Awal pagi lagi rumah dua tingkat itu sudah riuh rendah dengan suara kanak kanak bermain di tengah tengah rumah. Nasiblah, tiada siapa mahu menegur. Semuanya sibuk dengan aktiviti masing masing. Kaum perempuan seawal selepas subuh lagi sudah berkumpul di dapur manakala kaum Adam pula ditugaskan di luar; mengemas apa yang patut. Tepat pada pukul dua petang, khemah sudah kemas dirikan. Meja dan kerusi juga tersusun elok untuk tetamu. Hanya yang tinggal adalah tugas untuk menyediakan makanan.
"Apanya susah, pakai je dua dua. Kan senang," Adam bersuara sambil membuat muka jelik tahap cencaru masam.
"Banyaklah kau! Aku tendang kau sat lagi baru tahu." Kermila mendengus geram. Mahu sahaja dia baling kasut tumit tinggi empat incinya ke arah lelaki itu.
"Cik kak oi, cukup bagus dah aku bagi kau nasihat tu. Tak reti bersyukur lansung."
"Ye lah, memang berguna sangat pun nasihat kau tu. Terharu aku kat sini weh. Nak nangis pun ada."
"Kau," Adam mengecilkan matanya. Sebiji bantal peluk bewarna putih di sebelahnya dia baling tepat ke belakang gadis itu.
"Hei!!! Rosaklah tudung aku, gila!!" Kermila menghentak hentak kakinya ke lantai tanda protes. Tangannya laju membetulkan selendangnya yang terjatuh daripada bahu. Hee, kalau tak silap la mahu makan penampar jepun mamat ni sat lagi. Hati kecilnya menjerit.
"Malang betul nasib Tristan dapat isteri macam kau. Ish ish ish.. perangai serupa budak!"
"Eleh, cakap sajalah yang kau tu cemburu sebab tak ada siapa nakkan kau. Kan? Eh wait.. tak payah cakaplah, aku dah tahu."
Baru sahaja Adam mahu membalas kata kata sepupunya itu, tubuh seseorang kelihatan memasuki bilik itu yang pintunya sudah dari tadi terbuka. "Ya Allah, ada apa ni bising bising sampai dengar dekat bawah? Sha baru tinggal sekejap pun dah huru hara jadinya! Apa kes ni?"
"Ummi, tengok la mamat ni!" Kermila sudah berlari ke arah si ummi yang sudah menggeleng kepala melihat teletah anak bongsunya itu.
"Haish, sudah la. Bukan kecik lagi dah kamu berdua ni. Dah tua bangka. Kermila, mak andam dah nak sampai. Pergi la bersiap semua. Kejap lagi kenduri dah nak mula. Apa punya pengantin la ni?"
Bebelan daripada umminya itu hanya dibalas dengan muncung sedepa. Terpaksalah telan peluru machine gun yang ditabur oleh wanita itu. "K lah ummi. Batrisha pergi mana?"
"Budak tu tengah call tunangnya la, apa lagi."
Kermila tersengih. Damian, tunang si Batrisha. Lelaki yang telah menolong Kermila sewaktu dia tersesat dahulu.
Ironinya, kawannya pula yang jatuh hati dengan lelaki itu. Apabila Kermila mendapat tahu yang Batrisha telah bertunang dengan Damian, habis satu rumah mereka berkejaran.
Hampeh punya kawan! Mana taknya, sehari selepas mereka sah bertunang, barulah kawannya yang satu itu memberi tahu siapa tunangannya. Kalau tak, selama ini tiap kali Kermila bertanya, hanya "Adalah.. seseorang," menjadi jawapan sehingga telinganya jemu mendengar jawapan itu hari hari.
"Hai akak! Dah siap atau belum?"
Kermila berpusing ke arah pintu dan terus senyum meleret apabila melihat seorang gadis asli yang memakai kebaya bewarna kuning susu. Sungguh cantik dipandang.
"Cantiknya, Mulani.. kalah akak ni!"
Mulani hanya tersenyum simpul. Pertama kali memakai baju yang bukan budayanya. Terasa janggal juga, namun dia telah banyak menerima pujian sejak dari tadi. "Mana boleh lawan bakal pengantin kita hari ini.."
Kermila hanya tersengih. "Aba mana?"
"Aba ada di bawah.. tolong kaum lelaki susun meja."
"Ohh," Kermila terangguk angguk. "Ok lah, Mulan. Akak nak mandi dulu ni. Kejap lagi kita sambung ya?"

KAMU SEDANG MEMBACA
Kita Berbeza
Novela JuvenilSaat dua jiwa berlainan agama dan bangsa bertemu, hari-hari mereka bertelagah. "Ergh, bengap!" - Maria Kermila "What's bengap, anyway?" - Tristan Sebastian "Kau la, bengap." - Maria Kermila Saat persahabatan mereka mula terjalin, ada yang berhasad...