BAB 3.

1.5K 62 8
                                    

       Pada pagi sabtu itu seawal pukul 7.23am, Kermila sudah terjaga dari tidurnya. Entah putera katak mana yang datang menciumnya di dalam mimpinya yang membuatnya terjaga awal. Kermila menggaru-garu kepalanya yang gatal sambil menguap beberapa kali. Setelah mengambil masa selama beberapa minit membersihkan diri, Kermila pun keluar dengan sehelai tuala di atas kepalanya untuk mengeringkan rambut. Kermila berjalan ke arah meja belajar di tepi katil dan mencapai telefon bimbit miliknya. Dia kemudian melabuhkan punggungnya di atas katil empuk itu. Dia melihat kotak notifikasi di dalam telefon bimbit itu. 30 mesej daripada Evan di dalam aplikasi WhatsApp miliknya.

Mulut Kermila terlopong. Lelaki itu membina puisi atau sajak kah di dalam mesej itu?! Dia cepat-cepat membukanya. Isi mesej daripada lelaki itu hanya berbunyi 'I'm sorry,' dan 'Please, forgive me.' Namun, ayat yang terakhir di dalam mesej itu yang dihantar pada pukul 6.57am, menarik perhatian Kermila. Wah, baru beberapa minit lepas. Budak ini tak tidur ke? Kermila bertanya sendiri. Dia menatal ke atas.

Evan : Okay, Maria Kermila. Aku tahu aku salah, but I mean it when I say I'm so sorry. Please, reply me I need to hear from you. I know, aku dah buat kau marah tapi tolong jangan senyap macam ni. Alright, let's just forget about this whole things? Let's just pretend that guy didn't even exist, so we could be friend again?

Kermila mendongak ke atas. That guy? Adakah dia maksudkan Tristan sebagai 'that guy'? Kermila menggelengkan kepalanya dan menulis sesuatu di dalam kotak WhatsApp Messenger.

Kermi : Why would I 'pretend that guy didn't exist so we could be friends again'? Setahu aku, dia tak buat apa-apa pun dengan friendship kita.. Evan, could you please be straight up with me? I don't get it why'd you have anything against him?

Send. Fuh, okay. Kermila menarik nafas dalam-dalam. Dia harap lelaki itu akan beri jawapan yang dia mahukan. Dia cuma mahu tahu apa yang membuatkan lelaki itu sedikit benci dengan Tristan. Ok, fine, Kermila juga sedikit bencikan lelaki asing itu, tetapi ianya bersebab. Er.. walaupun dia masih tidak dapat cari sebab-sebabnya.

Ah, whatever! Lebih baik aku pergi isi perut. Lapar. Kermi bermonolog sendiri. Malas dia mahu serabutkan kepala dengan hal-hal yang sungguh tidak penting. Sebaik sahaja dia menuruni anak-anak tangga, kelihatan ummi dan walidnya di dapur. Umminya sedang memasak sesuatu di atas dapur, manakala walidnya pula sedang membaca surat khabar. Kermila berjalan mendekati mereka.

"Wah, awalnya ummi dengan walid berdating harini!" Kermila bergurau dan disambut dengan tawa ummi dan walidnya sebaik sahaja mereka memandang ke arah gadis itu.

"Ummi dengan walid memang hari-hari dating awal-awal pagi. Sepatutnya, ummi yang tegur kamu. Awal benar bangun. Ada apa-apakah?" Puan Marlisa yang sudah masak dengan perangai anak bongsunya itu, menyoal. Bukan dia tidak tahu pukul berapa anak perempuannya biasa bangun pada hari minggu.

Kermi menjuihkan bibir. "Ish, ummi ni. Patutnya ummi puji sebab Kermi berjaya bangun awal pada hari ahad." Dia kemudiannya mencapai pinggan kosong dan menceduk mee goreng yang baru sahaja umminya letak ke atas meja kaca itu.

"Pujilah sangat. Sudah, makanlah mee goreng ummi tu. Abang, makan sekali." Puan Marlisa tersenyum sambil menghulurkan pinggan kosong kepada suaminya.

"Ha, bagus juga Kermi bangun awal harini." Encik Sufi atau nama penuhnya Sufiruddin Hassan, bersuara. Dia sesekali membetulkan kedudukkan kaca mata di atas hidungnya itu. Kermila yang sedang menyuap mee ke dalam mulutnya mendongak. "Kenapa, walid?"

"Ya Allah, Kermi! Makan dululah, baru bercakap. Anak dara apalah kamu ni." Puan Marlisa menegur sikap anak bongsunya itu. Kermila sudah tersengih-sengih seperti kerang busuk. "Maaf, ummi."

Kita BerbezaTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang