Bab 22.

624 35 8
                                    

MEDIA :
Kermila in hospital.

Cahaya terang benderang yang datang daripada setiap lampu di dalam bilik itu, membuatkannya tersedar. Perlahan lahan kelopak matanya dibuka. Dilihatnya keadaan di sekeliling. Terasa sungguh asing sekali. Dia tidak tahu dan tidak ingat bagaimana dia boleh berada di bilik tersebut. Walaupun dia cuba memutarkan memori kembali, kepalanya terasa berdenyut sekali gus membuatkannya berhenti berfikir. Sakit.

"Kermila?"

Satu suara datang daripada sebelah. Dia memejamkan mata. Suara tu.. macam dia pernah dengar sebelum ini.

"Tr... Tristan?" Suara seraknya memanggil.

Lelaki itu mengetap bibir namun masih dicuba untuk mengawal emosi sendiri. Dia tersenyum seraya mengambil tangan gadis itu dan diusapnya perlahan. "No.. ini, Evan."

Kermila terdiam. Dia cuba untuk bergerak, namun kesakitan yang dia alami waktu itu terlampau mengatasi segalanya. Dia hanya mampu terbaring lemah.

"Kermi.. kau ingat.. apa apa yang jadi tak, sebelum kau masuk hospital?"

Kermi memejamkan mata buat beberapa saat sebelum menggeleng. "T..tak."

Evan tersenyum pahit. "Takpa. Berehat dulu, ok? Aku tunggu luar. Kakak dengan ummi ada kat luar."

Baru sahaja lelaki itu mahu mengorak langkah, Kermila laju menarik tangan lelaki itu. Evan berpaling.

"Kau.. taknak tung.. tunggu aku?"

Evan tersenyum lagi. Tangan gadis itu perlahan lahan dia letakkan semula. Selimut ditarik. "Ada orang yang lebih kau sayang tunggu kat luar." Senyum. "Aku pergi dulu."

"Evan.."

Lelaki itu mengeluh kecil namun berpaling juga. "Hmm?"

"Please stay with me.."

Walaupun hatinya berbelah bahagi, lambat lambat dia mengangguk juga. Sejujurnya dia tidak sanggup melihat keadaan gadis itu. Entah kenapa dia rasa bersalah. Menyesal. Sedih. Semuanya bercampur baur.

Tiba tiba pintu bilik diketuk. Tombol pintu dipulas. Sufaina dan Puan Marlisa melangkah masuk.

Kermila tersenyum lemah. Hanya Allah saja yang tahu betapa gembiranya dia ketika itu. Setelah waktu yang lama.. akhirnya dia berjumpa juga dengan keluarga tersayang. Air matanya mula mengalir. "Kakak...ummi."

"Kermila," Puan Marlisa laju memeluk anak bongsunya. Dahi gadis itu dikucup lembut. "Ummi rindu sangat dekat Kermi."

Kermila cuba mengangkat tangan namun ototnya terasa kebas. Dia hanya membiarkan umminya memeluk lama. Melepaskan rindu. Titis titis air yang cuba ditahan tadi gugur juga.

"Ummi sihat?"

Puan Marlisa tersenyum kecil. Air matanya diseka. "Ummi sihat, Kermi. Alhamdulillah. Kermi ok?"

"Bolehla.. rasa pening sikit."

"Kalau Kermi nak rehat, bagitau je la. Kami tunggu kat luar, ok?"

"Takpa, ummi. Kermi nak ummi temankan."

Puan Marlisa tersenyum.

"Uh.. Evan keluar dulu, ummi.. kak," Evan mengetap bibir memandang ke arah Kermila. "Get well soon, Kermi."

Kermila hanya mengangguk. Walaupun seribu satu pertanyaan mula bermain di fikiran, Kermila mengetepikan soalan itu dahulu. Apa yang penting dia mahu melepaskan rindu dengan keluarga tersayang.

"Walid mana?" Kermila membuka suara.

"Ummi suruh belikan makanan sikit. Kejap lagi sampai lah tu."

Kita BerbezaTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang