Bab 21.

574 34 2
                                    




"Alhamdulillah, alhamdulillah.."

Usai majlis solat hajat yang terdiri daripada sanak saudara di rumah dua tingkat itu, Sufaina menolong umminya menghidangkan air sirap ais ke atas meja makan di ruang tamu. Duduknya dilabuhkan ke atas sofa empuk bersebelahan dengan Batrisha, kawan baik adiknya.

"Akak ok?" Batrisha bertanya apabila kakak kepada kawannya itu hanya mampu termenung jauh.

Sufaina tersenyum lemah. "Macam mana lah nak ok, Sha. Dah beberapa minggu ni. Dalam otak akak ni dah macam macam perkara muncul. Akak dah tak sanggup, Sha..."

Batrisha hanya mampu mengeluh kecil. Tangan Sufaina digenggam erat. "Sha minta maaf sebab tak ikut dia. Kalau Sha ikut.. mungkin benda ni takkan jadi dekat dia."

"Jangan fikir macam tu, Sha." Air matanya dikesat. "Semua ni ketentuan Allah. Mungkin ada sebab kenapa Dia datangkan ujian macam ni dekat akak and family. Mungkin Dia.. nak sedarkan yang selama ni akak.." Tangisannya makin galak. "Selama ni akak... akak jujur, akak jarang nak ambil berat pasal dia. Sekarang ni.. akak menyesal, Sha. Dah jadi macam ni.. baru akak rasa kehilangan.."

Batrisha hanya mampu merenung karpet gebu di bawahnya. Malas dia mahu melihat Sufaina yang sedang menangis itu. Nanti dia pula terikut sekali. "Sabarlah, kak. Sha yakin.. semua ni ada hikmahnya. Sabar ya?"

Sufaina mengangguk angguk. Walaupun hatinya masih belum pulih, dia memaksa bibirnya untuk mengukir sebuah senyuman. "InshaAllah, Sha."

"Ummi macam mana?"

"Macam biasa lah.. banyak termenung, kurang makan. Ummi ambil cuti tanpa kerja untuk sebulan. Ya lah.. dia banyak buat solat hajat lately."

"Ok, akak. Sha faham. Hmmm.. Sha menyesal tak ikut dia haritu."

"Dah la, Sha. Bukan salah sesiapa," Air matanya dilap sekali lagi. Nafas ditarik dalam dalam kemudian dilepaskan. "Sha taknak balik lagi ke? Dah lewat ni. Nanti papa dengan mama risau pulak Sha berlama lama di sini."

"Ala, takpa kak. Macam tak biasa je. Diaorang o-"

"Assalamualaikum!"

Serentak, mereka berdua berpaling ke arah pintu pagar yang terbuka luas. Mereka bertukar pandangan sebelum Sufaina mula bangun dan diikuti dengan Batrisha di belakang. Sebaik saja mereka berdiri di hadapan pintu, kelihatan seorang pemuda sedang tercungap cungap mencari nafas sambil mengusap usap dada sendiri.

"Ya Allah, Evan! Cuba bawak bertenang, kenapa kelam kabut ni? Kena kejar dengan hantu ke apa?" Sufaina menegur anak muda yang masih tidak mengeluarkan sebarang perkataan dari mulut.

"Evan, kau kenapa?" Batrisha sudah mula mendekati lelaki itu.

"Nih.. a.. aku.. ada.. nih.. Kermila!" Evan masih cuba untuk menenangkan diri sendiri. Larian yang mengalahkan Usein Bolt tadi telah menyebabkan nafasnya menjadi sesak.

Apabila mendengar nama Kermila disebut, Sufaina dan Batrisha berbalas pandang. Hati masing masing sudah berdegup penuh ritma. Sufaina orang pertama yang menyentuh bahu lelaki itu lembut. "Evan, tarik nafas dalam dalam. Istighfar banyak banyak."

Lelaki itu laju membuat seperti yang disuruh. Nafasnya ditarik dalam dalam. Dadanya diusap.

"Sekarang.. bagitahu akak, kenapa sebut Kermila? Ada apa apa kah?"

Evan mengangkat muka dan mengangguk angguk. "Evan dapat call daripada seseorang ni.. dia cakap.."

Batrisha sudah mengetap bibir. Terasa lambat benar lelaki itu mahu memberitahu berita misteri itu. "Dia cakap apa?"

Kita BerbezaTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang