Waktu rehat pada pukul 12 tengahari itu menyaksikan pelajar-pelajar sekolah menengah itu bersesak-sesak di kantin. Ada yang beratur menunggu giliran untuk membeli makanan. Ada yang tidak henti-henti merungut kerana tiada kerusi yang kosong lagi untuk mereka duduk. Akhirnya, mereka terpaksa membawa makanan masing-masing dan menikmati makan tengahari itu di pondok luar kantin.
Di sebalik kesesakkan itu, terselit dua sekawan sedang beratur panjang menunggu giliran mereka untuk membeli makanan. "Kenapalah line ni lembab sangat? Kalah siput sedut!" Kermi merungut sendiri. Dia tidak peduli. Perutnya sudah dari tadi membuat irama merdu. Satu jam setengah di dalam kelas matematik tambahan tadi, sudah mengambil semua tenaga dan nutrient di dalam badannya. Apa yang dia fikir sekarang adalah makan, makan, dan makan.
"Sabarlah, Kermi. Sikit saja lagi. Nanti giliran kita tiba lah." Batrisha yang sememangnya seorang gadis yang penyabar, cuba menenangkan kawannya yang seorang itu. Baru berapa minit mereka beratur, gadis itu sudah merengek! Kermi memuncungkan mulutnya tanda geram. Mahu tidak mahu, dia menyabarkan dirinya juga untuk menunggu gilirannya tiba. Beberapa minit selepas itu, tiba sudahlah giliran mereka berdua. Kermi membeli sepinggan nasi lemak dan sebungkus roti inti kelapa. Manakala Batrisha pula hanya membeli semangkuk mee rebus. Kemudiannya, mereka berdua berjalan ke salah satu pondok di luar kantin itu. Memandangkan kerusi-kerusi di kantin itu sudah penuh, terpaksalah mereka makan di luar.
"Kalau aku tahulah macam ni lama kena tunggu hanya untuk membeli sepinggan nasi, baik aku bawa bekal saja dari rumah. Kan senang!" Kermi tidak berhenti lagi daripada merungut. Batrisha hanya menggeleng-gelengkan kepalanya dengan sikap kawan baiknya itu. Memang tidak penyabar. "Ish, berapa minit saja. Kan dah beli pun. Berhentilah merungut." Batrisha berkata.
Kermi mencebik tetapi akur dengan kata-kata kawannya itu. Dalam mindanya, tiba-tiba saja dia teringatkan lelaki yang menyakitkan hati itu. Di mana agaknya dia? Biasakah dia dengan situasi di sekolah melayu ini? Kermi pasti, sekolah di negara luar amatlah berbeza dengan sekolah tempatan ini.
"Hoi!"
Lamunan Kermi terhenti sebaik sahaja dia mendengar suara yang sangat dikenalinya itu. Kermi mendongak. "Walaikumusalam." Dia memandang Evan dengan pandangan maut. Evan sudah tersengih-sengih.
"Kau pergi mana tadi?" Batrisha menyoal sebaik sahaja Evan duduk di hadapannya, bersebelahan dengan Kermi. "Pergi pusat sumber. Hantar buku."
Kermi tersedak. Batrisha yang memandang kawannya itu cepat-cepat menghulurkan air botol mineral kepada kawannya. Kermi mencapai botol itu dan cepat-cepat menelan air itu dengan sekali nafas.
"Kau dah kenapa?" Tanya Evan sebaik sahaja Kermi sudah pulih daripada melepaskan sisa batuknya.
"Sejak bila kau mahu masuk pusat sumber?" Kermi menyoal. Batrisha sudah tergelak besar. Evan memusingkan anak mata hitamnya ke atas. Patutlah.
"Ya, aku tahulah aku ni bukannya pelajar terbaik macam kau orang berdua. Salah ke aku masuk pusat sumber, sekali sekala?"
Kermi tersenyum sinis dan menggeleng-gelengkan kepala. "Tak salah. Cuma pelik, sebab selama aku bersekolah di sini, tak pernah aku nampak kau masuk." Kermi berterus-terang. Ye lah, pelajar seperti Evan itu cuma tahu melepak saja di sekolah.
Kermi kembali menyuap nasi lemaknya ke dalam mulut. Fuh, nasib baik kawan-kawannya tidak perasan.
Sebenarnya, dia bukan tersedak kerana kenyataan dari Evan. Tetapi sewaktu Evan bercakap tadi, seseorang telah berjalan melintasi pondok mereka. Paling teruk, mata Kermi dan lelaki itu, bertembung. Lelaki itu hanya mengalih pandangannya ke tempat lain, manakala Kermi pula tiba-tiba saja terasa seperti ada pasir di dalam mulutnya. Sebab itulah dia tersedak. Dan lelaki itu, tidak lain dan tidak bukan adalah lelaki yang dibenci oleh Kermila.

KAMU SEDANG MEMBACA
Kita Berbeza
Novela JuvenilSaat dua jiwa berlainan agama dan bangsa bertemu, hari-hari mereka bertelagah. "Ergh, bengap!" - Maria Kermila "What's bengap, anyway?" - Tristan Sebastian "Kau la, bengap." - Maria Kermila Saat persahabatan mereka mula terjalin, ada yang berhasad...