Danny POV
Kejadian semasa Hana Rose baru sampai di parking lot kedai Abc ini.
"Eh Danny..tu bukan pelatih ko ker??" Kata Jiji. Aku pandang ke arah yang Jiji tunjuk.
'Betullah dia..sial!! Makan Abc boleh plak ko datang???!!!!! Latihan pagi tadi ko taknak datang???!!!!!! Memang nak kena minah nih!!'
Aku terus-terus renung muka Hana. Sakit hati aku bila terpaksa tunggu dia dekat gym berjam-jam lamanya. Mana taknya, aku dah lah tidur lewat malam tadi. Pastu pagi tadi aku bangun pun sebab latihan si Hana ni punya pasal.
Lebih 10 minit aku tunggu tak datang-datang. Akhirnya aku pun tertidur kat gym tuh. Bangun-bangun jer Si Loy kejutkan aku ajak makan abc.
Masa Loy kejut aku tuh, waktu tu pukul 9.45 pagi. Ko bayangkan 2 jam aku tunggu dia kat gym tuh. Abis muka aku kena cahaya matahari lama sangat. Nasib baik takde efek.
Ko memang nak kena!!
Aku nampak dari jauh dia macam merayu je taknak masuk sini. Hahaahaha..takut lah tuh. Mesti dia dah nampak aku. Kalau tak dia takkan macam nih.
Member dia aku tengok cuba nak tenangkan dia. Hahaha..mesti ko pikir aku ni dewa maut kan Hana???
Ko memang cari nahas. Sebab buat aku tunggu berjam-berjam. Tak pernah ada seorang pompuan pun berani buat aku macam nih. TAK PERNAH!!!
Dia mula datang ke gerai. Aku tahu dia takut. Tahu sangat muka dia tuh.
"Danny..ko jangan garang sangat dengan dia bro!! Kesian kat dia. Mana tahu dia tadi sakit perut ka..tak sihat ka..jangan garang sangat naa??" Kata Loy.
"Ahh aku tak peduli. Pantang betul aku dengan orang yang buat aku tunggu." Mataku masih dicekalkan memandang Hana.
Pucat muka dia.Hahahaha..bala da datang Hana.
"Bro..kasi ayat sweet la wei. Buat dia jatuh cinta. Kencang sikit permainan tuh." Kata Si Azam.
"Ko jangan nak lebih-lebih Zam. Aku bagi sedas penumbuk kat ko nanti." Kata Loy pula. Loy memang benci dengan playboy. Tapi dengan aku Loy setia plak nak berkawan.
Mungkin dia tahu. Sejarah silam aku dulu. Dikhianati perempuan yang kononnya cintakan aku..tapi sebenarnya daging busuk nak cukur harta aku.
"Dann..jangan garang sangat. Elok-elok sikit dengan dia. Dia perempuan tu Dann. Tak baik kasar-kasar dengan perempuan Danny." Pujuk Loy. Tegar betul ko pujuk aku Loy??
"Aku takkan kesian-kesian dah kat pompuan nih. Dia pijak kepala aku cukup-cukup. Dia pikir aku tunggul?? Nak biar je dia buat taik dekat aku???" Marah ku.
Hatiku betul-betul panas sekarang. Takleh nak tahan dowh. Serius takleh nak tahan.
Mataku melilau sekeliling mencari idea nak denda budak sorang nih. Bengang ni weyh..bengang!!
"Ko cari apa?? Hah Danny??" Tanya si Jiji yang pelik tengok keadaan aku.
"Ko rasa kat sini ada cili padi tak??" Kataku.
Semua kat situ buat muka pelik campur bengong. Disebabkan tak sabar. Aku panggil abang tuh ke mari.
"Bang..kat kedai ni ada cili padi tak??" Tanyaku. Abang tuh da pelik. Apsal plak nak makan abc dengan cili padi.
"Takde la dik. Adek nak ratah ke cili padi tuh." Sengihku terukir.
"Hahaha..you got the point." Aku bisikkan ke telinganya. Dan dia mengangguk faham. Kemudian dia beredar.
"Ko rancang apa Danny??" Tanya Loy. Risau dengan rancangan jahat aku.
Bukan dia tak kenal aku.
"Heh..adalah.." jawabku ringkas.
Di bibirku terukir satu senyuman yang penuh kesetanan.
YOU ARE READING
Putera Fairytale
Fantasy"Coach..boleh berhenti sakitkan hati saya??" "Tak!!" "Huh..Coach Pedas!!!..." Danial Rayyan...Putera Fairytale yang dipuja,yang disangka baik macam putera kayangan,rupanya coach kejam serupa iblis!! Setiap hari didenda,dibuli...dikerjakan macam samp...