Kelopak mata dibuka perlahan lahan. Bunyi burung berkicauan kedengaran riang di telinga. Sinaran matahari yang sudah mula mengintai di celah celah tingkap yang terbuka memenuhi segenap ruang sederhana besar itu."Ow.." Perlahan lahan dia mula mengusap kepala yang terasa perit. Dengan sekuat tenaga yang masih berbaki, Kermila cuba bangun dengan kudrat sendiri. Perlahan lahan sebelah tangannya dipaut ke dinding untuk membantu menampung berat badan sendiri. Walaupun keadaannya sudah agak pulih, sendi sendinya masih lagi terasa kebas akibat perjalanan yang panjang dan disangka tidak berpenghujung itu.
"Kakak? Kakak sudah bangun?" Kelihatan seorang remaja perempuan berlari lari anak mendekatinya. Di tangan gadis itu ada semangkuk air dan sehelai tuala kecil bewarna putih.
"A-.. apa dah.. jadi?" Tidak dipedulikan lagi tentang suaranya yang serak dan bibirnya yang kering itu. Dia mahukan penjelasan tentang apa yang terjadi kerana dia cuma ingat yang kali terakhir dia membuka mata, adalah semasa dia dan.. "Tristan. Tristan m- mana?"
Baru sahaja dia mahu membuka selimut untuk bangun, genggaman lembut di tangannya membuatkan dia tidak jadi mahu berbuat demikian.
"Kakak, sabar. Kakak masih tidak sihat. Saya.. Mulani. Saya.. anak ketua kampung di sini. Kakak rehat saja, ya? Saya jaga kakak," Gadis itu mula menuang air ke dalam gelas plastik di tepinya. "Dan Tristan. Dia ada dengan Aba. Kakak.. jangan risau."
Kermila hanya mampu tersenyum tawar sebelum dia memegang lengan gadis di hadapannya itu. "Terima kasih. Tapi kakak... kakak nak cakap dengan Tristan.. boleh kan?"
Mulani tersenyum sopan. Dia mengangguk kecil. "Kakak tunggu di sini.. saya panggilkan dia untuk kakak."
Kermila tersenyum pahit. "Terima kasih."
Dengan satu senyuman manis, gadis itu bangun lantas keluar daripada bilik tersebut. Kermila meraup muka dan menghela nafas. Dia mencapai sehelai selendang dari dalam beg seraya menutupi kepalanya. Dia memerhati keadaan di dalam bilik itu. Dindingnya diperbuat daripada daun nipah dan beberapa batang buluh. Tiada kipas, tiada lampu dan kemungkinan eletrik memang tidak ada.
Patutlah berpeluh peluh aku bangun tadi. Kermila berfikir sendirian. Dia percaya dia sedang berada di perkampungan orang asli. Hatinya yang semakin lama semakin tenang itu membuatkan otaknya kembali berputar seperti biasa dan sekali gus membuatkan dia mengingati kejadian semalam. Perjalanan yang tidak berpenghujung, keletihan yang membelenggu diri, pertemuannya dengan seorang lelaki yang gagah perkasa, dan pergaduhan kecilnya dengan seorang Tristan Sebastian.
"Hey, champ."
Kermila berpaling ke belakang dan apabila melihat sesusuk tubuh yang dikenalinya itu, serta merta membuatkan dia menghembus nafas lega. Hatinya sudah kembali tenteram. Senyuman ikhlas kembali terukir di bibir. "Hey.."
"How are you holding up?" Lelaki itu melabuhkan duduknya berhadapan dan tidak jauh dengan gadis itu.
"Good.. how are you?"
"Other than my tummy's making some kind of a gig down there.. I think I'm fine."
Kermila tersenyum kecil. Suasana di antara mereka menjadi sunyi buat beberap minit sebelum Tristan berdeham dan memecahkan kesunyian. "I'm glad you're okay, Kem."
"Yeah.."
"You just.. fell down yesterday and unconscious. I was worried."
"Did they ask what happen?"
"Yeah.. they did. I only talk to one of them whose the only one who can talk in English. I'm having a hard time here waiting for you to wake up, I tell ya.."

KAMU SEDANG MEMBACA
Kita Berbeza
Teen FictionSaat dua jiwa berlainan agama dan bangsa bertemu, hari-hari mereka bertelagah. "Ergh, bengap!" - Maria Kermila "What's bengap, anyway?" - Tristan Sebastian "Kau la, bengap." - Maria Kermila Saat persahabatan mereka mula terjalin, ada yang berhasad...