..

341 17 1
                                    

Danny POV

"Eh Danny. Budak ni dah tido lah.."kata Loy. Aku pandang sebelah. Haha dah lentok!!

Perlahan-lahan kepala dia melentok di bahu aku. Cantik je port lentok ko kan Hana??

"Biarlah dia tido Dann,kesian aku tengok dia nih. Dari pagi kena dera dengan ko." Loy menyambung kata.

"Hahaha..tulah pasal. Nasiblah dapat coach super kejam macam aku."

"Hahahaa.." badan aku tegakkan supaya Hana selesa. Takut sakit tengkuk plak kang.

Loy pun aku tengok dah selamat tido. Tinggal aku dengan Azam je tak tido lagi. Azam tengah drive dan aku dok kat belakang Azam. Pening-pening pun still nak bawak keta jugak.

Hana..Hana..apsal degil sangat?? Kalau ko pergi latihan pagi tadi,mesti ko tak kena dera. Teruk pulak tuh aku kerjakan ko.

Baru aku perasan,cantik jugak ko ni kan?? Hmm..kenapalah suka ganas-ganas dengan orang??

Eh apsal dengan aku nih. Apsal aku nak tenung dia nih. Hushh..

Aku membuang pandang ke luar tingkap. Teruk jugak jammed nih. Jam dah nak pukul 7 nih. Hati aku mula resah. Nak mandi!!

Resah punya resah,akhirnya dengan aku-aku sekali tidur.
Melentok di atas kepala Hana. Hmm..wangi.

******

"Dann..Dann bangun,Loy bangun!!" Satu suara kejut aku. Aku celikkan mata aku. Kat mana nih?? Aku pandang sekeliling. Aku nampak guard muda yang memandang ke arah sini.

Owh dah sampai ker??

"Hana..Hana..bangun weyh dah sampai." Dia tak bangun.

"Hana..Hana.."aku goncang-goncang badan dia. Tak bangun jugak.

"Hana.bangunlah jangan buat gaya tidur mati ni beb." Aku mula risau. Loy menjengukkan muka di pintu.

"Weyh apsal tak keluar. Guard tuh dah memekak dowh." Katanya.

"Weyh tolong dowh. Budak ni tak bangun-bangun!!" Kata ku. Jujur aku rasa nak angkat budak nih.

"Ha?? Tak bangun?? Hana..Hana!!" Loy turut membantu aku mengejut Hana.

Pika dengan Wana datang kat kereta kitorang.

"Asal nih???" Tanya Wana.

"Weyh apsal member ko tak bangun-bangun ni weyh. Ya Allah sejuknya tangan dia!!" Aku dah menggelabah tahap cipan dah nih.

Tak pernah aku rasa tangan sesejuk tangan Hana. Sejuk dia macam orang dah ma..gulp aku taknak sebut.

Hah..hah..nafas aku mula tak teratur. Aku risau..risau dengan keadaan Hana. Aku goncangkan badan dia,tak bangun. Tangan pun sejuk gila.

Hana jangan macam ni Hana!!

"Ro..Ro!!" Pika mengejutkan Hana tapi tak jugak berjaya.

Mata aku terasa panas tiba-tiba. Pipi aku terasa pijar. Air jernih mula menitik. Hana..Hana tolong jangan buat aku macam nih.

"Wei Dann,apsal ko nangis??" Tanya Jiji.

"Hana weyh..Hana!! Aku kejut dia tak bangun. Tangan dia sejuk macam dah ma..ma.."

Time tuh semua risau gila. Makcik guard bertanya apa yang berlaku plak. Aku tatau nak cakap apa dah. Risau gila aku. Hana aku peluk.

Hana..kalau ditakdirkan ko masih bernafas,izinkan aku ucapkan satu perkara.

'Aku bahagia bila dengan ko Hana. Ko buat aku tersenyum bila dekat dengan ko. Jangan tinggalkan aku.' Detik hati aku. Aku tak mampu nak cakap sebab aku cuma mampu menangis saat ini.

"Hah.."tiba-tiba aku dengar orang menguap.

"Err..kita kat mana nih??" Tanya Hana yang dalam keadaan mamai seperti baru bangun tidur.

"WEYH KO APSAL PELUK AKU!!" jerkahnya. Dan aku terus lepaskan pelukan. Aku tergamam dan aku kembali memeluk dia.

"Hana..nasib baik..nasib baik ko hidup lagi. Kalau tak aku..aku tak tau nak buat apa." Kataku. Happy lega excited bersyukur.

Terima kasih Ya Allah kerana memberi aku kesempatan untuk terus tersenyum.

Aku terus melepaskan Hana sebab dia membuat muka berang.Aku pandang Hana dan ukirkan senyuman paling manis.
Khas untuk Hana.

"Ko kenapa bodoh!???!" Maki Hana. Aku tergamam. Kenapa dia maki aku??

"Aku ingat ko dah mati tadi. Aku kejut ko tak bangun-bangun. Tangan ko sejuk. Bibir ko pucat!! Aku risau gila tadi ko tau tak." Rambut aku diselak ke belakang.

"Aku bukan nak mati lah tadi. Aku just nyenyak sangat tidur. Tangan aku memang sentiasa sejuk and bila dia kena aircond dia akan bertambah sejuk sampai ko pikir ko tengah pegang seorang mayat!! Bibir aku pucat sebab aku kesejukan gila. Korang bukak aircond tahap tiga kot. Gila tak sejuk??" Hana membebel bagai nak rak panjang dia. Marah betul dia.

Dan masa tu jugak aku rasa macam nak menyorok bawah kereta. Dahlah aku menangis tadi. Air mata aku kesat kasar dengan baju. Sumpah malu gila nak mati.

Siot punya Hana!!

Putera FairytaleWhere stories live. Discover now