Langit sudah membiru. Matahari sudah mula menebarkan cahayanya yang terang benderang. Burung burung sudah pun keluar terbang berkicauan.Maria Kermila perlahan lahan membuka mata. Kepalanya terasa berat. Seperti ia dicucuk cucuk dengan sesuatu yang tajam. Sakit. Dia gagahkan diri juga untuk bangun. Cahaya matahari yang mengintai di celah langsir itu menyakitkan matanya. Baru sahaja dia mahu bangun, satu susuk tubuh berjalan ke arahnya.
"Eh, eh, eh. Nanti dulu. Kau tak sihat, jangan bangun, ok? Bagitau aku kau nak apa?" Eva sudah berjalan mendekati.
Kermila terpinga pinga sendirian. "A.. aku.. kenapa?"
"Kau tak sedarkan diri semalam. Aku pun tak pasti kenapa. Kau ok tak sekarang? Ada rasa sakit kat mana mana?"
Kermila menggeleng perlahan. Selain daripada perutnya yang berkoroncong hebat, rasanya tiada apa apa yang perlu dia risaukan. "Ak...aku ok. Lama.. dah ke aku pengsan?"
"Eh, taklah. Sehari je. Lega aku kau dah sedar pagi ni. Kau nak makan apa?"
"Takpa.. aku ok."
"Eh, mana boleh macam tu. Kau masih lemah. Jangan risau, harini kau dan aku dikecualikan daripada buat apa apa aktiviti. So, kau boleh rehat for the whole day." Eva sudah tersenyum senyum.
Kermila mengerutkan kening. Dikecualikan? Siapa yang turunkan kuasa sebegitu rupa? "Dikecualikan..? Macam mana..?"
"Oh, don't worry about that. Kau dapat pengecualian harini. So just relax, and let me take care of you today."
"Wait.. siapa yang kecualikan aku? Cikgu Murni kan?"
"Nope."
"Huh? Then who?"
"Tristan."
Serta merta senyumannya mati. Pandangannya dilemparkan ke arah lain. Dia bingkas menolak selimut yang sedari tadi menutupi kakinya. "Aku.. nak mandi jap."
Eva hanya menaikkan ibu jarinya tanda thumbs up tanpa menoleh. Tangannya laju mengacau air milo suam yang dibancuh.
-------------
Lautan yang luas itu terbentang di hadapan mata. Sungguh besar ciptaanNya. Sungguh luas. Seluas mata memandang. Lautan yang tidak tahu di mana pengakhirannya. Tidak pasti hala tujunya.
Sama seperti hati kecil milik seorang Maria Kermila. Seolah olah ada satu perasaan yang aneh kerap bertandang di dalam Encik Hati itu sejak kebelakangan ini. Entah mengapa dan kenapa, dia sendiri tidak pasti.
Pelawaan untuk merasai rojak buah yang dibeli kawannya di sebelah, di tolak dengan sebuah senyuman tawar. Dalam hati sebenarnya, soalan demi soalan dilemparkan dan diputarkan di dalam mesin hati itu tanpa sebarang jawapan. Penat. Penat menunggu jawapan yang tidak kunjung tiba.
Tidak dapat disangkalkan, sejak kebelakangan ini kesihatannya agak terganggu. Kermila sendiri serasa ada sesuatu yang tidak kena. Dia kerap letih, dan kadang kadang sampai di satu hari tu, dia terasa lemah, selemah lemahnya. Kepalanya boleh tiba tiba saja rasa pening. Demam pula kerap kali bertandang tanpa punca yang sahih. Terkadang, hanya Allah saja yang tahu betapa peritnya dia cuba untuk bangun. Kadang terasa seolah nyawanya mahu dicabut saja.
Subhanallah... kenapa sampai ke situ fikiran kau, Kermila? Sudah cukupkah amalan di dunia untuk dibawa ke sana nanti?
Tanpa sedar, permata jernih yang tidak dia sedari sudah bertakung dari tadi, tertumpah juga. Dia bingkas menyeka.

KAMU SEDANG MEMBACA
Kita Berbeza
Fiksi RemajaSaat dua jiwa berlainan agama dan bangsa bertemu, hari-hari mereka bertelagah. "Ergh, bengap!" - Maria Kermila "What's bengap, anyway?" - Tristan Sebastian "Kau la, bengap." - Maria Kermila Saat persahabatan mereka mula terjalin, ada yang berhasad...