Bonus Chapter

688 33 4
                                        


SOOO I KNOW SOME OF YOU GUYS NAK BONUS CHAPTER SO HERE IT IS. Besides, I think last chapter ada banyak persoalan/orang yang tertinggal, so hopefully this one will make it all up. :)

19K Reads and 700 Votes. Thank you so much everyone! You guys are amazing. Thank you thank you. Now I hope you enjoy this last chapter where finally, you can say goodbye to Kita Berbeza.

Brb, I have to go crying in the corner. Hope you enjoy reading the last chapter.

------------

"Let me guess," Maria Kermila berdiri berhadapan dengan anak lelakinya yang kini sudah pun berusia 4 tahun. Kulit putih macam telur, lembut macam kapas, alis mata lentik bagai mahu menadah hujan. Tidak ubah seperti muka papanya. "Papa bagi Malik buat semua ni?"

Anak syurga itu mengangguk, tidak mampu membalas pandangan maut dari mamanya. "Papa kata.. Malik boleh buat. I'm sorry, mama. Malik janji Malik tak buat lagi. Will you forgive me, mama?"

Kermila tersenyum kecil, pipi dikembungkan, cuba menahan tawa. Kepala anak itu diusap perlahan. "Mama tak marah, sayang. But you don't have to do this, okay? Uncle Evan ada. Bahaya ni."

"Tapi mama.. Malik nak tolong pasang belon-belon ni," anak kecil itu menunduk.

"Alolo, baiknya anak mama ni," Kermila mengusap rambut anak itu sebelum dahi Malik dicium. "Mama tahu Malik nak tolong. Tapi, it's dangerous. I don't want anything bad happened to you. Okay?"

"Ok, mama."

"Good boy. Now pergi tolong panggilkan Uncle Evan, cakap kat dia mama suruh pasangkan belon-belon ni dekat dapur," pesan Kermila. Malik terangguk-angguk mendengar sebelum anak kecil itu berlari keluar dari ruangan itu.

"Risaunya mama ni," sergah Tristan, sebaik sahaja dia memasuki pintu rumah. Senyuman nakal terukir di bibir, meleret. Tahu rasa bersalah di dalam itu sudah kuat apabila terpandangkan si isteri yang sudah terherot bibirnya. "Malik mana?"

"Panggilkan Evan," Kermila memusing ke arah suaminya sambil memeluk tubuh. Tristan sudah tersengih-sengih. "What did I tell you about this?"

"I know, I'm sorry," Lelaki itu mengambil tangan si isteri sebelum dia mengelus perlahan. "But Malik is a boy. Kenalah kuat macam papa dia. Awak tak boleh lembutkan dia sangat. Nanti dia dah besar-"

"Okay, okay, I know," Kermila menghela nafas sebelum meletakkan kepalanya ke atas bahu lelaki itu sambil memerhati anak sulung mereka yang sedang asyik bermain dengan Alex, anak lelaki Sufaina. "Tapi saya cuma takut. Dia pernah masuk hospital kan? I just. I don't want anything bad happened."

"Okay shh, dah," Tristan mencium ubun-ubun isterinya. "Benda yang lepas, jangan ingat balik. Ambik sebagai pengajaran je, ok?"

Perlahan-lahan Kermila mengangguk. "Awak dah semakin bagus dengan bahasa melayu."

Tristan tersengih bangga. "Eh, mestilah. Cikgu dia pun bagus, kan?"

Kermila tersenyum melihat suaminya. 3 tahun sudah berlalu, segalanya terasa cepat. Alhamdulillah, setiap hari yang dilaluinya hanya ditemani dengan gelak ketawa. Tristan Sebastian, jodoh terbaik yang Allah SWT sudah tentukan buatnya walaupun menghadapi banyak rintangan sepanjang perkenalan mereka. Kermila tidak pernah dan tidak akan berhenti membuat sujud syukur atas segala nikmat yang Tuhan sudah berikan untuk dia.

Kita BerbezaTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang