Melihat pantulan imej sendiri di cermin, Maria Kermila mengeluh berat. Selama ini dia malas mahu ambil pusing. Adatlah.. sesat di tempat orang tanpa makanan yang secukupnya dan keadaan yang tidak selesa. Namun apabila dia sendiri terasa betapa kurus dan ringannya badan sendiri, dia semakin risau. Menggelengkan kepala, lambat lambat dia berjalan ke arah di mana beg galasnya berada. Buat masa ni, dia malas mahu memikirkan tentang apa apa sekalipun melainkan jalan pulang. Dia yakin, hari ini dia akan pulang ke pangkuan keluarga."Ya ready?"
Dia menghela nafas kecil dan mengangguk. Beg miliknya disilang ke atas bahu. "Yeah."
Tristan mengangguk. "Let's go."
Langkah kaki mula diatur kemas menuju ke dapur. Di situ, Kermila berjumpa dan bersalam dengan separuh daripada keluarga dan sanak saudara Mulani. Kermila hampir saja menitiskan air mata melihat kebaikkan yang ditunjukkan oleh kaum mereka. Baru tiga hari dia tinggal di situ, mereka sudah melayannya seperti keluarga sendiri.
"Aba ada kat bawah. Mulani hantar kakak sampai sana, ya?" Mulani sudah mula berjalan sopan ke arah Kermila.
"La, tak payah susah susah la Mulan. Akak boleh turun sendiri."
"Tak apa la, akak. Mulani nak temankan akak," Lantas dia memegang tangan Kermila dan mula berjalan ke hadapan. Kermila hanya tersenyum dan mengikut langkah gadis muda itu. Sesampainya mereka di tempat kali pertama Kermila dan Tristan menjumpai lelaki gagah perkasa itu, Mulani memberhentikan langkah. Kermila tersenyum lega apabila melihat jalan yang luas itu. Sudah terasa seperti bertahun tahun dia tidak berjalan di atas tar walaupun baru seminggu dan tiga hari mereka berada di perkampungan itu.
"Aba," Mulani bersuara apabila melihat ayahnya berjalan ke arah mereka bertiga.
"Kamu.. sudah mahu pergi?" Lelaki itu bertanya.
Kermila mengangguk. Tristan tersenyum kecil tanda hormat memandangkan dia tidak mampu untuk berbicara menggunakan bahasa mereka.
"Ini.. ada bekalan untuk kamu semasa perjalanan nanti. Ambillah.." Lelaki itu menghulurkan satu bungkusan plastik kepada Kermila.
Gadis itu menyambut dan tersenyum lagi. "Terima kasih, pakcik. Susah susah saja."
Lelaki itu mengangguk walaupun tiada secali senyuman pun di bibir. Namun, Kermila faham kerana sejak hari pertama lagi Mulani sudah memberi amaran yang ayahnya mungkin kelihatan agak bengis dan menggerunkan, tapi hatinya baik. "Terima kasih banyak banyak, pakcik. Kalau ada kesempatan, mungkin kami akan melawat lagi."
Tristan terbatuk kecil dan menyedari maksud tersurat di balik tersirat, Kermila menyiku lengan lelaki itu sekuat hati sambil menayangkan sengihan di bibir.
"Ha.. tak apa lah. Hati hati, nak."
Kermila dan Tristan masing masing mengganguk.
Kermila berpusing menghadap Mulani dan terus memeluk gadis yang baik budi bicaranya itu. "Kakak mesti rindukan Mulan nanti."
"Mulan pun sama kak," Pelukkan erat itu akhirnya dilepaskan. "Hati hati, ya?"
"Jangan risau, Mulan. Terima kasih."
"Sama sama, akak."
Setelah melambai selamat tinggal yang terakhir, mereka berdua memulakan langkah pertama untuk perjalanan yang masih panjang.
"I'M tired," Beg galas dilepaskan. Maria Kermila terduduk di tepi jalan raya itu. Nasib baiklah hari tidak terlalu panas dan mendung sahaja. Kalau tak, mahu pitam sekali lagi dibuatnya.

KAMU SEDANG MEMBACA
Kita Berbeza
Ficção AdolescenteSaat dua jiwa berlainan agama dan bangsa bertemu, hari-hari mereka bertelagah. "Ergh, bengap!" - Maria Kermila "What's bengap, anyway?" - Tristan Sebastian "Kau la, bengap." - Maria Kermila Saat persahabatan mereka mula terjalin, ada yang berhasad...