Siapa tuh???!!! makhluk Pluto??

765 32 2
                                    

Aku berjalan keluar dari bangunan.Belum sempat sampai kat pintu bangunan lagi,tiba-tiba aku ternampak seseorang yang aku pasti lelaki orangnya.Sebab dia tak pakai tudung.

Rambut dia..ye potongan rambut dia cantik and smart.Nampak sesuai dengan kepala dia.Dia pandang sejenak ke arah kitorang yang ramai-ramai ni.

Tergamam sekejap sebab bentuk muka dia macam hensem jer.Rambut dia sesuai dengan bentuk muka dia.Aku takleh nak cam muka dia sebab sekejap sangat dia toleh tadi.Alah kalau lama pun bukan aku boleh cam pun!!

Sepanjang perjalanan nak balik hostel tuh aku usya je belakang dia.Usya belakang je mampu.Mahal sangat muka dia tuh.

Dalam hati aku macam tak sangka...wujud ke orang hensem perfect macam nih??

Aku pikir dalam novel je ada.Tak pun kisah-kisah dongeng zaman kanak-kanak aku dulu.Aku ni nampak jer ganas dan memang jiwa kental pun tapi citer-citer dongeng semua aku tahu tau??

Tapi siyes lah..Hensem gila dowh..aku ambik pandangan ni sebab rambut dia nampak hensem.Yelah aku nak cakap muka dia hensem pun nak cakap macam mana.Aku tak cam langsung muka dia!!

"Beb..asal ko diam jer??" Tanya si Wana.yang lagi dua orang tuh ntah kemana.Sebab yang rapat dengan aku si Wana nih.Aku pun memang lagi selesa dengan Wana
"Takde apa lah..usya pemandangan indah..hahah" jawab ku selamba

"Apa yang indahnya beb" tanya si Wana dalam nada mengusik.

"Entah..hehe" aku sengih je sebab takde benda aku nak cakap.

Aku pandang lagi lelaki tuh.

'Mesti dah ade awek..mesti punya!!'

Orang hensem mana je takde awek..gay yelah takde awek..

Dah sampai kawasan hostel dah.Cepatnya kaki berjalan.Time nak jalan lambat la dia nak laju.

Dan petang tu..macam biasa aku lepak dengan roomate aku yang namanya Zuzu.She's malay ok??
Author je tatau nak kasi nama apa..

Budak bilik aku ni baik orangnya.Lemah lembut...kapel ngan sorang mamat sini jugak.Katanya hensem..mungkin tak bagi aku.Susah aku ni nak cakap orang hensem.Kalau aku cakap hensem tu maksudnya hensem sangat lah tuh..

Macam tadi tu lah..hensem sangat kot.hahah

Dan selepas petang tadi,aku tak pernah terfikir lagi nak usya pakwe orang tuh.Macam mana aku pasti sangat dia tuh pakwe orang?? Sebab aku rasa macam tuh..hah

Hari-hariku berlalu macam pelesit.Cepat betul masa berlalu.Dan aku untuk isi pulak masa lapang aku waktu petang yang bosan.Di samping menemankan si Wana,aku join bola tampar.Sekali dengan Wana lah.

Baik-baik akak-akak kat bola tampar nih.Mesra jer..kalau diorang mesra takkan aku nak sombong kan??so aku mulakan budaya sengih aku pada diorang macam masa kat Plkn dulu.

Senang je rupenya bila kita sengih kat orang,konferm kita senang dapat kawan.Tapi aku takkan senyum pada lelaki.

For what??They are not important to me!!

Maybe sebab inilah mama takut aku jadi lesbian.Aku terlampau sombong pada lelaki.Dan aku tak pernah peduli.Better orang aku kata sombong daripada gedik!!

Tapi masa kat plkn dulu mimpi ngeri sikit lah.Disebabkan aku hanya senyum pada perempuan.

Dengan gaya aku yang serupa macam lelaki.From head to toes..ada juga beberapa gadis yang antaranya cantik dan ada jugak tak cantik,boleh sukakan aku.

Ada tu siap cakap macam ni lagi.

"Han,kenapa ko macam lelaki huh??" Tanya perempuan yang namanya Bell orang sabah tuh.Isabella nama dia.

"Entah..hehe"aku masih tersengih.Dalam hati dah awkward jugak lah.

"Owhh..kalau ko ni betul-betul lelaki aku dah jatuh cinta sama ko" abis je ayat tuh.Aku terus cuak nak mati.

"Owh yeke??hah jomlah kite ke surau..solat banyak-banyak." Sumpah aku takut masa tuh.

Semuanya bermula time kes histeria dulu.Budak tu takut sangat sampai peluk aku.Erat pulak tuh.Gaya kitorang masa tuh da macam couple dah.

Dan sejak dia cakap macam tuh..aku perasan dia macam nak rapat-rapat ngan aku jer.Lain macam je dia nih.Lalu aku pun menyombongkan diri.

Putera FairytaleWhere stories live. Discover now