Dedicated to dayanaidrs for being pembaca setia even though KB goes hiatus for quite a long time. <3 Thanks, girl! <3♡★♡★♡★♡★♡★♡★♡★♡★♡★♡★♡
“We what?!”
Bergema suara itu menjerit bagaikan halilintar. Kermila memejamkan mata dan menggigit bibir.
Terkocoh kocoh Tristan bangun daripada katil. Sehelai baju tee diambil daripada lantai. Kermila cepat cepat berpusing ke belakang. Hish, bukan mahu bagi amaran!
“How did that happen?” Lelaki itu sudah berjalan ke pintu bilik. Apa yang dia tengokkan, Kermila tak kuasa mahu ambil tahu. Dia hanya memerhati lelaki itu berjalan ke kiri dan ke kanan tanpa henti. Mukanya jelas kelihatan risau.
“Trist, calm down. We can solve this.” Dia memujuk. Sekiranya dia melayan lelaki itu yang berjalan ke kiri dan kanan itu tanpa henti, mahu naik juling sepasang matanya itu! Fuh, simpang malaikat empat puluh empat!
“Calm down? Did you actually just said that? What do you think will happen if we calm down and pretend like-”
“And what do you think will happen if you can't calm down and running around like that like a crazy person?” Kermila memintas percakapan lelaki itu sebelum sempat dia merepek sampai ke planet pluto.
Tristan memeluk tubuh. Wajah gadis di hadapannya direnung dengan sirna mata paling berbahaya.
Kermila menghembus nafas. “Maybe we could call them back and ask them to… pick us up?”
Tristan memandang gadis itu tidak berkelip. “Really?”
Nafas dihela berat. Haish, bukan sepatutnya aku ke yang jadi moody tak tentu pasal sebagai seorang perempuan? Ini tak, mamat ni pulak yang lebih! Huh!
“I have my phone with me. And.. some other stuff in my luggage. We can check it out for you know-”
“Well, let's go. What are we waiting for?”
Satu jelingan setajam pedang dilemparkan ke arah lelaki itu. Siap ada cahaya kecil lagi di hujung jelingan itu. Memang tajam. Namun lelaki dingin yang tidak berperasaan itu hanya menoleh sekilas.
Tanpa membuang masa, Kermila berjalan dahulu ke hadapan. Langkah kakinya menghala ke bilik A 45. Sesampainya mereka di hadapan bilik itu, Kermila memusingkan badan. Wajah dingin lelaki itu dipandang sekilas. “Wait here. I'll go check.”
Lelaki itu hanya mengangguk.
Menarik nafas dalam dalam, Kermila memulas tombol pintu bilik tersebut. Sepasang mata bundarnya hampir saja terkeluar daripada tempat asal sebaik saja dia melihat situasi dan keadaan yang terbentang di hadapan mata. Jarinya ditonyoh ke mata. Lengannya dicubit. “Oh, tell me this is just a dream!”
Jeritan itu membuatkan seorang perempuan separuh abad yang sedang ralik menyapu sampah, terkejut. Badannya di pusing ke belakang untuk mencari dari mana datangnya jeritan nyaring itu.
“Ada apa?”
Kermila menengadah. Keningnya yang bertaut tadi, diluruskan. Wanita di hadapannya itu dipandang sekilas sebelum sengihan kerang busuknya dilemparkan.
Sengihan itu hanya dibalas dengan jongketan kening. Kermila menelan air liur. “Err… boleh saya tanya? Um, sejak bila makc- err, puan kemaskan bilik ni ya?”
KAMU SEDANG MEMBACA
Kita Berbeza
Teen FictionSaat dua jiwa berlainan agama dan bangsa bertemu, hari-hari mereka bertelagah. "Ergh, bengap!" - Maria Kermila "What's bengap, anyway?" - Tristan Sebastian "Kau la, bengap." - Maria Kermila Saat persahabatan mereka mula terjalin, ada yang berhasad...