Bab 18.

686 26 0
                                    

    Setitik embun pagi terjatuh tepat di atas matanya. Kelopak mata dibuka, perlahan lahan. Rasa mengantuknya masih tersisa namun digagahkan juga untuk bangun.

“Tristan?” Nama itu adalah yang pertama meniti di bibir apabila melihat lelaki itu tidak ada di tempat yang sepatutnya. Matanya sudah terbeliak.

Dia bingkas bangun daripada situ dengan mata yang melilau mencari susuk tubuh seseorang.

Haih! Mamat ni tinggal aku ke?! Habislah aku macam ni!

Serta merta hatinya sudah berdegup kencang. Air mata sudah mula mahu berlinangan. Sekiranya benar dia ditinggalkan oleh lelaki itu, macam manalah dia mahu meneruskan perjalanan seorang diri?!

Ya Allah, aku tak sanggup!

Dalam derapan kaki yang laju berlari untuk mencari, kakinya tiba tiba tergelincir apabila tersepak batu batu kecil di atas jalan yang tidak begitu rata itu. Hampir saja dia tercium jalan tar sekiranya tidak kerana ada tangan yang sempat menarik lengannya.

Hatinya sudah berdegup kencang. Nafasnya turun naik.

Why.. did you left your bed?

Air liur ditegup sekali. Ritma nafasnya sudah perlahan lahan kembali normal. “I-I thought you.. leave.

Tristan tergelak kecil. Dia meletakkan satu bungkusan plastik di tepi dinding sebelum wajah gadis itu dipandang. “What makes you think I'd leave without you?

Kermila hanya menjongketkan bahu seraya melabuhkan duduknya di atas seketul batu besar. “You didn't even tell me where you're going. How am I supposed to .. know.

Senyumannya dikoyakkan. Menggeleng kepalanya apabila mengenangkan muka gadis itu yang cemas dan pucat tidak berdarah. “Anyway, I bought some stuff,” Dia berjalan ke belakang. Plastik bewarna putih itu diambil. “There’s uh.. toothbrush, toothpaste, water, and a couple of bread and snacks. There's a public toilet over there, you wanna take a shower?

Hati Kermila sudah sebak melihat kesanggupan lelaki itu untuk membeli barang barang yang mereka perlukan walaupun tidak banyak mana. Orang Malaysia kata.. bolehlah, untuk hidup!

Perasaan serba salah mula menghimpit diri yang tidak menyumbang apa apa melainkan idea untuk mencuri sunat cadar dan selimut yang mereka dapat malam semalam.

Namun apakan daya, kerana kecuaian sendiri, beg dompetnya diletakkan di dalam bagasinya yang sudah pun hilang tidak tahu ke mana. Dia memang tidak mempunyai apa apa sekalipun.

Oh ada, berat badan sendiri yang terpaksa ditampung. Itu jugak ‘sesuatu’, tak ke?

Why didn't you move? Want me to pick you up or what?

Kermila sudah meraup muka sendiri. Sudah berapa lama dia merenung lelaki itu, dia sendiri tidak sedar. “Um- I'll go take a shower. Thanks, Trist. For um, these stuff.

Tristan hanya tersenyum dan mengangguk. “Well, I wouldn't let you walk with me with a weird smell on your body.

Kermila hanya mampu menjeling geram dengan usikan itu dan Tristan pula sudah pecah perut melihat reaksi muka gadis yang memerah pipi menahan malu.

Lalu langkah diatur menuju ke tandas awam yang berdekatan untuk misi membersihkan diri.

Usai menyelesaikan misi yang satu itu, Kermila mencapai sehelai baju lengan panjang bewarna hitam yang dijumpai di dalam beg kecil miliknya.

Kita BerbezaTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang