Pusat sumber pada waktu rehat tengahari itu kelihatan lengang sekali. Hanya kelihatan beberapa orang pengawal pusat sumber sahaja yang sedang bertugas. Maria Kermila tersenyum sendiri. Baguslah. Tidak perlu susah susah dia bersesak sesak di dalam itu seperti kebiasaan.
Gadis itu membawa langkah ke rak buku yang bertanda 'Fiksyen'. Dia membelek belek beberapa buah buku yang ada di situ. Setelah berpuas hati dengan sebuah novel yang diambil, dia membawanya pula ke sebuah meja kosong. Sementara menunggu waktu rehat habis, dia membuat keputusan untuk membaca buku sahaja. Kawasan yang berdingin dan agak lengang itu membuatkan dirinya berasa lega. Sejak beberapa hari ini dia sungguh tidak mahu berjumpa sesiapa walaupun kawan baiknya sendiri bermati matian mengajaknya untuk menjamah sesuatu.
Baru sahaja dia menyelak muka surat ke tiga belas, nama Kermila dipanggil. Terus dia mendongak dan mencari dari mana datangnya suara itu. Kelihatan kawan baiknya Batrisha sedang berlari lari anak dari luar dengan tudung yang beterbangan ditolak angin yang melawan arus. Kermila terus tidak mempedulikannya dan kembali membaca buku yang diambil tadi.
"Kermila! Listen to me!" Suara itu makin mendekati. Kermila malas mahu ambil pusing. Itu tidak lain dan tidak bukan pasti mahu memujuknya untuk ke kantin.
"Kermila," Batrisha datang berdiri di sebelah meja yang diduduki kawannya dengan nafas yang tercungap cungap.
Kermila menjeling. "Kau nak apa?"
"Aku.. aku nak cakap something... ni.. kau..ke-kena .. dengar.."
"Cuba duduk dulu. Aku yakin apa yang kau nak cakap kat aku ni tak sepenting mana." Kermila mendengus kecil dan kembali menghadap bukunya.
"Tak.. in-ini.. pasal kau."
Kermila mendongak. Dia merenung mata kawannya dengan membawa maksud, 'bagitahu sekarang atau blah dari muka aku'. Batrisha mengeluh dan tanpa membuang masa, dia menarik lengan kawannya itu dan membawanya keluar daripada perpustakaan sekolah tersebut. Dua orang gadis itu berlari lari anak sehingga mereka sampai di papan buletin sekolah.
Kermila menaikkan keningnya ke atas. "So? Apa yang penting sangat?"
"Tu, cuba kau tengok dekat kertas program cuti sekolah," Batrisha memuncungkan mulutnya ke arah yang disebut. "Kau baca dulu pelan pelan, then bagitahu aku apa yang kau nampak."
Kermila mengeluh dan tanpa menyoal lebih lagi, dia membuat seperti yang disuruh. Anak matanya menari nari ke kiri dan ke kanan.
Seketika keningnya bertaut satu. "A-.. aku konfius. Macam mana-"
"Ha, itulah yang aku cuba bagitahu kau. Sejak bila pulak kau berminat nak pergi bercuti dengan rombongan sekolah? Setahu aku, kau lebih suka terperap dalam rumah daripada ikut rombongan sekolah macam ni," Batrisha menerangkan dengan panjang lebar.
Kermila hanya mampu menghela nafas berat. "Ya, kau betul dan sebab tu lah aku nak tahu, siapa yang pandai pandai masukkan nama aku dalam list ni? Aku taknak pergi lah!"
"Sabar, sabar. Aku yakin kau boleh tarik diri. Nak aku temankan pergi pejabat?"
Tanpa membuang masa, Kermila mengangguk kecil. Amboi amboi, ini sudah melebih. Siapa pulak yang pandai pandai masukkan nama aku dalam list tu? Aku tak teringin pun nak pergi! Kermila sempat bermonolog sendiri dalam perjalanannya menuju ke bilik guru.
Sesampainya mereka di sana, Batrisha bingkas masuk ke dalam dan mencari meja guru yang bernama Murni. Kedua dua gadis itu menarik nafas lega kerana cikgu Murni kelihatan sedang santai menulis sesuatu di dalam buku notanya. Tak sia sia penat lelah mereka menaiki tangga yang bertingkat tingkat itu tadi.

KAMU SEDANG MEMBACA
Kita Berbeza
Teen FictionSaat dua jiwa berlainan agama dan bangsa bertemu, hari-hari mereka bertelagah. "Ergh, bengap!" - Maria Kermila "What's bengap, anyway?" - Tristan Sebastian "Kau la, bengap." - Maria Kermila Saat persahabatan mereka mula terjalin, ada yang berhasad...