Sudah tiga hari berlalu selepas Eric dapat keluar daripada hospital. Tiga hari juga Maria Kermila terpaksa makan nasi berulam jantung apabila atas beberapa sebab yang tidak dapat dikenal pasti, lelaki itu dilanda angin monsun yang sesat entah dari mana. Kurang bercakap, apatah lagi dengan Kermila. Ditanya sepatah, dijawab sepatah. Jika tidak ditanya, tak adalah suara yang keluar daripada mulutnya.
Kermila masih ingat sewaktu dia menghantar Eric ke rumah mamanya (kerana kereta Eric rosak teruk dan dimasukkan ke hospital), lelaki itu terus saja masuk ke dalam bilik tanpa berkata sepatah halal pun kepada Kermila.
“Eric, kenapa dengan awak?” Kermila bertanya apabila mereka dalam perjalanan untuk ke rumah keluarga Eric.
Lelaki itu hanya merenung ke luar tingkap. “Kenapa dengan saya?”
“Awak dah tak banyak cakap.”
“Takda benda nak cakap.”
Kermila menjeling sekilas kemudian memandang ke hadapan. “Sejak bila pulak awak takda benda nak cakap?”
“Sejak semalam.”
Sejak dari itu, Kermila masih bersyukur yang Allah telah memberinya kesabaran yang masih cukup untuk melayan kerenah lelaki itu kerana kalau diikutkan hatinya yang berapi api itu, sudah lama lelaki itu harus ucap ‘Sayonara!’ kepada dunia.
“Maria Kermila?”
Lamunannya terhenti apabila satu suara yang dikenalinya datang mendekati.
“Kau ni kenapa? Cuba cerita dekat aku. Kau tau tak dari tadi aku tengok kau termenung je. Ada masalah global ke?” Damia menarik sebuah kerusi lantas duduk berhadapan dengan kawannya. Nasib baik waktu itu butik kekurangan pelanggan. Boleh la mahu gosip gosip sedikit.
Kermila hanya menaikkan keningnya ke atas. Pura pura tidak tahu menahu. “Bila pulak aku termenung? Aku tengah menulis ni, tak nampak,” Kermila kembali menulis.
Damia menggeleng gelengkan kepala. “Sayang, kalau nak menulis tu bukunya haruslah tegak macam ni,” Dia mengubah buku di hadapan Kermila yang dari tadi muka suratnya terbalik menghadap ke atas.
Kermila menegup air liur. Kenapa aku tak perasan buku ni terbalik? Hish, ni mesti ada komplot ni!
“Tengok! Termenung lagi tu! Dah la wei, jangan kau sorok apa apa lagi dengan aku. Cuba cerita, apa masalahnya?” Damia sudah mula memasang telinga. Sedia mendengar masalah kawannya yang satu itu.
Kermila menghela nafas. Dia membenamkan mukanya ke atas meja. “Apa salah aku weh.. dilayan macam aku ni takda perasaan.”
Berkerut dahi Damia mendengarnya. ‘Ini mesti kes putus cinta ni. Ehhh, tak baik mengata’. Hati kecilnya berbisik. “Dah kenapa ni? Siapa layan kau macam takda perasaan?”
“Siapa lagi la kau rasa…” Nafas dihela lagi.
“Ohh, ini mesti mamat tu kan?”
Angguk.
“Ala… maybe emosi dia masih tak stabil lepas kemalangan haritu. Janganlah salahkan dia.” Damia cuba memujuk.
Mata hitamnya dipusing ke atas. “Habis.. kenapa aku pulak yang patut disalahkan? Dia yang pandai pandai sangat bawak kereta macam rumah dia tu nak main aci nyorok.”
“Ala, dia bukan salahkan kau. Macam aku cakap, mungkin emosi dia tak stabil.”
“Tak stabil?” Kermila mencebik bibir dan mula bangun daripada kerusi apabila seseorang masuk ke dalam butik itu. “Itu semua sandiwara belaka. Emosi aku sebagai perempuan melayu terakhir pun tak seteruk dia tau tak? Badan je sado! Emosi ntah apa apa.”

KAMU SEDANG MEMBACA
Kita Berbeza
Teen FictionSaat dua jiwa berlainan agama dan bangsa bertemu, hari-hari mereka bertelagah. "Ergh, bengap!" - Maria Kermila "What's bengap, anyway?" - Tristan Sebastian "Kau la, bengap." - Maria Kermila Saat persahabatan mereka mula terjalin, ada yang berhasad...