Mama tahu siapa aku

392 18 0
                                    

"Hana!! Cepatlah siap..kata nak balik hostel petang nih." Pekik Puan Qinana dari ruang dapurnya.

"Huh ma..bukan Hana yang nak balik. Hostel yang panggil." Rungut aku dengan muncung sedepanya.

"Ermm iyelah nak..cepat siap. Dah kemas barang ke belum."

"Daaaahhhhhhh.." serentak tuh mulut aku ditepuk.

"Cuba cakap elok-elok.Ni dok meleret je cakap tuh. Nanti dapat suami pemalas baru tahu.." aku hanya membuat muka selamba.

"Mana mama dapat pantang larang ni ma???"

"Heheh..entah!!" Puan Qinana turut selamba menyelambakan muka.

Petang ni aku ditemani mama kesayanganku pulang ke hostel. Gembira ada,sedih pun ada. Bukanlah rumah aku tuh jauh sangat tapi aku sedih sebab benda lain.

Sedih sebab apa aku tatau.Cuma hati aku je yang menggedik tak tentu pasal.

'Ko ok tak hati???' Tanya si otak.

'Entahlah bro!! Aku rasa macam separuh jiwa aku menghilang..'

'Ha?? Da kenapa plak jiwa ko nak hilang??'

'Aku dapat rasa macam Fairytale takkan ada kat sini lagi.' Hati berkata sedih. Kenapalah hati aku nih.

'Hati,ko takyah nampak muka dia pun ko dah boleh happy beb!!' Kataku kepada hati.

'Memanglah boleh happy. Tapi aku mana tahu kenapa aku rasa macam nih. Ko sepatutnya faham Hana..hati boleh rasa sesuatu tau. Lagi-lagi bila ko ada keistimewaan instinct kuat dari orang lain.Walaupun ko tak pernah sedar bila ia hadir.'

'Ala..boleh jadi salah duga kan???relax lah.' Pujuk si otak

"Hana..menung apa tuh???" Mama dah tegur dah..huhu

"Takde apalah ma..benda biasa jer." Kataku

"Mama nampak ego Hana mula lentur sikit.Ada yang dapat lembutkan hati Hana ker??" Ma?? Soalan apa tuh ma

"Ego Hana memang lentur kan ma?? Takde kaitan langsung dengan benda-benda tuh semua." Nafiku sungguh-sungguh.

"Taklah..dulu Hana takde pun nak baca jiwang-jiwang nih. Status kat laman sosial pun semuanya menafikan cinta dalam hidup Hana.Tapi sejak duduk sini, Hana mula berkata-kata pujangga dah mama tengok???" Kata-kata mama serta riak wajahnya betul- betul buat aku tergamam.

"Pujangga?? Ma Hana memang pandai bermadah bicara kan??takkan mama taktahu??" Kataku cuba membela diri.Kalo kantoi weyh malu tujuh keturunn aku beb..

"Hana anak mama sayang,mama kenal anak kesayangan mama. Sejak papa pergi untuk perempuan lain,hati Hana sekeras batu,sedingin ais.Hana jadi takut untuk cinta.Hana jadi benci dengan semuanya melibatkan cinta. Tapi sejak belajar kat sini,Hana lembut sikit dari biasa. Untuk orang yang tak kenal siapa Hana,takkan perasaan semua nih" kata mama panjang lebar.

"Yelah ma..yelah." aku malas nak layan dah.Suka sangat citer soal hati.

"Pergilah ambik kunci.Mama tunggu anak mama kat sini." Aku mengangguk dan pergi.

"Haihh.."keluh mamaku. Aku tak dengar keluhan tuh.Tapi aku nampak caranya. Aku kenal siapa mama. Jiwanya tentu penat. Penat melayanku si gadis Ice yang pernah mendapat gelaran itu ketika di sekolah.

Malah kawan-kawan sekolah memanggilku Ice dulu. Lantaklah. Aku tak pernah kisah. Kenapa kalau dingin sekalipun?? Aku kacau hidup korangkah??

Bagiku siapa yang betul-betul mengenali diriku saja akan tahu siapa aku.

"Ma..dah dapat kunci dah!!" Kataku. Sambil masuk ke dalam kereta.

"Yang masuk ni kenapa.Jomlah angkat barang." Mama mula buat muka pelik dia.

"Hahah..owh ye tak ye..ok jom!!"

"Nah ada beg lagi tak??"kata mama selepas semua diangkut ke bilik baru ku. Masih sebilik dengan Zuzu. Aku tak kisah pun..memang kitorang rancang nak sebilik pun sem lepas.

"Takde"

"Ok..mama balik ok.." lambaian tangan ku disambut mama.

Esok dah start kelas-kelas bagai.

Putera FairytaleWhere stories live. Discover now