Bab 8

1.2K 46 0
                                    


(Edited on May 27, 2016. Untuk readers yang lama, ada sedikit perubahan dalam chapter ni between Kermila and Tristan, I hope you notice! Untuk readers baru, enjoy reading!) - May 27

"... and kalau kita letak benda tu kat sini pun, elok jugak kan?"

Kermila mengetap-ngetap bibirnya. Dia menjeling kakaknya yang sedap bermain handset di atas kerusi.

Huh, tak guna punya kakak! Bukan mahu tolong!

"Maria Kermila?"

Kermila menggigit bibir dan terus mengalih pandangan ke arah umminya yang sedang bercekak pinggang. Kermila tersengih.

"Sengih, sengih. Itu je kerja kamu. Bila nak tolong umminya ni?"

Kermila cepat-cepat berjalan ke arah almari yang dipenuhi dengan pasu-pasu bunga yang bermacam jenis. Sempat dia menjeling ke arah kakaknya yang dari tadi tidak lansung mahu menghulur tangan.

Malam ini adalah malam yang sibuk buat Kermila. Segala jenis hiburan mahupun novel, telah diketepikan atas arahan Puan Marlisa. Harini, Encik Sufi telah dinaikkan pangkat di tempat kerjanya. Jadi Encik Sufi dan isteri, telah sepakat mahu mengadakan kenduri doa selamat secara kecil-kecilan dengan hanya memanggil keluarga dan kawan-kawan sahaja.

Dari tadi rumah dua tingkat itu sudah pun berbunyi bising dengan hirai tawa sanak saudara yang datang daripada jauh untuk saling tolong menolong untuk malam seterusnya. Kermila dengan penuh paksaan, sudah mula mengeluarkan pasu-pasu bunga itu ke luar kerana Puan Marlisa telah mengarahkan untuk mengubah almari itu ke

tempat lain. Takut pula kalau-kalau ada di antara pasu-pasu bunga kegemarannya pecah sebaik sahaja anak-anak saudaranya bermain di kawasan itu.

"Aw, look at that.. Maria Kermila buat kerja rumah!"

Tanpa perlu meneka lagi, Kermila sudah mengetap gigi. Nafasnya ditahan-tahan. Dia memusing ke belakang dan kelihatan sesusuk tubuh sedang berdiri tercegak sambil memeluk tubuh dan sebuah senyuman sinis di mukanya; satu aksi yang boleh membuat orang benci separuh mati.

"You think? Come over and help me you piece of-"

"Hah!"

Kermila tersentak dan pura-pura mencuci habuk di celah celah pasu bunga itu apabila umminya sedang berjalan ke arahnya dengan kibaran baju kelawar yang dipakai. "Baguslah Evan ada sini sekali. Boleh tolong angkat barang-barang yang berat tu. Kalau nak harapkan si Kermila ni, pasu bunga yang ringan tu pun dia tak boleh angkat!"

Kermila menjeling geram apabila mendengar bebelan umminya itu. Muncungnya sudah sedepa.

"Best kena bebel?"

Kermila menolak lengan Evan sehingga lelaki itu hampir jatuh. "Padan muka!"

"Kau.. kejam!"

Kermila hanya buat-buat tidak nampak. Dia kembali mengeluarkan pasu bunga satu demi satu dan mencucinya menggunakan kain. Setelah selesai, Kermila mengangkat dua buah pasu bunga dan mula meletakkannya ke atas meja kosong yang sudah disediakan oleh umminya tadi.

Setelah selesai ke semua misi mencuci dan mengemas rumah, malam itu Kermila tertidur keletihan. Akibat terlalu penat, dia lena dibuai mimpi seawal pukul 9: 16pm.

~~~~

Keesokkan harinya.. 8 malam.

Kermila memerhati imejnya di hadapan cermin. Dia menghela nafas berat. Sudah berapa helai jubah yang dicuba sejak beberapa minit tadi, tetapi tiada satu pun yang menarik di matanya. Dia mengerling jam di dinding.

Kita BerbezaTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang