Matahari sudah mula menaik dari celah celah gunung di sebelah sana. Sisa sisa hujan yang masih menitik dari malam semalam membuatkan udara pada pagi itu agak sejuk.Maria Kermila sejak dari tadi duduk termenung di atas kerusi di hadapan rumah. Tubuhnya dilitupi dengan sehelai baju sejuk yang tebal. Rambutnya berterbangan ditiup angin segar. Dia memejamkan mata buat seketika. Terasa tenang hati dan perasaannya waktu itu walaupun banyak persoalan tidak berjawapan masih bermain di minda.
Betul ke keputusan yang aku buat ni?
Macam mana kalau semua ini hanya akan menimbulkan lebih banyak masalah?
Mustahil... masalah aku sudah selesai. Aku hanya perlu capai impian aku ini dan lupakan memori lama.
Ah, macam macam. Satu minggu sudah berlalu dan dia tidak lansung bersua muka atau memulakan apa apa perbualan dengan dua orang lelaki yang sedang dia cuba untuk lupakan daripada kotak memori.
Tetapi kenapa susah sangat?
Tiap kali dia membuat sesuatu, pasti muka salah seorang daripada mereka muncul tiba tiba sekali gus memberhentikan kerja yang dilakukan. Mungkin dia terlampau stress. Hati yang dah luka.. lambat mahu sembuh. Luka di tangan boleh la ambil plaster, bubuh ubat dan poof, hilang lah sakit.
Luka di hati sendiri, siapa mahu ubati?
"... I am tired of this place, I hope people change.. I need time to replace, what I gave away.."
Lamunannya tercantas apabila nada dering daripada Troye Sivan itu berbunyi. Dia meraup muka sebelum butang 'accept' dia tekan. "Helo."
"Hei, Kermi. Kau ok tak? Dah dekat pukul tujuh ni. Jadi tak?"
Dia menghela nafas berat. "Jadi."
"Luggage semua dah ready?"
Angguk. "Dah."
"Sayang.. kau ok kan? Jangan la down macam ni. Kau buat aku risau. Dah la ini kali terakhir kita jumpa!"
Dia tersenyum kecil. Nasib baiklah ada kawan yang mampu menceriakan hati. "Aku ok, Sha. Jangan risau. And what? Kali terakhir kita jumpa? Merepek apa kau ni. Aku boleh balik sometimes kan."
Terdengar satu ketawa kecil di hujung talian. "Hehe. Saja nak bagi dramatik."
"Silly girl."
"Ok lah, abang aku dah ready. Kau kena mintak maaf kat dia. Dia marah aku kot sebab terpaksa bangun awal!"
"Haha. Really? Takpa, cakap kat dia tolong aku dapat pahala. Hehehe."
"Haaa, banyak lah kau. Ok lah, dalam beberapa minit aku sampai, ok? Bye!"
"Thanks, Sha. Bye."
Panggilan dimatikan. Mukanya diraup sekali lagi. Lantas dia bangun daripada kerusi dan berjalan menuju ke rumah. Walid dan ummi sudah pun berada di dapur. Encik Sufi seperti biasa sedang membaca surat khabar, manakala Puan Marlisa sedang menyediakan sarapan pagi mereka sekeluarga.
"Ha, Kermi," Puan Marlisa menegur seraya meletakkan sepinggan mee goreng yang masih berasap. "Dah ready ke semua?"
Kermila mengangguk. "Dah, ummi. Sha pun kejap lagi sampai."
"Ok. Check lagi sekali barang barang kamu tu. Jangan ada yang tertinggal pulak."
"Baik, ummi. Uh, kakak mana?"
"Kakak keluar awal. Entah apa dia buat. Katanya nak pergi kedai tadi."
"Oh," Kermila mengangguk angguk. "Oklah, Kermi nak pergi kemas barang jap."

KAMU SEDANG MEMBACA
Kita Berbeza
Ficção AdolescenteSaat dua jiwa berlainan agama dan bangsa bertemu, hari-hari mereka bertelagah. "Ergh, bengap!" - Maria Kermila "What's bengap, anyway?" - Tristan Sebastian "Kau la, bengap." - Maria Kermila Saat persahabatan mereka mula terjalin, ada yang berhasad...