Bab 25.

624 27 0
                                    




   Pagi itu dia terjaga awal. Seawal pukul lima setengah pagi. Selesai sesi membersihkan diri, dia membuka Al- Quran. Terasa tenang hatinya apabila mulut membaca ayat ayat suci itu. Hilang segala sakit di hati. Lenyap semua perasaan tidak senang yang menyinggah semalam. Kitab suci itu ditutup apabila Azan Subuh berkumandang daripada aplikasi di dalam telefon bimbitnya. Dia terus menunaikan solat Subuh dengan hati yang tenang. Doanya sekali lagi dititipkan buat keluarga dan sahabat sahabat tersayang yang berada jauh di seberang sana. Namun kali ini dia tambahkan satu doa supaya hubungan dia dan Eric dipermudahkan dan diberkati. Sekiranya lelaki itu memang jodohnya, maka dekatkanlah dan permudahkanlah segalanya.

Amin. Moga Allah mendengar dan memperkenankan doa dia pagi itu.

Telefon bimbitnya berdering sebaik sahaja telekung dibuka dan dilipat. Dia mencapai telefon bimbitnya yang masih berdering itu. "Hai?"

"Hey, Maria!"

Suara yang dikenalinya itu membuatkan dia tersenyum. "Isabella. What's up?"

"Not much. But I'm wondering if you could drop by here anytime later?"

Telefon diletakkan di bawah dagu. Telekung tadi dia masukkan ke dalam beg. "Hmm, I'm not sure but I'll try."

"Okay, cool. Because we sorta need you here."

"Oh? What for?"

"There's a new student wanna join our class."

"Oh, that's great. I'll be there."

"Aww, if I know a new student would makes you come here, I would've done it a long time ago."

Kermila tergelak kecil. Kerenah anak muridnya banyak menghiburkan hati. "Fair enough, huh."

Kedengaran ketawa gadis itu di hujung talian. "Okay, I have to go now. I don't really want to disturb you."

"Sounds cool to me. Bye, Isabel."

"Bye!"

Panggilan dimatikan. Kermila memandang jam di telefonnya. Pukul tujuh lima belas minit pagi. Dia masih ada banyak masa sebelum rutin hariannya bermula. Tiba tiba perutnya berkoroncong hebat. Dia berjalan ke dapur untuk menyediakan sarapan.

Sarapannya dia habiskan sehingga jarum jam bergerak tepat ke angka lapan. Pinggan yang sudah kosong itu dia letakkan ke dalam singki. Langkah kaki diatur menuju ke almari pakaian untuk mencari outfit yang sesuai untuk hari itu.


Selesai mengemaskan diri, dia pun keluar daripada rumahnya untuk meneruskan tugasnya yang satu di butik pengantin sana seperti mana rutin hari harinya yang lain.

-----------

"So, kau accept?"

Kermila menghela nafas. Kecoh betul la minah kepoh ni. Menganggu kerjanya yang sudah tertunggak itu saja. Menyesal dia menceritakan memori semalam. "Hee, told you I said InshaAllah."

"Laaaa, kenapa tak cakap yes?"

Mata hitamnya dipusingkan ke atas. "Kau faham tak yang dia bukannya melamar aku? That was just mama dia punya nasihat."

Dami hanya tersengih menayangkan barisan giginya yang putih itu. "Jadinya.. technically nya, kau terima lah kan?"

Boleh bernanah telinga aku macam ni. Kalah bebelan Mrs. Emily bila dia marah. Kermila mengangkat bahu. "Maybe."

"Huh, kalau aku la duduk tempat kau, I would've said yes real quick. Bukan senang tau nak jumpa lelaki gentle macam Eric! Tiap tiap minggu hantar bunga, like ah.. so sweet!"

Kita BerbezaTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang