Bab 10

987 34 1
                                    


! WARNING ! : STRONG LANGUAGE

Waktu rehat pada pukul 12 tengahari itu menyaksikan para pelajar SMK Methodist berpusu pusu berebut mencari kerusi kosong. Masing masing semua sudah 'mengecop' kerusi dan meja masing masing untuk memenuhi misi mengenyangkan perut setalah beberapa jam mendera diri menerima segala jenis subjek di dalam kelas.

Maria Kermila malas mahu isi perut walaupun ia sudah menjerit minta diisi. Dia malas mahu bertembung dengan siapa siapa walaupun kawannya sendiri. Belum sempat Batrisha memujuk, Kermila sudah melarikan diri ke pusat sumber. Sebaik sahaja dia berada di dalam, angin penyaman udara di dalam menampar pipinya lembut.

Ah, kan bagus kalau aku boleh duduk sini je sampai bila bila. Tak payah nak susah susah bertembung dengan muka muka yang menyakitkan hati lagi! Dia sudah berfikir fikir sendiri. Namun dia tahu, itu semua terlampau mustahil. Tengok saja berapa ramai pengawas perpustakaan yang sedang melilau mencari mangsa yang tidak menepati arahan di dalam perpustakaan itu sudah membuatkan Kermila memadam niat tidak masuk akal itu.

Dia membawa diri ke rak almari yang terletaknya novel novel melayu. Sesudah membelek belek novel novel yang ada di situ, dia mencebik sendiri. Novel novel yang ada di situ sangat membosankan. Alangkah bagusnya kalau dia boleh pinjam novel novel dari Karangkraf, PTS, ataupun Buku Fixi.

Akhirnya, Kermila mencapai surat khabar sekolah untuk melihat perkembangan di sekolahnya yang selama ini dia tidak pernah mahu ambil tahu. Kermila menyelak nyelak buletin sekolahnya.

Dia mengeluh namun tangannya masih menyelak halaman surat khabar tersebut. Walaupun bosan dan lapar, dia sanggup menunggu dan menahan kerana dia memang cuba untuk tidak berjumpa dengan sesiapa sekalipun. Sudahlah moodnya memang tidak berapa betul sejak dari pagi tadi, kalaulah dia berjumpa sesiapa yang mampu menggugat iman dan kesabarannya, mungkin dia akan beakhir di dalam lokap atas kesalahan mencederakan seseorang.

Oh, that's a complete nightmare to begin with.

Sedang dia membelek belek setiap helaian di dalam surat khabar itu, matanya tiba tiba tertancap kepada satu ruangan kolum yang terpampang di muka surat 13; selepas dia mengerling di hujung helaian itu.

'PASUKAN BOLA SEPAK SMK. METHODIST - "Kehadiran orang baru dalam pasukan ni, buatkan kami semua lebih bersemangat untuk terus harumkan nama sekolah. Dah lama rasanya takda pengganti baru selepas Shahir keluar. Tristan memang seorang yang berbakat. Tak sia sia kami pilih dia dalam pasukan kami." - ketua pasukan, Ahmad Farizul, 17.

Kermila mengalihkan pandangannya ke arah sebuah gambar kecil yang terpampang di helaian itu. Kelihatan gambar Tristan bersama dengan guru besar dan pasukannya di belakang; masing masing menunjukkan barisan putih gigi yang menghiasi senyuman mereka.

Kermila tersenyum tawar. Beberapa bulan yang lalu, lelaki itu hanya seorang lelaki asing yang masuk sekolah tempatan tanpa mengetahui apa apa tentang sekolah itu dan lansung tidak tahu bertutur bahasa melayu. Seorang lelaki yang hanya tahu bersendirian sepanjang masa tidak kira di mana dia berada di dalam sekolah itu. Seorang lelaki yang hanya tahu masuk kelas, dan keluar kelas tanpa mempedulikan orang orang di sekelilingnya.

Kermila menggeleng gelengkan kepala apabila terfikirkan tentang suara suara di belakang yang membuat cerita tidak masuk akal tentang dia dan lelaki itu.

Kermila dia sudah runsing apabila perempuan perempuan macam bagus tu datang berjumpa dengan dia sesedap hati, kemudian bersoal jawab pasal Tristan. Tak cukup dengan itu, kawan baiknya sendiri sudah mula meragui kepercayaan di antara mereka yang sebelum ini diikat rapi seperti tidak akan putus sampai bila bila.

Namun, Kermila lupa. Mana ada benda yang kekal selamanya, bukan? Tali akan putus. Dinding akan pecah. Rumah akan roboh. Tiang yang dipacak setinggi tinggi langit pun kalau diuji dengan angin ribut yang membadai kuat, tidak mustahil jika tiang tiang itu akan jatuh juga, bukan? Alangkah jasad yang dibawa ke sana ke mari di dunia ini pun akan terputus hayatnya juga suatu hari nanti.

Kita BerbezaTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang