Bab 5.

1.1K 48 5
                                    

*EDITED ON 18 NOV*

*31 DEC, EDITED TWICE*

Kermila menarik nafas dalam-dalam. Hatinya sudah berbunyi 'dup dap'. Nafasnya terasa sekat. Tangannya sudah rasa seram sejuk. Tiba-tiba lengannya dicuit. Dia berpaling ke tepi.

"Kau ok?" Batrisha sudah mula naik risau melihat perubahan kawan baiknya itu. Sebelum ini dia elok saja.

Kermila mengangguk kecil. "Aku ok. I'm just overreacting." Dia tersenyum pahit.

Batrisha tergelak kecil. "Rileks lah. Ini cuma projek sampingan kelas sivik. Nothing important. It doesn't matter if you win it or not."

Kermila perlahan mengangguk. Ya, betul. Ini cuma projek sampingan. Bukannya ada makna apa-apa sekiranya menang ataupun tidak. Namun entah mengapa ketika Puan Hazminah sedang berjalan ke depan, ke belakang sambil memegang kertas keputusan projek yang bernama Culture vs Religion itu Kermila terasa sesak nafas. Dia cuma berharap pembentangan yang telah dia dan Tristan siapkan pada ahad lepas, mampu mendapat markah paling tinggi.

"Baik, kelas," Puan Hazminah sudah bersuara seraya berjalan ke arah meja di baris hadapan itu. "Ini adalah keputusan untuk projek yang telah saya beri pada kamu semua minggu lepas. Before I give you the result, I just want to say congratulations to each one of you who've sent me their essay. I've read all of it, and I can say, every one of you are talented."

Kermila terangguk-angguk mendengar penerangan daripada guru sivik itu.

"So, let's not waste our time. Although I love every essay you've sent to me, I must pick a winner for this school's project. So, the winner is.." Puan Hazminah mengeluarkan sehelai kertas daripada fail yang dipegangnya sedari tadi. Para pelajar semua sudah tidak sabar mahu tahu keputusan masing-masing.

"Maria Kermila and her partner, Tristan Sebastian. Congratulations, my dear students. I love your essay most."

Ketika itu, Kermila sudah tersenyum sehingga ke telinga. Tepukan daripada murid-murid di dalam kelas itu kuat kedengaran sebaik saja guru di hadapan mengumumkan nama pemenang. Kermila mencuri pandang lelaki yang duduk di meja berhampiran tingkap dan buat pertama kalinya dalam sejarah, mereka berdua berbalas senyuman yang kelihatan sungguh ikhlas. Tiada senyuman beg plastik Tesco lagi. Hanya senyuman yang lahir dari hati masing-masing.

Dengan sengihan yang masih tidak lekang di bibir, mereka berdua berjalan ke hadapan. Puan Hazminah tersenyum-senyum sambil mengucapkan tahniah kepada dua anak muridnya yang telah menang projek miliknya.

"Alright, Kermila and Tristan, let the class hear the essay written by you."

Kermila dan Tristan berbalas pandang. Mereka tersenyum dan Kermila menarik nafas dalam-dalam. Dia terus membentangkan karangan yang telah ditulis hasil daripada idea sendiri dan Tristan Sebastian.

*************

"Terima kasih,"

Kermila menghadiahkan sebuah senyuman kepada makcik kantin di hadapannya setelah mengambil air sirap yang telah dipesan tadi. Dia menghirup air merah itu menggunakan straw. Dia melihat jam di tangannya.

2.34PM.

Masih ada masa lagi. Kermila sudah tidak sabar mahu menghadiri kelas muzik buat pertama kalinya. Dia sudah rasa teruja mahu menekan kekunci piano dan menghasilkan irama yang dia suka. Namun dalam keterujaan itu, terselit rasa risau. Siapakah cikgunya? Garang ataupun tidak? Siapa lagi yang berada di kelas muzik itu? Ramai ataupun tidak? Pelbagai soalan timbul di benak fikirannya namun dia perlu buang semua soalan yang tidak berjawapan itu.

Kita BerbezaTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang