Enam hari sudah berlalu. Sungguh cepat. Tiada amaran, tanpa sedar, sudah enam hari masa dihabiskan di perkampungan orang asli di persisiran pantai itu. Kermila tersenyum seorang sambil memasukkan sekeping roti Gardinier ke dalam mulut. Empat lagi kawannya yang duduk mengelilingi pondok kecil itu tidak dihiraukan. Dia hanya menjadi pendengar dan pemerhati yang setia melihat gerak geri dan teletah kawan kawannya.Alhamdulillah. Kesihatan Kermila semakin pulih. Mukanya yang dahulunya pucat tidak berdarah itu sekarang sudah bertukar kepada kulit putih mulus miliknya. Dia sudah tidak rasa sakit ataupun pening secara tiba tiba lagi. Walaupun jauh di sudut hati dia tidak begitu pasti sama ada penyakit misterinya itu sudah hilang ataupun ia akan datang semula pada waktu waktu tertentu, dia tetap bersyukur kerana diberi peluang untuk pulih semula dengan izinNya. Dia sudah berjanji, pulang sahaja dia ke terataknya, dia akan pergi ke hospital untuk melakukan pemeriksaan ke atas kesihatannya.
“Wey, esok bertolak pukul berapa? Aku belum kemas barang lagi ni,” Seorang gadis bernama Elia itu berkata. Mulutnya laju mengunyah makanan yang dibeli tadi.
“Entah, aku tak pasti. Tapi aku dengar Cikgu Murni cakap pukul tujuh pagi, macam tu kot. Not sure, la.” Satu suara lain menyambut. Kermila hanya memerhati dan mendengar.
“Entah nye. Barang aku bersepah dalam bilik. Nasib baik la takda cikgu yang buat quick spot check pulak. Malam nanti baru nak kemas.”
“Itula, orang suruh kemas siap siap. Dah tau esok nak balik kan?”
“Iya lah, iya lah. Jangan kau mulakan sesi ceramah tak berbayar pulak kat sini.”
Kermila hanya tersengih menggeleng. Dia sendiri baru teringat yang barang barangnya pun belum dikemas. Masih ada banyak kerja yang perlu dilakukan sebelum mereka semua bertolak ke tempat asal masing masing esoknya. Dia mengerling jam tangan yang terlilit kemas di pergelangan tangan. Beberapa minit saja sebelum masuk waktu Maghrib.
Dia bingkas mengambil sisa sisa makanan yang dibeli tadi dan dikumpulkannya setempat. Plastik dan botol botol kosong yang terbiar di situ, dimasukkan ke dalam sebuah plastik besar di sisi. “Korang, aku gerak dulu ye? Ada barang yang perlu aku kemas ni,” Kermila bersuara.
“Betul.” Eva sudah bangun berdiri sambil membetul betulkan tudungnya. “Lagipun Magrhib dah nak masuk ni.”
Masing masing mengangguk setuju. Barang barang yang bersepah di atas meja, laju saja dikemaskan. Kermila kemudiannya meminta diri untuk pergi. Eva terkocoh kocoh mengekori kawannya itu memandangkan mereka menuju ke bilik yang sama.
Kermila dan Eva terus masuk ke dalam bilik sebaik mereka sampai. Masing masing mengambil wudhu’ mengikut giliran dan terus menunaikan solat Maghrib pada hari itu. Usai solat, Kermila memanjatkan doa kehadrat Ilahi supaya Dia permudahkan segala urusannya pada esok pagi. Dia juga meminta dan memohon kepadaNya supaya kesihatannya akan bertambah baik dari hari ke hari.
“Kermila,” Suara di sebelah lembut menyapanya. Wajah putih mulus gadis di sebelahnya dipandang sebelum bibirnya tersenyum.
“Ya?”
“Kau.. betul dah ok, kan? Dah sihat?”
Kermila tersenyum. Tak sangka gadis itu begitu risau dan mengambil berat tentangnya. “Alhamdulillah, aku dah semakin sihat. Kau jangan risau, ok?”
Eva mengangguk kecil. “Bukan apa.. lepas je kau pengsan haritu, aku betul betul risau. Dan lepas tu pun kau nampak pucat dan lemah semacam. Kau tau tak, aku hampir je nak call ummi kau, tau!”
Senyuman pahit dihadiahkan. Wajahnya tertunduk lesu. “Entahlah, Eva. Hmm.. aku rasa maybe something’s wrong with my health.”
Mata Eva terbeliak. Mulutnya ternganga sedikit sebelum tangan kawannya dia genggam. “Kau sakit apa, Kermila? Bagitahu aku! Kau serius ke?”

KAMU SEDANG MEMBACA
Kita Berbeza
Teen FictionSaat dua jiwa berlainan agama dan bangsa bertemu, hari-hari mereka bertelagah. "Ergh, bengap!" - Maria Kermila "What's bengap, anyway?" - Tristan Sebastian "Kau la, bengap." - Maria Kermila Saat persahabatan mereka mula terjalin, ada yang berhasad...