Pada pagi isnin hari itu, para pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist sudah merungut-rungut sendiri. Muka masing-masing seperti tidak tidur setahun. Ada yang menguap-guap sampai berair mata. Ada juga yang sudah pun terlelap di atas tangan kawan di sebelah.
Maria Kermila juga tidak ketinggalan. Dia sendiri tidak tahu mengapa perlu ada perhimpunan di awal pagi seperti itu sedangkan pembentangannya hanyalah rutin harian yang dibentangkan tiap-tiap minggu. Dia sudah muak mendengar topik perbualan yang sama. "Aku rasa kan.. kalau mata aku ni ada kuasa laser, sudah lama agaknya manusia-manusia di dalam dewan ni terbelah dua." Kermila sudah membayangkan betapa indahnya dunia sekiranya dia mempunyai kuasa sehebat itu.
Kawannya di sebelah sudah tergelak kecil sebelum menggeleng-geleng kepala. "Sebab itu aku bersyukur sangat kau takda kuasa tu."
"Kalau aku ada?" Kermila menyoal.
Batrisha memukul bahu kawannya yang satu itu menggunakan buku teks yang dipegangnya sedari tadi. "Kalau kau ada, dengan aku sekali jadi arwah."
Kermila mengusap-ngusap bahunya yang terasa pedih itu beberapa kali. "Takkan la aku nak bunuh kawan sendiri. You're the only exception."
"Eleh, macamlah kau ada perasaan."
"Excuse you, okay. Akulah insan yang paling sensitif dan berhati lembut selembut baldu di awanan angkasa ra-"
"Shh!" Batrisha mengisyaratkan supaya kawannya diam. Di hadapan mereka kelihatan seorang pengawas perempuan sudah pun membetul-betulkan mikrofon. Kermila menaikkan mata hitamnya ke atas dan terus mendiamkan diri.
********
Sebaik sahaja Kermila membayar makanannya untuk tengahari itu, dia berjalan menuju ke sebuah meja yang terletak di sebelah longkang kecil. Ya, tempat yang paling romantik khas untuk Kermila dan kawan baiknya, Batrisha.
"Seriously, tempat kita ni lah yang paling aku suka. Romantik!" Kermila tersenyum. Oh, itu cuma lakonan. Dia cuma menjadi sarkastik.
Batrisha yang sudah faham sangat dengan perangai kawannya itu sudah tergeleng kepala. "Kau patut bersyukur sekurang-kurangnya kita ada meja. Kau nak kena makan kat luar lagi? Sudah lah panas."
Kermila menjuihkan bibir sehingga boleh diikat reben malah disimpul mati. Dalam hati dia terpaksa mengakui kebenaran kata-kata kawannya itu. Sedang asyik dia menikmati mi rebus yang dibelinya tadi, satu suara di belakangnya membuatkan suapan makanannya tergendala. Dia mengangkat muka dan cuba mendengar butir bicara milik seorang perempuan itu.
"Aku tak sangka dalam banyak-banyak perempuan, dia pilih budak itu. Aish, kalau akulah, sudah lama aku angkat kaki!" Seorang perempuan yang bersuara sedikit garau itu berkata. Kermila tidak tahu milik siapakah suara itu, namun dia tahu suara itu milik pelajar junior kelas pertama dalam tingkatan lima.
"I know right? What a shame! Perempuan tu pulak tak tahu malu lansung. Ada hati mahu berkawan dengan mat saleh! Oh please, macamlah dia ada rupa!" Seorang lagi berkata. Suaranya agak nyaring sekiranya dibandingkan dengan yang pertama tadi. Kermila masih lagi mencuri dengar perbualan tersebut. Dalam hati, dia sudah dapat rasa ada sesuatu yang tidak kena dengan perbualan itu. Oleh itu, walaupun loceng rehat sudah berbunyi menandakan waktu kebebasan para pelajar sudah pun tamat, Kermila masih berada di situ; pura-pura menyuap mee rebus yang sudah kosong itu. Oh, dia memang perlukan pengakhiran perbualan itu. Semasa kawannya Batrisha meminta izin untuk masuk ke kelas semula, dia hanya mengangguk dan memberi alasan dia akan menyusul kemudian.
"Wait, wait.. kenapa aku tak tahu tentang gosip ni?" Seorang perempuan yang memiliki suara yang agak matang, berkata. Kermila mengecilkan matanya.
![](https://img.wattpad.com/cover/48215727-288-k129927.jpg)
KAMU SEDANG MEMBACA
Kita Berbeza
Teen FictionSaat dua jiwa berlainan agama dan bangsa bertemu, hari-hari mereka bertelagah. "Ergh, bengap!" - Maria Kermila "What's bengap, anyway?" - Tristan Sebastian "Kau la, bengap." - Maria Kermila Saat persahabatan mereka mula terjalin, ada yang berhasad...