Bab 6

885 40 0
                                    

"Maria Kermila, wake up!"

Kermila menghembuskan nafas. Dia perlahan-lahan membuka mata namun pandangannya jadi berpusing-pusing. Kepalanya terasa berdenyut. Kermila cepat-cepat meletakkan tangannya ke atas dahi.

Sah, dia demam.

Kermila sudah mula mengeluh. Ini sudah pasti akibat daripada membiarkan dirinya berdiri di bawah hujan yang turun renyai-renyai. Kermila memang alah dengan hujan. Setitik sahaja hujan terkena badannya, pasti dia akan demam ataupun selsema.

Dan hari ini, dia terimalah padahnya.

"Kermila," Sufaina membuka pintu bilik tidur adik perempuannya itu sambil bercekak pinggang.

"Kermi demam." Gadis itu menjawab sepatah.

"Hah? Macam mana boleh demam?" Kakaknya sudah berjalan menuju ke katil. Dia meletakkan tangan ke atas dahi adiknya itu. Kermila hanya membiarkan.

"Wow, Kermi main hujan lagi?"

Kermila menolak tangan kakaknya. "Banyaklah main."

"Habis, macam mana boleh demam? Panas ni."

"Entah." Kermila sengaja tidak mahu menceritakan apa yang sebenarnya terjadi semalam. Dia lebih rela menyimpan dan menelan perkara itu jauh-jauh.

"So no school today? I'll let ummi know."

Kermila hanya mengangguk dan memejamkan matanya rapat-rapat. Seketika kemudian, kedengaran bunyi tapak kaki emaknya masuk ke dalam bilik.

"Kermi?"

Kermia hanya mendeham.

"Kermi ok tak?" Puan Marlisa bertanya. Kermila hanya mengangguk.

Puan Marlisa meletakkan tangan ke atas dahi anak perempuannya. "Panas ni, sayang. Kermi kena pergi klinik ni."

Mata Kermila membulat. "Taknak!"

Puan Marlisa menggelengkan kepala. "Kermi demam ni. Panas. Bahaya kalau tak pergi check. Ummi temankan, ok?"

Kermila mengeluh kecil. Sudah terang lagi bersuluh dengan lampu spotlight stadium, dia tidak punya pilihan. "Fine." Dia menjawab ringkas.

Dia cepat-cepat bangun daripada katilnya dan menuju ke bilik air.

"Ummi tunggu kat bawah,"

"Ok."

~~~~

"... ambil selepas makan, dan jangan lupa habiskan ubat-ubat ni."

Kermila mengeluh dan mengangguk-angguk kecil. Dia menghadiahkan senyuman kepada jururawat itu dengan penuh paksaan. Seketika kemudian, dia mengambil plastik yang mengandungi ubat itu dan terus keluar daripada bilik tersebut.

Dia mengajak umminya untuk terus keluar daripada klinik yang menyeramkan itu. Sedari kecil lagi Kermila memang susah mahu pergi ke klinik. Dia lebih rela membiarkan penyakit yang datang itu hilang sendiri.

Semasa di dalam kereta, Kermila hanya memandang ke luar tingkap. Memerhati dan mengagumi ciptaan yang Maha Esa. Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering. Kermila mengeluarkan telefon bimbitnya dan membuka peti mesej yang baru sahaja masuk.

Mind joining me here? There's a last minute class happening. I'm on my way there. - Jacilyne.

Kermila mengerutkan kening. Last minute class? Siapa pulak yang pandai-pandai mulakan kelas muzik pada hari cuti ini? Kermila mengeluh kecil. Dia tidak berapa larat, namun dia juga tidak mahu melepaskan kelas muzik itu. Lambat-lambat, Kermila mencuit bahu ibunya.

Kita BerbezaTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang