Azan Subuh daripada aplikasi di dalam telefon bimbitnya berkumandang sayup sayup di pendengaran. Maria Kermila tersedar daripada tidur dan memandang sekeliling. Rupanya dia tertidur di atas sejadah selepas menunaikan solat Tahajjud. Ketika dia bangun, habis pinggangnya terasa sakit akibat posisi tidurnya yang tidak selesa.
Selesai membersihkan diri, Kermila duduk menghadap cermin; melihat dan membelek refleksi diri. Wajahnya kusam, mungkin kerana tidur yang tidak mencukupi. Sering kali dia terjaga pada waktu malam membuatkan relung hitam di bawah matanya makin menonjol. Ditambah pula dengan mata yang bengkak akibat menangis di atas tikar sejadah malam semalam, dia tampak letih.
Setelah mengenakan solekan nipis di sekitar muka untuk mengurangkan muka letihnya, dia meninggalkan rumah untuk ke tempat kerja. Kermila sempat menempah satu tiket kapal terbang untuk ke Malaysia malam ini. Dia nekad, dia mahu berjumpa dengan umminya. Namun dia tidak mahu berceritakan tentang itu pada sesiapa pun.
Membawa diri sekali lagi.
"Morning," Damia yang sedang membuka kunci pagar kedai itu menegur. Awal pula datang kawannya yang seorang itu.
"Hai.." Kermila menyandarkan kepalanya ke cermin kaca itu dan memejamkan mata.
"Kau ok tak ni? Lain macam je aku tengok."
"Aku ok.. just penat sikit," Kermila tersenyum tipis dan terus memasuki butik tersebut.
"Kau tau kan, kalau kau penat sangat, skip la sehari. Aku ok je, boleh buat kerja sorang. Jangan la paksa diri kau tu, nanti pengsan masa kerja.. siapa nak bawak kau keluar?" Damia membebel sambil membuka langsir.
Kermila hanya tersenyum lemah. "Aku ok lah." Sememangnya dia perlukan sesuatu untuk menghilangkan rasa sakit di hati. Sekurang kurangnya ketika dia bekerja, bolehlah dia lupakan masalah yang melanda walaupun buat seketika.
"Ok, tapi janji jangan pengsan."
Tiga jam berlalu dengan pantas, Kermila melabuhkan duduknya di atas kerusi. Dia memasukkan nama pelanggan terakhir yang membuat tempahan. Fikirannya menerawang ke tempat lain walaupun mukanya kelihatan fokus dengan skrin komputer di hadapan. Selepas menekan butang 'done', Kermila menghela nafas lega. Beberapa jam lagi sebelum waktu pulang. Cadangnya hari ini dia mahu keluar dengan Damia.
Namun kepalanya terasa pening. Kermila menguap. Dia meletakkan kepalanya ke atas meja. Niatnya hanya mahu melelapkan mata, namun entah kenapa sakit di kepalanya makin lama makin ngilu rasanya dan pandangannya makin gelap.
Hanya suara Damia menjerit memanggil namanya saja yang dia sempat dengar sebelum matanya terpejam rapat.
3 jam selepas.
Pintu bilik dikuak dengan kasar. Darwis menerobos masuk ke dalam bilik abangnya dengan muka yang masam mencuka, dan telefon bimbitnya masih di tangan. "Akak Kermi masuk hospital."
Eric yang sedang mendengar lagu itu membuka earbudsnya. "Huh?"
Darwis mengetap bibir. "Akak Kermi masuk hospital. Abang tak dapat call ke?"
Eric terdiam sebentar. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya. Ditenungnya skrin itu buat beberapa minit sebelum memandang muka adiknya. "Flight mode."
Darwis mendengus kasar. "What the hell, Eric? She's your girlfriend!"
Eric hanya merenung ke silingnya, tidak mempedulikan adik lelakinya yang sudah tidak senang duduk. "Is she?" Dia berbisik kepada diri sendiri tanpa sedar yang bisikannya cukup kuat untuk Darwis mendengarnya.
Darwis memandang abangnya dengan pandangan mahu menerkam. "You're a sicko, Eric. Patutnya abang ambik berat la pasal dia! What happened to you, bro? I'm sick of your attitude, and akak Kermila tak layak untuk abang kalau macam nilah perangai abang untuk dia!"

KAMU SEDANG MEMBACA
Kita Berbeza
Novela JuvenilSaat dua jiwa berlainan agama dan bangsa bertemu, hari-hari mereka bertelagah. "Ergh, bengap!" - Maria Kermila "What's bengap, anyway?" - Tristan Sebastian "Kau la, bengap." - Maria Kermila Saat persahabatan mereka mula terjalin, ada yang berhasad...