Brooklyn, New York.
5 years later.
"Krinnnng!"
Jam loceng berbentuk bola itu berbunyi nyaring mengejutkan pemiliknya yang masih berada di atas katil dengan aksi separuh tidur yang sungguh tak senonoh. Kedengaran dengusan kecil keluar daripada hidungnya. Sekali dengar dah macam lembu mahu disembelih bunyinya. Jam loceng tadi ditekan. Berhenti sekejap bunyinya. Pemiliknya kembali memejamkan mata. Tak lama selepas itu, jam itu kembali berbunyi nyaring.
'Aish, kacau daun betul! Tak boleh tengok orang senang lah jam ni!' hati kecilnya mengeluh. Sekali lagi ditekannya punat 'off' di loceng itu. Hampir saja dia mahu baling loceng tidak bersalah itu ke dinding. Dia bangun daripada katil sambil menggaru garu lengan yang gatal. Mulutnya menguap. Rambut sudah kusut masai mengalahkan rambut mat lampir. Hish, memang tak senonoh!
Jam locengnya dikerling. Tepat pukul lapan pagi. Sehelai tuala daripada tingkapnya diambil. Laju dia membawa kaki ke bilik air untuk membersihkan diri. Usai mandi, sehelai baju t kosong bewarna hitam dan sehelai kot putih dibawa keluar daripada almari. Dari dalam laci pula dibawa keluar sehelai seluar slack juga bewarna hitam. Tudung dibelit gaya paling simple waktu dia remaja dulu dulu. Main belit saja. Malas dia mahu belit sampai memerlukan lima puluh jarum. Nanti lambat masuk kerja, kena bising pulak dengan Mrs. Emily. Harus dipotongnya gaji bulan ni.
Setelah telefon bimbitnya dicapai, dia bergegas keluar daripada apartmentnya. Kasut tumit tinggi yang dipakai sedikit sebanyak menjejaskan lariannya waktu itu. Namun disebabkan dia telah membuat perkara yang sama sejak beberapa tahun yang lalu, langkahnya teratur saja ketika menuruni anak anak tangga.
Boleh la sekiranya mahu masuk American Next Top Model!
"Taxi!" Tangannya mula melambai lambai ke arah deretan kereta kuning di seberang jalan. Tak sampai beberapa minit, sebuah kereta kuning itu berhenti tepat di hadapan gadis itu. "Manhattan street, please. Lafayette Boutique."
Pemandu teksi itu mengangguk. Pedal kereta ditekan sekali gus kereta mula bergerak menuju ke destinasi penumpang.
Jam tangan dikerling. 9: 32AM. Ah! Mintak mintak la sempat masuk kerja! Aku taknak kena bising lagi! Boleh bernanah telinga! Nafas dihela. Nasib baik hari itu jalan tidaklah terlalu sesak seperti kebiasaan. Perjalanannya berjalan lancar tanpa ada halangan.
Sedang dia menikmati pemandangan di luar, telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada mesej baru yang masuk. Gadis itu membuka peti masuk dan serta merta tersenyum.
Love 9: 34AM
You're leaving? :(
- Yes.
Love 9: 35AM
I miss you
- I'll meet you tonight? :)
Love. 9: 36AM
Okay. I'll pick you up at 8?
- Okay.
Love 9: 37AM.
I love you.
- :) x
Kereta berhenti. Dia menarik nafas dalam dalam. Sekeping duit dihulurkan kepada pemandu teksi di hadapan. "Can you come and pick me up at 6 later?"
Pemandu teksi itu tersenyum mengangguk. "Right' o."
"Thank you!" Lantas beg tangan dicapai. Pintu kereta ditutup. Langkah kaki dia atur ke dalam sebuah butik pengantin di hadapannya. Dia menjongketkan kening. Masih sepi. Eh? Takkan tutup kut harini? Aku tak dapat memo pun!
KAMU SEDANG MEMBACA
Kita Berbeza
Fiksi RemajaSaat dua jiwa berlainan agama dan bangsa bertemu, hari-hari mereka bertelagah. "Ergh, bengap!" - Maria Kermila "What's bengap, anyway?" - Tristan Sebastian "Kau la, bengap." - Maria Kermila Saat persahabatan mereka mula terjalin, ada yang berhasad...
