk kesenangan mereka sekeluarga. Tristan meraup mukanya. Baru dia sedar yang dia telah menjadi seorang anak yang tidak tahu mahu bersyukur. Dia menarik nafas dalam-dalam. Dia mendongak, dan memandang muka emaknya. "I'm so sorry. I should've been more grateful. I'm sorry for complaining, I j-just-"

"Tristan," Mrs. Jacilyne memanggil nama anaknya lembut. Dia tersenyum. "It's not your fault. I understand how hard all of this for you. That's why I want you to go to school. Make friends, have your normal life again."

"Nothing can replace my old friends..." Tristan tersenyum paksa.

Mrs. Jacilyne tersenyum lagi. Dia tetap bersabar melayan kerenah anak-anaknya. "I know that, Tristan. I didn't ask you to replace them. I just want you to make friends in here, in your new life. So that you shouldn't be alone."

Tristan tersenyum sedikit. Walaupun sedikit di dalam hatinya susah mahu menerima dengan kehidupan barunya itu, dia terpaksa akur. Lagipun, ia tidaklah sesusah mana jika difikirkan balik. Dia cuma berada di satu tempat yang baru, itu saja. Apa yang dia perlu buat adalah terima semuanya dengan hati yang terbuka, dan mungkin dia perlahan-lahan boleh menerima keadaan barunya.

Kita BerbezaTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang