Kahwin Paksa

527 13 0
                                    

Danny PoV

Seminggu telah berlalu.Dan aku berjaya menyelesaikan misi aku.Meyakinkan papa iaitu bakal mertua ku,untuk menyerahkan anaknya pada aku.

Takut betul dia,bila aku ugut macam tu malam tu.Sayang jugak rupanya dia pada Hana.Seteruk mana pun bapa tuh,mesti dia sayangkan anak dia.

Aku kini lengkap berbaju Melayu putih.Duduk di atas alas duduk pengantin.Menanti pengantinku siap.

"Danny,nanti dah kawen,jangan sia-siakan menantu ayah tau??" Kata ayahku risau.

Dan aku senyum seraya mengangguk perlahan.

"Jangan risau ayah.In shaa Allah Danny akan jaga dia sebaik mungkin.Semampu Danny."kataku sambil mengalihkan mataku pada papa pula.

Aku tau dia masih tak percayakan aku.Sapa yang nak percayakan aku lepas aku cakap macam tu dekat dia.

Tapi dengan cara kotor tulah aku dapatkan puteri kayangan aku.Hana.

Akhirnya pengantin perempuan pun dah siap duduk di samping ibu dan mama.Cantik.

Tak pernah sangka pun Hana yang ganas dan kasar akan jadi seayu ini.

Tapi tiada senyuman pada wajahnya.Dipaksa kawen weyh..sapa yang nak??

Masa aku cakap ayat kotor pada papa dulu,aku nampak dia mencuri dengar dari balik tangga.Dan aku nampak dia terkejut dengan kata-kataku malam tuh.

Buatkan dia makin benci!! Pada aku.

Kisah apa aku!!

Aku pandang dia.Dan bila mata kitorang bertembung,aku hadiahkan senyuman paling charming aku boleh kasi.

Tapi dia tak balas.Dia pandang tempat lain. :(

Jual mahal!!
Takpelah.Nanti ada masa,aku pikatlah dia.Senyum ku dalam hati.

"Dah sedia pengantin lelaki??"

"Dah papa."kata ku pada papa.

"Aku nikahkan dikau Danial Rayyan bin Kamarul dengan anakku,Hana Rose binti Adam dengan mas kahwin sebanyak 5oo ringgit tunai."

"Aku terima nikahnya Hana Rose binti Adam dengan mas kahwinnya sebanyak 5oo ringgit tunai."

Sah??

Sah.Tulah semua yang diorang cakap.So maknanya.Aku sah menjadi suami kepada Hana Rose.Hahahaha.

Penantianku berakhir,sayang!!

"Boleh buat upacara batalkan air semayang ye??" Kata papa.Aku salam papa lama. Dan papa kata.

"Jaga anak papa elok-elok.Papa tau Danny boleh jaga dia."kata papa sayu.Dan aku memeluk papa dan ayah.Mereka menasihatiku dengan perkara yang sama.

Jaga Hana Rose.In Shaa Allah.

Aku melangkah ke arah gadis pujaanku.Senyum di bibir aku kekalkan.Cuba memberi ketenangan pada dia.

Resah je dia sekarang nih.Haih..she's so adorable.

Aku ambil cincin bertatah berlian itu lalu aku minta tangannya.

Dan aku tergelak terbahak-bahak bila dia terlalu gelabah sampaikan dua-dua tangan dia keluarkan.

"Kalaulah saya kasi dua cincin.Dua-dua tangan awak saya sarungkan cincin." Kataku sambil senyum.

Tak semena-mena.Muka dia merah padam macam tomato hahaha.

Akhirnya sebentuk cincin aku sarungkan.Cantik pada jarinya.

Ko tau tak yang ko ni cantik Hana??..hahah.

Selesai jer upacara yang memang boleh buat aku senyum sepanjang hari tuh,aku bersalaman dengan ibu dan mama seterusnya tetamu-tetamu yang hadir.

Loy yang melihat aku dari jauh,aku panggil.Rindu kat mamat nih.

"Oh my gayboy!!" Kataku lalu mencium pipi Loy.

"Wuishhh.." jerit Loy.Marah aku buat macam tuh.

"Apa dia??"

"Ko dah kawen tau??? Takyah nak menggedik panggil aku gayboy boleh tak??" Marahnya.

"Ala..biarlah.Kitakan buddy sayang??" Baru je aku nak cium pipi dia lagi,tiba-tiba isteri aku datang.

Terbatal niat.

Bengkek je muka dia tengok aku.

"Ye sayang?? Kenapa?? Rindu??"

"Sewel!! Takde maknanya!! Papa suruh saya panggil awak.Nak kenalkan dengan saudara mara."
Katanya sambil menjeling.

Loy disebelah diam saja bila melihat dia dingin dengan aku.Loy kan kenal sape budak nih..of course dia taknak muka dia lebam!!

"Okay sayang.Jom." kataku lalu memegang tangan dia.

"Ish..takyah sibuk nak pegang- pegang boleh tak??" Marahnya.

"Okay..okay.Kalau awak taknak,saya tak pegang.Saya taknak muka saya lebam.Nanti tak hensem time bersanding." Jawabku selamba.

Lalu pergi kepada papa.Meninggalkan dia yang tengah buat jerk face.

Comel.

Putera FairytaleWhere stories live. Discover now