Bab 28

656 22 1
                                    

Jam di dinding dia kerling buat keberapa kalinya. Bibir digigit. Aksinya yang tidak ubah seperti cacing kepanasan itu, tanpa sedar diperhatikan dari jauh.

"Hoi!"

Satu tepukkan kuat di atas meja membuatkan badan kecilnya terlompat ke atas. Kermila meletakkan tangan ke atas dada. "Kau.."

"Guilty," Damia meletakkan kedua sikunya ke atas kaunter. Kebetulan pula hari itu tidak banyak pelanggan yang datang. Sempat jugalah dia mencuri tulang. "Kau ok tak? Dari tadi aku tengok kau macam lain macam je. Kena sampuk eh?"

Maria Kermila menjeling geram. Lengan kawannya dicubit. "Padan muka!"

"Ishhh, ingat tak sakit? Aduh!" Damia mengusap lengannya yang pedih.

"Tak adalah," Kermila menyandarkan badannya ke kerusi dengan keluhan nafas yang berat. "Aku banyak berfikir la lately.."

"Ha, tau pun. Aku yang tengok ni pun naik seram tau tak?" Damia menarik kerusi kecil di sebelah dan melabuhkan duduknya. "Tapi seriously Kermi, ceritalah masalah kau kat aku. Kalau aku mampu, InshaAllah aku akan tolong."

Kermila hanya tersenyum nipis. Dia tahu, kawan baiknya memang sentiasa sedia menadah telinga untuk mendengar masalahnya. Namun sekiranya masalah itu tentang hati dan perasaan, boleh kah gadis itu membantu? Kermila tahu niat kawan baiknya hanya mahu menolong, namun dia tidak yakin yang masalahnya akan selesai hanya dengan meluahkan.

"Kermi?" Damia sudah mula rasa geram dengan sikap kawannya yang dari tadi hanya termenung itu.

Kermila tersedar daripada lamunannya dan cepat cepat mengubah posisi duduknya. "Hmm, tak ada apalah. Masalah kecil je. Wey, aku rasa aku nak balik awal kut."

"Really? Kermi, aku-"

Kermila sudah menaikkan tapak tangannya ke atas. "Aku okay, tapi aku perlu rehat kejap. Malam nanti kena hadir majlis Lily."

Damia hanya menggelengkan kepala. "Fine then. Kalau kau perlukan apa apa, call aku tau?"

Kermila hanya mengangguk. Terasa berat pula kepala memikirkan tentang masalahnya. Beberapa minit dia terlena di dalam teksi, akhirnya Kermila terjaga apabila pemandu teksi itu mengejutnya. Kermila menghulurkan beberapa keping wang dan terus keluar daripada kereta.

Malam itu, usai solat Isyak, Kermila berdiri di hadapan almari bajunya. Hampir serabut kepala otaknya memikirkan baju apa
yang dia harus pakai untuk ke majlis tersebut. Kalau diikutkan hati, memang dia mahu sambung tidur sahaja. Namun apabila memikirkan bagaimana layanan baik Lily terhadapnya, serba salah pula dia mahu melarikan diri.

Kermila mengeluh nafas berat kemudian berjalan ke arah meja kerjanya. Aplikasi Skype dia buka sebaik saja komputer ribanya dihidupkan.

Dia membuat panggilan video kepada sahabat lamanya, Batrisha.

"Assalamualaikum," suara di talian membuatkan Kermila tersenyum.

Dia rindu suara itu. Dia rindu wajah sahabatnya. Ya, dia rindu semuanya. Dia rindu wajah ummi dan walid, wajah kakaknya Sufaina. Wajah keluarga tersayang di Malaysia. Baru dia sedar yang dia terlalu rindukan mereka semua. Pelukan dan sentuhan seorang ibu daripada ummi, dan pelukkan erat daripada walid yang membuatkan dia rasa selamat.

Ya Allah, betapa rindunya dia kepada mereka. Selama ini dia terlalu melayan perasaan sendiri, memujuk hati sendiri kononnya dia boleh hidup di negara orang dengan sendiri. Dia kuat.

Namun, gadis itu sedar semua itu hanya sebuah kata kata untuk menipu hati sendiri. Jauh di lubuk yang paling dalam, dia tidak pernah kuat. Dia tidak pernah sekuat yang orang sangka. Dia lemah. Dia rindukan suara ummi memarahinya ketika dia tidak mendengar nasihat wanita itu. Dia rindukan nasihat berguna walidnya yang sentiasa memahami. Dia mahu bertengkar manja dengan kakaknya seperti dahulu. Terasa seolah olah baru semalam Kermila meninggalkan tanah airnya. Terasa baru semalam hatinya sakit dilukai seseorang yang dia pernah sayang. Semuanya berlalu terlalu pantas.

Kita BerbezaTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang