Bab 30.

691 28 2
                                    

"Akak, berhentilah kejap!"

Kermila terduduk di atas kerusi kayu bersebelahan dengan kedai ikan. Nafasnya termengah mengah. Beg beg yang dijimbit di tangan dia letakkan ke tepi. Dia bersandar; melepaskan penat.

"Dah kenapa ni? Baru je berapa jam kita kat sini. Takkan dah letih?" Sufaina datang mendekati sambil tersengih sendiri. Maklumlah, setelah lama tidak bersua. Apa salahnya mahu menbuli satu satunya adik kesayangannya itu.

Mata Kermila sudah membulat. "Akak ni! Boleh la cakap.. Kermi yang pegang beg beg ni semua, tau tak? Akak ye lah.. jalan sana sini main tunjuk tunjuk je nak beli apa.. hish!"

Sufaina sudah meledak ketawa. "Eleh, cakap sajalah yang Kermi tu dah tua. Baru je jalan dah sakit pinggang. Akak ni perut dah memboyot pun larat lagi tau? Huh.."

Kermila menjeling geram. "Ha ye la, kalau terburai isi perut tu kejap lagi baru tau langit tu tinggi ke rendah! Ummi dah la tak bagi akak ikut tadi."

"Ish, kamu ni! Mulut celopar. Cili kejap lagi, baru tahu!"

Kermila hanya mampu menjelirkan lidah dan terus bangun daripada kerusi itu. Dia tersenyum sendiri. Sudah lama rasanya dia tidak bergaduh dengan kakaknya. Selepas dia sampai ke rumah ummi malam semalam, berlaku lah sedikit adegan sinetron antara mereka. Kermila mahu tahan air matanya, namun apabila dia mendengar suara umminya sayu saja, dia tidak mampu. Rindunya sudah terubat. Semua masalahnya sudah tidak bertandang lagi; sekurang kurangnya untuk seketika.

Setelah selesai membeli barang barang memasak di pasar pagi, dua beradik itu mula meninggalkan perkarangan pasar. Kereta Camry milik Sufaina meluncur laju sehingga sampai di hadapan rumah ummi.

Dengan bersusah payah, Kermila mengeluarkan kesemua barang barang yang dibeli dari bonet kereta untuk dibawa masuk ke dalam rumah. Jelingan setajam pedang dia hadiahkan khas buat kakaknya yang sudah tersengih sengih kerana berjaya membuli adik sendiri. Nasib baiklah tengah mengandung, kalau tak memang malang nasib kakaknya itu dia kerjakan.

"Wah, banyaknya barang. Puteri puteri ummi ni nak masak apa harini?" Puan Marlisa datang mendekati bersama kibaran baju kelawar yang dipakai. Dia membelek belek plastik beg yang sudah diletakkan ke atas meja.

"Cadangnya nak masak lauk kampung sikit, ummi. Dah lama tak makan," Sufaina membuka tudungnya dan disangkutkan ke atas kerusi.

"Wah, baguslah tu. Siapa yang nak masak ni?"

"Kakak lah ummi. Takkan nak harapkan minah saleh celup ni? Mahu terbakar satu dapur ni nanti!"

Kermila menumbuk bahu kakaknya perlahan. "Ummi.. tengok akak ni! Dari pasar tadi dah dia buli Kermi. Tak berperikemanusiaan lansung!"

Puan Marlisa menggeleng kecil. Rindu sebenarnya, melihat telatah dua orang puterinya itu. "Dah sudah. Macam ni lah.. bagi ummi dengan Kermila masak. Sufaina, kamu tu tak boleh buat kerja berat berat. Tadi dah berjalan lama kan? Pergi berehat. Alex ada dekat atas, main dengan atok. Lagipun, kalau tunggu kamu berdua ni berhenti bergaduh, tak makanlah jawabnya ummi dengan walid harini!"

Sufaina hanya tersengih mengangguk. Bagus juga dapat berehat. Kakinya sudah terasa kebas. Dia menghadiahkan adiknya 'flying kiss' ketika dia berjalan keluar daripada dapur. "Jangan bakar dapur ni!"

Kermila menaikkan senduknya ke atas. "Nanti saya pertimbangkan cadangan anda."

Puan Marlisa hanya tersenyum menggelengkan kepala.


---

"Walid bagi lima bintang!" Encik Sufi menaikkan telapak tangannya ke atas sambil menyedok nasi ke dalam pinggan buat ke dua kalinya.

Kita BerbezaTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang