"Kau ok?"
Kermila memerhati diri sendiri di hadapan cermin. Solekannya nampak semula jadi dan tipis, terima kasih kepada jurumekap yang diupah oleh Batrisha. Selendang bewarna merah jambu pestel itu kelihatan sesuai dengan solekannya.
"You look so beautiful, Kermila." Batrisha bangun berjalan ke arah kawannya. "Tak sangka dah nak jadi isteri orang kawan aku ni."
Kermila tersenyum. Dia juga tidak menyangka. Setelah beberapa tahun mereka berpisah, akhirnya harini mereka bakal disatukan untuk menjalinkan hubungan yang halal dan diberkatiNya.
Alhamdulillah.
"Kau ok tak ni?" Batrisha menyoal lagi apabila gadis di hadapannya itu hanya senyap mengunci mulut.
"Aku ok.. mungkin nervous," Kermila menggigit bibir. Dari tadi lagi hatinya berdetak dengan laju.
"Jangan risau.. everything will be okay, InshaAllah. Ok? Jangan muram macam ni. Tak naik seri wajah tu nanti."
Kermila tersenyum.
Masa pantas berlalu. Sedar sedar saja masjid kecil itu sudah dipenuhi beberapa orang yang terdiri daripada keluarga pengantin perempuan dan lelaki.
Kermila berjalan keluar, dipimpin oleh Batrisha dan umminya di sebelah. Matanya tertancap pada sesusuk tubuh di pintu utama. Dia memberi isyarat meminta diri kepada umminya.
Perlahan lahan dia mendekati. Dia berdehem.
Sedar dengan kehadiran seseorang, Tristan berpusing ke belakang.
Kermila menelan air liur. Dadanya berdetak dengan laju; seperti kali pertama dia berjumpa dengan lelaki itu waktu dahulu. "You look so handsome."
Tristan mengenakan jubah lelaki bewarna hitam dengan lengannya dilipat sehingga ke siku.
Kermila menghadapi kesukaran bernafas waktu itu.
"You look so gorgeous, Kermila.."
Sengih. "When did I'm not?"
Tristan menjulingkan mata hitam ke atas. "Memang dari dulu suka puji diri sendiri, kan?"
"Hehe.."
Tidak lama selepas itu, majlis akad nikah bermula. Beberapa kali Tristan terpaksa mengulangi lafaz itu kerana beberapa kesilapan kecil disebabkan loghat Ingerisnya yang masih menebal.
Mahu saja Kermila ketawa golek golek di situ sekiranya tidak ada yang memerhati. Huh, nasib baik emak mertuanya sudah menerima diri itu sejak dari dulu lagi.
Apabila tiba waktu batal air sembahyang, Kermila merenung wajah lelaki itu.
Wajah yang dirinduinya selama ini.
Wajah yang dia cari selama ini.
Rindu, tersangat rindu.
Sebak di hati hanya Tuhan saja yang tahu.
Betapa selama ini dia rindukan lelaki itu.
Seorang lelaki yang dia rindukan selama ini betul betul berada di hadapannya.
Tanpa sedar, air matanya menitis. Tidak peduli lagi mascaranya mahu tanggal sekali pun.
Kermila meraih bahu lelaki itu ke dalam dakapan, membenamkan mukanya. Pelukkan itu erat. "I miss you so much, Tristan.." Dia berbisik perlahan; hanya untuk pendengaran lelaki itu seorang. "Awak janji jangan tinggalkan saya lagi. Saya tak sanggup kehilangan awak buat kali kedua..."

KAMU SEDANG MEMBACA
Kita Berbeza
Teen FictionSaat dua jiwa berlainan agama dan bangsa bertemu, hari-hari mereka bertelagah. "Ergh, bengap!" - Maria Kermila "What's bengap, anyway?" - Tristan Sebastian "Kau la, bengap." - Maria Kermila Saat persahabatan mereka mula terjalin, ada yang berhasad...