Bab 26.

604 24 0
                                    

"Dah makan?"

"Belum."

"Dah solat?"

"Dah tadi."

"Nak makan?"

"Taknak."

"Kenapa taknak?"

"Tak lapar lagi."

"Kenapa tak lapar?"

Lelaki di sebelahnya dia jeling. Matanya ditutup menggunakan lengan. "Sebab awak ada kat sini. Perut pun takut nak berbunyi."

Lelaki itu mengetap bibir. Orang tanya betul betul, dia buat loyar buruk pulak. Kalau cantik tu takpa jugak. "Makan la sikit. Saya belikan awak makanan. Nak makan apa?"

Kermila menghela nafas. Wajah lelaki itu dia pandang walaupun fikirannya menerawang ke tempat lain.

Eric menaikkan kening, mahukan kepastian.

"But I'm not hungry

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.


"But I'm not hungry." Kermila merenung siling putih di atas. Otaknya kembali memutarkan memori petang tadi.

Tu memang dia?

Dia yang aku kenal dulu?

Yes...

Tapi.. dia dah bertunang.

Yes...

Dengan Lily.

Yes...

Oh.

Memang macam ini ke takdir dia? Dipertemukan dengan dia, selepas berkenalan dengan tunang dia, dan pengsan pula di hadapan dia. Buat malu saja. Ini pun dia masih tak ada idea lagi siapa yang menghantarnya ke hospital. Tekaannya mungkin Eric. Mungkin Isabella, mungkin juga Lily.

Mungkin dia.

What? No. Kermila memejamkan mata.

"Maria Kermila,"

Dia lantas menoleh. Sengih.

"Apa sengih sengih? Cakapla nak makan apa? Mengelamun lagi. Teringat pakwe ke apa?"

Sengih lagi. "Ha ah. Jealous?"

Eric memeluk tubuh. "Tak hingin."

Kermila ketawa kecil. "Belikan saya roti je. Dengan hundred plus."

"Roti je? Kenyang ke? Nasi taknak?"

"Eric, awak ni mesin pop kuiz ke apa? Kan dah bagitahu nak makan apa. Tanya lagi."

Eric mengambil bantal putih yang ada di sofa kemudian membalingnya ke arah gadis itu.

Kermila menepis. "Kejam!"

Baru sahaja fikirannya mahu menerawang lagi, pintu bilik diketuk. Kermila memejamkan mata sebelum menjerit, "Masuk!"

"Hai, Maria. You macam mana?" Lily datang berjalan dengan kasut tumit tingginya berbunyi keletuk keletak.

Kita BerbezaTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang