Bab 9

1K 38 1
                                    

      Petang itu langit mendung, tidak berwarna. Langit yang sebelumnya cerah dan ceria dengan warna biru, kini telah bertukar suram. Hanya menunggu hujan yang masih belum turun.

Maria Kermila sedang berkeluh kesah. Pada waktu dan saat itu, apa yang dia cuma fikir adalah tidur, tidur, tidur, dan katilnya yang empuk di rumah. Oh, dan masakan umminya juga.

“Ok, serious aku tak boleh nak faham kenapa dan mengapa diorang susah susah nak suruh kita masuk padang? Bukannya dipilih pun!” Kermila sudah merungut buat kali ke berapa dia sendiri lupa mahu kira. Batrisha di sebelah sudah sakit telinga mendengar rungutan kawannya yang seorang itu.

“Ey, kau boleh tolong aku? Tolong diam sekejap je aku mintak.”

“Eh? Kau pun sama je dengan kapten rumah sukan ni.”

“Kenapa pulak?”

“Menyakitkan hati.”

Batrisha hanya menjeling geram. Mahu saja dia tarik tarik tudung gadis di hadapannya itu yang hanya tau merungut dan merungut. Namun, Batrisha tahu dia tidak boleh salahkan gadis itu juga. Kapten rumah sukan mereka, Badrul; seorang pelajar lelaki yang skema dengan rambut yang disikat ke tepi bersama gel yang terlebih dos, adalah seseorang yang tersangat tegas. Hari sukan sekolah akan bermula beberapa minggu lagi dan setengah pasukan sudah pun menjalani latihan, termasuklah rumah sukan hijau. Kermila pelik, dan akan selama lamanya pelik. Sejak beberapa tahun dia bersekolah di situ, dia tidak pernah skip walaupun satu hari apabila latihan sukan tiba. Namun, dia tidak tahu apa tujuannya kerana di pengakhiran latihan itu, kapten rumah sukan yang terlebih skema itu tetap akan pilih atlet atlet sekolah yang sudah ternama saja! Ataupun, pelajar pelajar perempuan yang sanggup terloncat dan terkinja kinja di atas pentas dengan sut cheerleaders.

Pelajar biasa seperti Kermila dan Batrisha ini, siapa mahu pandang!

Sebab itulah dia tersangatlah hairan apabila mereka diwajibkan hadir ke latihan sukan itu sedangkan mereka tidak pernah terpilih dalam senarai mana mana sukan sekalipun. Huh, memang buang masa dan tenaga saja. Sesekali Kermila rasa mahu saja dia luku luku kepala si Badrul itu dan merosakkan rambut terlebih bersinar lelaki itu.

Namun, dia masih waras dan tidak akan sesekali mencari masalah yang hanya akan menyusahkan dirinya semula.

“Woi, jauh termenung!”

Kermila tersentak namun pura pura rileks. “Memang, aku termenung sebab aku fikir, bila lah aku boleh rosakkan rambut terlebih dos si Badrul tu supaya dia tahu rambut dia tu menyebabkan aku rabun jauh tiap kali aku tengok. Rambut dengan orang sama saja menyakitkan hati.”

Batrisha mengikik ketawa. Dia mencapai beg sekolahnya dan memasukkan semua barang barang yang dia telah keluarkan tadi. “Kalau kau nak duduk sini dan tenung rambut si Badrul tu, dipersilakan. Aku nak balik.”

Wait, what? Kita dah boleh balik ke?” Kermila mula cemas dan mengambil barang barangnya.

“Itula, orang tengah buat pengumuman, kau pergi termenung. Itulah akibat dia!”

“Wah, wah. Sedap ya kau membebel? Habis yang kau suka termenung dalam kelas waktu cikgu tengah mengajar tu, takpa?”

“Itu cerita lain..”

Kermila mencebikkan bibir dan hanya mengikut langkah kawannya itu. Sebaik sahaja dia menapak ke hadapan, lengannya ditarik. Kening Kermila terlompat naik dan dia terus berpusing ke belakang. Hampir saja tercabut jantungnya waktu itu. Mana taknya, seseorang yang agak popular di sekolah itu menegurnya! Perempuan yang tidak pernah mahu bertegur sapa dengan pelajar lain, mencuit lengannya dan dia tahu, mesti ada yang tidak kena.

Kita BerbezaTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang