Bab 11

983 34 2
                                    


“Kau tak serius kan? Kau tak main main kan?”

  Maria Kermila merenung tajam dan menghela nafas berat apabila menerima soalan yang sama buat ke berapa puluh kalinya sejak tadi. “Aku tak main main lah, dan sekali lagi kau tanya soalan yang sama aku humban kau dari tingkap bilik.”

Batrisha sudah berjalan ke kiri dan ke kanan.

Kermila hanya menjeling dan kembali bermain The Sims: Freeplay di dalam telefon bimbitnya.

Hari ini sudah genap dua minggu dia dan Tristan berperang dingin dan menjauhkan diri dari masing masing. Di sekolah, seboleh bolehnya mereka tidak mahu bertemu dan di dalam kelas pula masing masing buat haluan sendiri.

Bukannya Kermila tidak rasa serba salah tiap kali dia memandang lelaki itu, tetapi apa lagi yang dia boleh buat? Benda dah jadi. Nasi dah jadi bubur. Bukannya dia boleh tukar bubur tu jadi nasi balik, kan? Mustahil. Lagipun, keputusan sudah dibuat. Dia cuma mahu kehidupan lamanya semula; kehidupan yang lebih tenteram tanpa siapa siapa melainkan sahabat sahabatnya dan keluarga yang sangat dia cintai.

Tristan pula sejak kejadian itu, lebih banyak menghabiskan masa dengan kawan kawannya di persatuan bola sepak di sekolahnya. Apabila tiba waktu rehat, dia akan menyelinap berjumpa dengan kawan kawannya di kelab bola sepak sehingga Kermila sendiri kadang kadang tidak tahu sama ada lelaki itu hadir ke sekolah ataupun tidak. Lelaki itu seboleh bolehnya tidak mahu berjumpa dengan Kermila mahupun bertemu mata sekalipun.

Ah, peduli apa. Ingat dia sorang saja yang boleh buat macam tu? Memang silap.

Kermila menghembuskan nafas sekali lagi apabila Batrisha menghentakkan tubuhnya ke atas katil itu. “Aku tak faham. Kenapa kau buat macam tu? Hah? Dia ada sakitkan hati kau ke? Ataupun ada benda yang-”

“Batrisha,” Kermila memotong. “Kau nak tahu kenapa aku dengan dia dah tak bertemu, kan? Itula sebab dia. Please jangan tanya aku soalan soalan lain yang aku sendiri takda jawapan nak jawab!”

“Tapi tindakan kau tu kejam!” Batrisha membetul kaca mata yang dipakai. Baru minggu lepas dia dapat keputusan daripada klinik mata, yang dia memang rabun jauh. “Kau tak fikir perasaan dia ke? Lagipun, why so sudden? Sebelum sebelum ni korang takda pun-”

“Kejam? Really, Batrisha? Look, aku tak peduli, ok? Dia dah dengan hidup dia, aku dengan hidup aku. So sekarang ni, whatever. Kau nak cakap aku kejam pun, terpulang pada kau. Lagipun, no, aku tak perlu jaga perasaan dia sebab he's no one to me and even if he is, he probably doesn't think the same way like I-” Kermila tersenyap. Oh, mulut. Kau cakap apa ni?!

See, that's what it is, Kermi. Kau suka dia, sebab tu lah aku cakap-”

No, stop it! There is not a chance in hell, I'd like him or whatever you called it. You know what, dah lah. Aku nak turun.” Kermila sudah mula bangun dan tanpa menunggu apa apa respon daripada kawan baiknya, dia berjalan keluar daripada bilik dan menuruni anak tangga sehinggalah dia sampai ke ruang tamu.

“Ha, tu pun dia. Kermi, ada orang nak jumpa.” Saifuna memuncungkan mulutnya ke arah pintu.

Kermila mengerutkan kening namun terus berjalan ke pintu untuk melihat siapa yang mahu berjumpa dengannya. “Oh- um- Evan. Hai.”

“Hey.”

Kermila mengerutkan kening apabila Evan mendongak muka. “Ya Allah..” Kermila meletakkan tangannya di dagu lelaki itu dan menolaknya ke kiri dan ke kanan. “What happen to you, Evan? Kau bergaduh dengan siapa?”

Evan hanya tersengih sengih. “Tak, it's nothing. It was just a misunderstanding.

Kermila memeluk tubuh. “Ok, then what? He punched you?

Kita BerbezaTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang